Monday, September 20, 2010

Syawal 1431 Hijrah

30 Ramadhan,
Nasib baik ada lagi baki rendang daging yg aku bawa dari rumah..dapatla makan buat lauk bersahur pagi ramadhan terakhir bagi tahun ni.. Siangnya bersilat di dapur tolong ibu mertua ku masak rendang daging nogori, sup tulang, sambal goreng jawa, ayam masak kicap dan anyam ketupat palas. mil plak masak ketupat nasi. berbirat tangan ku tarik daun palas tu untuk pastikan ketat tak masuk air.

Terselit tangan tuan tanah yang tekun menekan pulut..panas oo pulut tu!abis lecur tangan acik!


Yang kiri- aku Masak. Yang kanan - Mertua masak.


Selera Selatan - Selera Utara..
petama kali tau seumur idup aku buat ketupat palas tu..selama ni kakak aku buat, aku jeling buat tak tau ja..tapi sebab tahun ni, mertua request nak makan..acik rela google kat tenet cara balutan yang betul..silap balut jadi betina(sblm ni asal buat mmg jadi betina), yang betina tak elok nanti masuk ayaq cepat basi.
1 Syawal,
Sedih tak dapat solat raya 3tahun berturut..tahun 2008 sebab dalam pantang..tahun 2009 kawan baik menjengah macam tahun ni. pagi raya pulak tu..syahdunya..lepas tu, sesi bersalaman..orang paling banyak dosa ni, menangis tu minta ampun..kekekekeke..malu la ngan adik² ipar..sara usya pelik tengok mama nangis.kekekeke..tahun ni sara sakan kutip duit raya..Petangnya plak beraya ke rumah maman dan sepupu papa. sedikit kemusykilan, 'betul ke tak wajib solat jumaat kalau hari raya jatuh hari jumaat?' yang aku tau, tak wajib bagi yg musafir je...kalau ada yang arif, harap tolong jelaskan..tq

Family photo bersama keluarga mertua di 1 Syawal.
comotnya anak dara aku..kawan aku kata aku lari tema. baju tu banyak tone.dark purple..light purple..purple pink..makanya 2beranak terserlah dalam gambar itu..muahahaha..yang lain tenggelam terus..

2 Syawal,
Sesi lepak dan makan di rumah je.. suami tercinta dah mengidam sangat nak makan mee goreng basah yang isterinya masakkan. tapi pasar tak bukala..baru raya ke-2..then, mertuaku suruh aku masak laksa utara..okla, bersilat la di dapur lagi..petang nya beraya ke rumah sedara belah bapak mertua ku di felda bukit aping.

3 Syawal,
Seawal pagi bersiap untuk pulang ke kampung nenek papa di simpang renggam. Rumah pertama di tuju rumah nenek lah..lepas tu rumah makcik yam, wak mis, maman bedan dan sorang lagi wak tu tak ingat namanya..akhir sekali rumah pak long. malamnya bincang tarikh dan tempat untuk adakan hari keluarga WHT (Warisan Haji Takim) 2010. Semua sepakat nak buat pada 4-6 Dec..Tempat belum pasti tapi area Mersing (Desaru).

4 Syawal,
Bertolak balik ke perak. transit di putrajaya drop angah yang akan kembali bekerja. lepas tu sambung perjalanan ke perak. next hentian di matrikulasi perak, gopeng. hantar kak cik pulak. terjumpa pulak abg aku yang juga anta anaknya di matrik. salam² gitu je..esok jumpa kat kampung ye..then straight ke parit perak, kampung halaman bapa mertua. suamiku sebagai anak sulung menjadi wakil menjengok sedara mara ayah mertua yang tak dpt balik bercuti raya thn ni. rumah pertama di tuju, paklong..kemudian pak ngah..akhir sekali rumah chor. melepas ngidam suamiku, kebetulan chor jamu mee goreng..pastu sambung lagi perjalanan ke selama melalui jalan bawah (kuala kangsor). nasib kami baik..kalau ikut highway, sure stuck dalam jam! sampai SELAMA (nama kampung aku tau, bukan selama-lamanya tu..hehe) dalam kul 11lebih..fuh! pertama kali tu travel straight dari johor ke perak. sian suamiku penat drive. kalau drive auto tu takdela penat sangatkan..ini manual..huhu

budak kecik ni tak reti dok diam dalam keta..penat mama melayan kerenah dia spjg jalan.

