Tuesday, September 7, 2010

Salam lebaran 2010

hari ni hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti panjang. ada yang masih bekerja ke esok hari? kerja baik² ye..tabahkan hati kalau tak dapat pulang ke kampung pun. jangan sedih² tau.. sekarang ni zaman dah canggih, boleh ber-webcam dengan family di malam raya.. :P boleh makan ketupat rendang secara maya

macam mana persiapan hari raya? alhamdulillah, akhirnya baju raya ku siap juga. dan secara kebetulan tudung yg aku beli pada awal tanpa merujuk kain sangat matching. sedang elok semuanya..tak perlu nak membazir beli lain lagi. dari segi persiapan lain, sederhana saja. aku just buat biskut cornflakes je (sebab tak perlu bakar lama.acik mana ada oven proper dik non!).
malam tadi aku dah mula proses anyam ketupat palas. buat sikit je, sape je pun nak makan. in law aku tak makan langsung katanya. aku agak risau since this is the 1st time aku buat ketupat palas di rantau orang (macamla dok oversea)

oh, ingat lagi entry ni? kata sepakat telah tercapai di pertengahan bulan ramadhan. insyaAllah, esok malam after tarawikh kami akan bergerak ke johor (this time beraya di kota tinggi plak, rajin plak mertua aku ni berpindah randah di saat akhir..keke). dan aku tak sabar menunggu hari raya ke-4 untuk pulang ke perak. org kata 1st syawal la excited nak berkumpul sama keluarga. pada aku tu tak penting! janji aku dapat berkumpul adik beradik tak kira la hari raya ke berapa pun. lagipun, awal syawal ni abang-abang aku ramai yang pulang ke keluarga mertua. so by the time dh hujung cuti nanti dapatla kami berkumpul pulak di perak. tambahan lagi, ayah aku memang dah confirm akan pergi Haji bersama maktiri. tinggal kakak aku dan kwn dia yg masih lagi menunggu keputusan rayuan. so, dapatla thn ni beraya dengan 2buah keluarga. dan aku rasa cycle kena ubah. lagi best balik raya sebenarnya..sbb bulan puasa tak semua ahli keluarga balik..tapi klu ada rezeki lebih, tak perlu bulan puasa atau raya, tiap2 bulan nak balik kampung! kekeke

dan paling aku suka, iklan raya petronas this year! memang TERBAIK DAN KENA SANGATLA TEMA DENGAN KELUARGA KAMI..kan memula aritu ada gak la sedikit perbalahan nak balik raya mana..hehehe..nk plak dlm iklan tu sorg orang aloq setaq, sorg org johor...kekeke..selalu sgt klu psl begaduh utara-selatan ni mesti dikaitkan dengan org kedah ngan johor..tapi aku dok perak utara, sempadan kulim dah. kira samala tu..lagi plak, keluarga aku kat umah mmg cakap kedah! sengih je tiap kali tengok iklan tu..suka sangat..hehehe..

oklah, tak mau beleter panjang lebar lagi. sempena lebaran yang bakal tiba lagi 2hari ni, aku nak susun 20jari termasuk jari kaki ku mohon ampun andai kata ada terkasar bahasa, ada entry di blog ini yang mengguris hati teman blogger. ampunkanlah aku ye..kalau makan ketupat rendang tu ingatla sama aku k..berhati-hati pulang ke kampung..biar lambat asal selamat ok. jgn kelam kabut..tak lari la ketupat rendang kat kampung tu.hehe..till then, selamat menyambut Aidilfitri 1431 Hijrah!

ikhlas dari kami..lin, zairee dan qaisara..

7 comments:

Marsha~ said...

hehehe.. hati2 di jalan raya ye.... sy pun keje lagi ni...ngantuknyeee...

p!nkerton said...

selamat hari raya lin & family. hati2 drive balik kampung. i esok keje lagi sobsob. *otak dah pikir raya aje*

isabelle said...

iklan tu mcm nak kena dgn i (penang/johor). tapi sebab ktorg x pernah argue nak balik kg mana, maka terus jd x relevan.hehe
slmt hari raya ye. i pun mta maaf kalo ada yg tersinggung secara x sengaja

Diyana Zulkifli said...

selamat hr raya lin n famili..;).*aku tak pernah berebut la kot beraya mana,sbb 2 thn dh laki aku beraya hr pertama kat kedah.ni thn ke 3 kawin,baru nak balik sabah..hehe.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

selamat hari raya ..maaf zahir batin! esok aku kerja lagi..huhuhu

Farah said...

aku pon cuti esok hehe..selamat hari raya lin!! rajinnye ko anyam ketupat sendiri.

Nadiah Sidek said...

selamat hari raya lin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...