Friday, September 24, 2010

surau TM berpenunggu??

ngeri tak tajuk?
kisahnya gini, semalam aku dan sara pegi office papa sara kat cyberjaya. since nak tunggu zairee balik, lambat sangat. aku tak masak dinner semalam since bahan mentah pun tak ada. cadangnya lepas berbuka puasa malam tadi, aku nak ajak la pergi carefour shopping apa yang patut.

tapi, dah pukul 6lebih baru zairee call suruh aku dan sara pergi sana. buka puasa kat sana je. okla, aku pun gerak dari rumah pun almost dalam pukul 7mlm camtula kot..sampai kat sana ngam² azan maghrib. nasib baik ada air masak bekal zairee gi office. so minum air tu seteguk then terus cari meja kosong kat saba restaurant. ni petama kali la kami makan kat sini. nak juga try nasi arab yang orang kata sedap kemain tu. tapi tu la aku rasa biasa je. dahla kering. memang tak kena la ngan tekak aku ni yg suka makanan berkuah..

kami order roasted chicken dengan grilled chicken. end up aku tengok sama je rupa roasted ngan grilled. huhu.arga plak beza 2ringgit je.

pastu air plak order barbarican apple dengan raspberry. yang apple tu just nicela cuma raspberry tu tak sedap langsung! sara siap muntah balik.. cuma aku ni bukan penggemar air gas. so next time mmg aku akan avoid la order malt drink camtuh..

tapi, happy lak tgk sara makan malam tadi. berselera betul macam tak jumpa nasi sebulan!

tekun betul dia makan sampai besepah nasi atas meja.

haa berbalik pada main topicnyaa..gini kisahnya. lepas berbuka tu, zairee suggest la solat maghrib kat pejabat dia. lagipun dia nak kena la ambik motor yang ditinggalkan kat sana kan. aku cam berat hati nak solat kat situ. sebabnya, dulu aku pernah solat asar kat surau tu. tapi, keadaan surau yang sunyi dan suram tu buat aku rasa seram..seperti ada 'mata yang melihat'. zairee marah aku, 'nak takut apa..surau pun takut ke??' okla..aku pun ngalah. kalau nak balik rumah mmg tak sempat dah, waktu maghrib dahla singkat. so nak tak nak aku beranikan dirila juga. tapi siap aku minta zairee temankan masuk la masa nak buka lampu. kebiasaannya, kami akan gilir solat. time aku solat, zairee jaga sara dalam kereta. tapi pasal aku takut nye pasal, so aku sanggup heret sara masuk surau sekali.

bila dah bawa sara tu satu hal la plak. camne nak amik wuduk ni? ah takpela, bawa je la sara. dia plak busy body sama tadah air nak amik wuduk sama. apa aku buat, dia ikut. sampai abisla basah lencun baju dia sebab air dari paip sebelah tu dia gi buka sendiri pastu terlaju plak. membebel la kejap aku..dahla tak bawak baju spare, lepas solat ni nak gi beraya rumah kawan plak. haish...

settle amik wuduk, aku pun solatla..sara plak memang akan ikut gerak geri aku solat. tapi kan, biasa kalau kat rumah pun kejap je sara ganggu aku solat. dia suka berdiri depan aku. lepas tu dia akan wat hal sendiri. tapi ni tak.. dari mula aku solat sampai akhir, dia tak berinjak dari sejadah tu. sampai aku solat pun dah terkeluar dari sejadah tu. aku tak de la syak ape² lagi..

sampai satu saat tu. tiba² sara pergi ke sebelah kanan sikit. betul² sebelah aku pastu sara pergi pukul karpet kat surau tu macam marahkan seseorang. siap mulut tu cakap, 'ni aaaa...' memang saranya tabiat kalau dia marah org, dia akan cakap camtula..cam kitala cakap 'biasa ni..' yang buat aku tegamam tu, si sara marah sapa plak ni??????????????????? uwaaa takut sehhhhh...aku takde dah nak wirid ape dah. pas doa je terus kelam kabut aku besiap. punya aku cuak sampai zairee buka pintu surau nak ambik sara pun aku terkejut!

serius, pas ni memang aku takkan jejak kaki dah kat surau tu kalau aku sorang..huhu. paling aku lega, nasib baik sara tak meracau dah lepas tu. mungkin adala kot makhluk Allah yang tumpang solat sama kat situ. pastu nak bergurau senda dengan sara kan. tapi, terkena plak anak aku ni garang, hahaha nasibla kan.

*ada antara readers ni yang keja kat TM Cyber tak?hehe..jangan sampai cerita aku ni ganggu ibadah korang pula ye..solat 5 waktu tu wajib!*

7 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

aku pun minum barbican mlm tadi.raspberry tu aku paling suka lah :p laki aku pun suka makan kat saba tu kalo pi sana.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

scary nyer..tapi ofiz aku pun ada jugak orang citer scary2 ni.siap ada makmum tambahan masa dia solat..huhuhu

p!nkerton said...

uhuhu cuak gak kan camtu. sbbaik tak 'mengikut' sara ke apa.
huhu dah lama tak pegi saba! manjang asik full aje. kamu tunjuk gambar nasik tu terus rasa macam nak pegi lunch sana kejap lagi ;p hihi

Diyana Zulkifli said...

huhu..seram eh.budak2 cpt nampak kan mende2 cenggitu. anak aku mia, dulu kecik2 suka gelak sorang2 tgk atas.jenuh nak tutup mata dia..tp siap tepis tu tgn aku..sbb nak
'main2' dgn sapa ntah kat ats tuh.haish.

isabelle said...

malt drink kbyknnya bukan x sedap ke? kecuali horlicks/nestum la.hehe

weh,ada hantu kom2 kot kat situ..hehe

Elyn_Sani said...

umak aiii scary dgr!!

Marsha~ said...

isshhhh.. berdiri bulu roma ni.. huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...