Friday, September 3, 2010

tiada ayat dan hadith yang menyatakan syurga isteri ditelapak kaki suami

cepat masa berlalu..dah jumaat pun. memandangkan arini ari jumaat yang mulia, so aku nak kita buat pengisian ilmu sikitlah..ada satu perkara yang bermain dalam minda aku..ok. maaf kalau entry ni agak kontroversi. cuma aku just nak minta pendapat dari teman-teman. mungkin ada yang arif bab ni. sebab ilmu agama aku pun belum cukup lagi.

aku pernah terbaca satu statement ni, cuma tak ingat kat mana aku jumpa...lebih kurang berbunyi camni la....

'tiada ayat dan hadith yang menyatakan syurga isteri ditelapak kaki suami dan penentu isteri masuk syurga atau neraka bukan hak suami'

apa pendapat anda semua tentang statement di atas? hm..benarkah statement tu? aku tak mengkaji hadis dan al-quran. so aku taktau, cuma yang biasa aku dengar dari pembelajaran agama 'keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami, tak cium bau syurga kalau derhaka dengan suami'. since setau aku lah kan, once kita dah kawin especially perempuan ni, semua ketaatan kita kepada ibu bapa akan berpindah kepada suami. husband aku pun selalu gak pesan kat aku, maklumla aku ni 'ketegaq' juga ada masa tu..dia selalula pesan kat aku, macam mana nak dapat keredhaan dari Allah kalau suami sendiri tak redha?, senang je nak suami redha jangan ingkar/melawan suami selagi suruhan dia tu tak bertentang dengan syarak tapi daripada statement di atas tu, tiba² menimbulkan kemusykilan. adakah hamba Allah tu tidak faham agama atau dia ada fatwa sendiri? bila dah akhir zaman ni, ramai pulak yang belagak jadi ulamak walhal ilmu agama tak setinggi mana...

aku nak share 2 artikel di sini untuk bacaan teman. baca dan renungkan sedalamnya..

SUAMIMU ADALAH SYURGA DAN NERAKAMU <-kena ada akaun facebook, baru leh access.
TANGGUNGJAWAB ISTERI PADA SUAMI, SYURGA


memang tanggungjawab kita sebagai isteri dan juga ibu berat. lagi² bila kita ni bekerja. memang penat. penat dengan officework, balik rumah kerja rumah tak pernah surut. ada je nak kena buat. layan kerenah anak lagi, suami lagi..tapi jangan kita mengeluh. ops, ni peringatan untuk diri aku gak sebab aku pun sama gak camtu, tak sempurna. ada masa bila angin senggugut menyerang, tersilap perhitungan aku pun ngaruk jugak. tapi husband aku selalu cakap, kalau aku mengeluh dengan apa yang aku buat, semua kerja yang aku buat tadi sia-sia..langsung tak dapat pahala. sebab tu, even dalam hati aku ni ada masa tu termakan hasut syaitan, aku cuba pujuk diri..'aku buat semua ni ikhlas kerana Allah'. baru sejuk hati kan? jangan layan dan ikut sangat bisikan iblis tu. memang diorang suka, lagi² bila suami isteri bergaduh. syaitan siap berjoget lambak lagi...mudah²an cerita yang aku share arini dapat beri manfaat pada kita semua. dan biarlah setiap bakti yang kita lakukan selama menjadi isteri mendapat ganjaran hebat dari Allah...amin..

oh..sila la komen dan berdebat di sini..nak dengar juga pendapat korang.

5 comments:

Elyn said...

err no komen la sbb i pun ilmu tak cukup. so nk baca komen org je...

Fid said...

mana ada syurga di tapak kaki hahaha

hanya simbolik saja
tp kalau laki pelesit syurga apanya???
kita taat pun kena ada garis panduannya buka macam babi buta tuli

Lin said...

elyn,
ok..kita tunggula apa komen yg lain

kak fid,
aah..sya tau itu mmg perumpamaan semata, tapi mslhnya statement tu cam beri gambaran seolah cam klu tak taat pun tak semestinya tak masuk syurga.tapi klu perangai laki cm pelesit tu memanglah..klu taat gak kt laki cmtu, taktau nk kat apa la tu..errr..sya pn tak retila nk ckp lagi.takpala,just nk tau pandangan yg lain lah.kot sya silap tu,maafla.

Fid said...

yg kakak faham
kita taat selagi suami taat kepada Allah aklau dia hancus..
1. kita sabar dan bimbing dia
2. kita boleh je minta berpisah..kalau dah sampai menjejaskan kebajikan kita apa kes?

kalau dia murtad takkan kita nak taat..murtad juga?kahkahkah
opsss kalau murtad terbatal nikah itu

kalau laki berzina buat dosa besar takkan kita nak yes yes juga???
ada kan lian bagai bagai tuh...

maka taat untuk masuk syurga tu term n condition appliy laaaaa

pandangan saya la

isabelle said...

syurga atau neraka, redha atau tidak... kita dituntut berbuat baik sesama insan (hablun minan nas). apatah lagi kalo dgn org yg paling dekat dgn kita, yg berkongsi hidup dgn kita.
xperlu la kita argue untuk masuk syurga atau utk dpt keredhaan, yg penting..we do our best. the rest, biar Allah uruskan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...