5 Syawal,
Arini lepak saja di rumah sambil bergossip....hehehehe....bila balik 'Forever 'ni mula la susun menu..menu lunch arini, ikan keli bakar..mantap! aku gak jadi mangsa siang ikan keli alasan sbb aku tak mandi lagi..suka hati la labu....hehehe..janji lepas gian aku nak makan ikan keli bakar guna dapur kayu arang..guna arang baru terangkat! petangnya lepas asar gi beraya ke rumah abg sulung ku di mahang. malam plak sambung beraya ke rumah abg ri (pak tam) plak.

6 Syawal,
Harini semua bersiap² nak ke kupang, baling. terjah beraya ke rumah kak ti (mak lang). mantap ko! dapat makan gulai daging batang pisang. mulanya suamiku tak nak cuba makan. sekali rasa, haaa terus suka! kan sedap...sama je cam gulai kawah kenduri tu cuma di campur batang pisang. paling lawak tu, kami adik beradik siap kenduri kat dapur dulu korek batang pisang di celah daging tu..kes takut kena balun dengan orang lain la ni..hehehehe

7 Syawal,
Saat yang dinantikan..makan besar!!!! keluarga aku besar..1o beradik + 1 (anak dengan mak baru)..so, arini dalam sejarah buat pertama kali selepas 3 tahun dapat berkumpul semua dalam satu rumah..yela, last dapat gathering semua ada pun time aku kawin 3tahun sudah.huhu..paling syahdu, adik tiri arwah mak aku datang bertandang jauh dari kampar. tak sangka pulak! ingat lagi pakcik li sekeluarga kat kami..yela, lagi pun memang dah jadi resam tiap tahun memang kami akan singgah beraya ke rumah dia..tapi tahun ni special, pakcik li plak datang bertandang even makcik baru je lepas operation breastcancer..sian makcik..sebelah breast tepaksa di buang.
untuk arini kami adik beradik wat collection..menu arini, nasi ayam, ikan caru bakar, ayam bakar dan kerang bakar..siap nasi tu masak dalam kawah kenduri lagi.. ayam 8 ekor. jgn memain..rumah jadi riuh rendah..sampai jiran yang lalu depan rumah pun tegur. disangkanya ada rombongan datang meminang! sebelum tu kami sekeluarga bertahlil ringkas buat arwah mak dan arwah abg din. harap mereka gembira tengok semua anak dan cucu dapat hadir untuk tahlil kali ni..dan harapan aku, biarla kami dapat berkumpul macam ni selalu..bila dah besar dan masing² ada family sendiri ni memang susah sangat nak berkumpul macam ni. bila sekali sekala dapat tu, memang happy sesangatla..nanti aku letak family tree keluarga besar aku ye..tunggu next entry!

8 Syawal,
arini lepak saja di rumah selepas kepenatan seharian berkenduri dengan keluarga. lunch arini menu apalak ya? yg special nya arini, ari jumaat..yes! ada pasar hari..pagi lagi suamiku, abg aku dan anak sedara ke pasar. hasil belian arini ikan pekasam untuk tapau balik kl, pucuk paku seplastik besar macam nak kenduri, kerang lagi! dan ikan selar kuning kecik.. terus aku request, ayah..buatkan kerabu pucuk paku dengan kerang! tapi ayah tak larat bergerak ke sana sini. ayah jadi mandur, aku jadi pekerja..okla tu. dalam masa yg sama, boleh aku belajar camne nak wat kerabu dari ayah..senang je pun rupanya..yg leceh nk kopek kulit kerang tu la..kak nyah plak masak keladi asam..dan, hati + pedal ayam semalam aku buat sambal goreng jawa. abg pek plak masak gulai lemak telur itik dengan mangga muda. pergh!!!! memang abis licinla menu lunch aritu..sambal goreng jawa pun disapu licin. ingatkan ayah dan mak tak makan..tengok ayah pun laju je makan. mak siap minta resipi lagi..hehehe
oh..petangnya lepas asar sambung beraya ke rumah kawan sekolahku, nija. sambil menziarah baby sulungnya. tak sangka aku nija dah jadi mak orang. hehehe

jemu makan ayam daging..tukar selera kampung plak.

