Thursday, September 2, 2010

simple je

menu berbuka semalam ada paling simple sepanjang bulan puasa ini.
ikan goreng, sayur pucuk paku masak lemak, sambal totok (sambal belacan versi java) dan daging masak hitam - masak sekali harung banyak untuk 2-3 hari.

yang berbaki hanya sambal totok sejemput dan ikan goreng sekor. <-- tapi dah balun sahur tadi. mantap! kalau simple camni laju makan tak yahla nak fikir resipi bombastic tiap² ari.. biar bersederhana asal tak membazir :D ni plak menu last week..ikan keli bakar cicah air asam, sotong dan udang goreng..mantap! gigih aku bakar ikan tu guna oven toaster je..tapi mata cam helang la..kena tunggu je depan tu takut terhangit..tapi tak sesedap bakar dapur kayu/arang.tunggu balik raya ni la nak ajak family gathering makan² ikan keli bakar cam tahun lepas.


pastu pertama kali wat roti jala..nasib baik menjadi! buat bekalan berbuka di rumah kakak. siap anak sedara request nak lagi! ok pas raya datang rumah maksu buat..

makan bersama kari ayam. habis licin!

dan yang terakhir, buat pertama kali aku buat kuih buah melaka. hahaha dan menjadi pulak tu. cuma zeri komen kelapa tu tak perlu gaul dengan garam dah..tak rasa lemaknya, rasa masin ada la..ok pas ni jgn lagi ikut resipi orang tu.kekeke..sebab ada yang suggest letak garam.

by the way, nak tayang..ni pokok cili padi aku ye. banyak tunasnye naik.


ari pertama bertunas..di waktu pagi


ari pertama di waktu malam


ari ke-2 di waktu petang..dah banyak yang bercambah!

kalau kasitau kat korang ni sure terkejut. aku semai biji cili tu dalam pasu kaktus je..ala pasu tu asalnya dulu ada pokok kaktus yang beli dari cameron. tapi dari 6 jenis pokok yang aku beli, 2 je masih idup sampai skrg..so the rest tu aku semai dengan 1 jenis kaktus tu je. 2 pasu yg kosong aku tanam kunyit dengan cili padi. untk sementara je tu pas ni nak cari pasu besar sikit. tunggu pas rayala aku focus balik projek gardening aku tu.

yang menyedihkan, pokok orkid aku tu idup segan mati tak mau. taktau kenapa bila bunga dah layu pokok tu seakan mati..ke sebab selalu sangat area umah aku tu kena fogging. asap tu bunuh bunga tu ke? haha memandai je wat teori sendiri. :P

oklah, itu je la cerita puasa aku setakat ni. boring ke asyik baca entry tepek lauk je..takpe, aku tak kisah. kekeke..sbnrnya, aku tengah risau ni..baju raya 2 psg yg anta kat butik tak siap lagi..argh!! stress! nak shopping tudung pun terbantut jadinya..harap sempatla siap..

4 comments:

mummy_adam said...

samalah kita, baju xsiap lg..harap2 next wk siap lah kalo xkena lah p cari baju siap..

Liyana said...

umah saya kalau masak grand2, mesti tak abih. maksud yg grand tu, idak ler grand mana, kalau ada santan tu dah kira grand dah ler..
kalau masak ikan goreng, sup sayur, atau ikan singgang dan telur goreng, atau apa2 sambal plus telur masin, mesti abis licin walaupun dah masak nasi extra dr biasa..

kalau ikut si Encik, kalau boleh hari2 nak makan rebus, ikan rebus, sotong rebus, pastu dia cicah budu. kemarin pun berbuka dgn kerang rebus cicah kicap cili+bawang, dan ulam..

isabelle said...

sungguh membuka selera lauk2 yg u msk. bila la i nak rajin mcm tu ye?

btw, i kalo tanam pokok, semua mati. adusss

Elyn said...

i kalau tnm pokok... pasti matik ekeek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...