9 Syawal,
sayu plak rasa hati..arini dah nak balik tinggalkan kampung. :( tapi apa kan daya..kita pun ada tanggungjawab lain..tapi tu la rasa tak puas lepak di kampung..lepas bertolak dari kampung, kami tak terus balik..singgah trolak dulu. ke rumah mak lang, mak su niah dan pak anjang..tinggal sorang je lagi adik lelaki ayah..pakcik dan paklang dah takde. ayah pun pesan suruh menjenguk maksu...ayah tak suruh pun kami memang akan pergi..dah jadi kemestian mesti jenguk diorang tak kira raya atau pun tak..tapi mak lang takde kat rumah..so dapat pergi 2 rumah je..tengok pak anjang kurus sikit..mungkin masih sedih dengan pemergian anaknya, kak yang 2minggu sebelum raya aritu..
highway agak sesak tapi tak jamla..cuma banyak kereta..rata-rata semua bergegas balik arini kot. kami sampai di rumah dalam pukul 6.30petang...fenatnyaaaa!!!! betambah fenat bila tengok rumah besepah..huahuahuahua..

10 Syawal,
arini memang ari untuk aku memerah keringat..dari pagi bangun awal cuci toilet..sapu sampah. gantung langsir..cuci itu.cuci ini..basuh baju berbakul²..kefenatan disamping melayan keletah sara yang tak reti dok diam. sibuk nye pasal sampai aku cuai! nasib baik aku cepat sedar..sara dah masukkan serbuk ubat semut dalam mulut! nasib baik takde apa jadi kat dia..huhuhu....dia aktif macam biasa..alhamdulillah!
petangnya lepas balik mydin, dapat call. kawan nak datang beraya..nasib baik rumah dah kemas..kuih dah masuk dalam balang..anis tetamu pertama datang bertandang. :D diikuti malamnya ajib(kawan zeri) dan isterinya datang beraya..lepas tu kami konvoi ke rumah ijal (kawan zeri) yang tinggal sedaerah dengan kami.hehehe

11 Syawal,
dan hari ni..aku di office..di depan pc sedang pulihkan sel saraf otak yang berehat selama 10 hari!huhuhu...ok, cukupla aku bebel.. abis dh modal...sakan tak aku beraya? yang pastinya aku mmg kuat makan time raya aritu..sampai ditegur abg ipar aku...nampak double chin! waaaaaaaaa!!!! nak diet? oo tak de maknanya...:P raya korang camne plak????

gambar? haha aku tak transfer lagi..nanti²la..memadaila gambar yang aku letak ni je la eh...selebihnya nanti intai kat fb aku ok.

dan hari ni..aku kembali berpuasa..6hari perlu diganti. cepat habis, dapatla sambung puasa 6 pulak! chow!

5 comments:

azzamoro said...

lin, nanti boleh ajar aku buat ketupat daun palas. hehe

isabelle said...

very the purple one!

eh, rendang u & rendang mertua..mana lg sedap?hehe

lia said...

ha3 complete cter ko pasal raya tahun ni....

selamat hari raya, lin..

Mrs. Eeza Herman said...

da balik jhr confirm xlalu nak makan juadah raya kat sana..hhehe..
kita ni lebih kurg sama lak..
hubby dua2 org tmn u..dkt2 lak tu..
pastu lin org selama, iza kg kt selama gak..huhu..rindu nak balik selama, nak lepak2 minum kat cafe selama tu..heheh

Lin said...

azza,
senang aje..nanti aku boleh ajar.tapi kena cari daun palasla.

isabelle,
muahaha soalan tak boleh blah..tah ler..tapi i suka gak rendang nogori..simple. tak susah sgt buat.

lia,
selamat hari raya gak utk ko..aku mls nk create entry berepisod2 tu sbb tau aku akan pasti malas nk sambung..keke

eeza,
aahla kita ni sama. oo suka eh lepak kat cafe tu..nanti bebila p selama, bolehla datang rumah saya kat kampung. eh nanti datangla beraya ke rumah. thn ni wt openhouse lagi tak?kalau buat, sure kami terjah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...