Friday, October 29, 2010

terkini

orang terdekat sudah..aku bila lagi? takpelah..kalau ada rezeki tu, tak lari ke mana.

sekarang sedang giat berdiet..

tapi, susah nya nak tinggal nasi..

malam mesti lapar..bila suap sara makan nasi, nasi sara tu pun boleh buat terliur.isk! tak tahan godaan betul...

now, tgh layan benda ni..


dan ini


yang ni baru je dapat pagi ni, aku jadi bidan terjun gara² 'orang itu' terpaksa stop makan ni atas sebab kesihatan. hehehe

seronok pulak bila 'kerap' menziarah en Tan. badan pun rasa ringan. dan harapan, spare tyre yang ada ni dapat dinyah pergi. sudah terbukti, rakan terdekat kembali slim...kalau kat aku tak mujarab, taktau nak cakap ape lagi lah..

exercise? err...hari² aku turun naik tangga, kemas rumah, mop lantai, memasak tu semua boleh tak consider as exercise ley tak? kekeke...

doakan aku berjaya dalam misi ni ok!

*bukan semata2 nak kurus, tapi untuk menjaga kesihatan juga. makan produk ni bukan untuk kurus semata, tapi dapat bantu keluarkan toksid dari dalam badan*

p/s - tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan anak. aku dah stop bf, so bolehla consume produk ni. hehehe

Tuesday, October 26, 2010

TERABAI

aku memang camni..kalau 1 demam tu dah singgah, memang benda lain akan terabai..

sekarang ni, korean fever dah mai balik..pasai tu mood nk update belog tarak.

sekang tgh layan cite ni malam² b4 masuk tido, tv memang aku tak layan dah. setakat tgk chinta ja.

sebelum tu, dah khatam abis cite ni.

tgk cite ni mulanya kat kbsworld dari mula preggy sara, sara dah besaq baru abis khatam!

oh...semuanya kena berterima kasih kat www.maaduu.com. best tengok kat sini, tak kose aku nak donlod! janji streaming bagusssh tak sekat²..tapi kalau tenet korang takat 512KB, jangan harapla dapat layan dengan masyuk..upgradela 1MB. hehehe..promote sat! kalau nak register/upgrade, sila contact aku!

plus, keja kat opis menimbun. sakit ati, bila call user kat cawangan asyik tak dapat ja.

lepas tu macam2 alasan depa bagi. kami taktaula..oh, ni taktaula..ni keja dia tu..bukan keja saya..oh, bos tak suruh pun. chit! pooda laaaa...

sakit kepala aku tengok error 1 branch ni sampai 121 kes! eeee..belom lagi tengok 5branch lagi!

tu yang lagi la maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaassssssssssssssssssss hadap belog!

dahla..ta~ta.

Friday, October 22, 2010

yang mana satu pilihan kalbu?

ok..nak tny, korang ada tak ambik takaful plan utk anak? (aku suka guna word 'takaful' instead of insurance sebab rasa insurance ni more to conventional which is terang²an HARAM). boleh tak share sikit info, mana plan yang bagus? aku tak perlukan plan include medical card,laki aku dah ada medical card so wat apa aku bazir tambah 1 kad lagi..<-- ni pendapat aku. aku nak plan yang lebih kepada education.

aritu dah dengar org dari P*******L datang bagi talk tapi aku tak berapa berkenan..mentality aku dok kata depa punya produk HARAM. lagi pula, aku sendiri dh ada takaful sendiri, takaful nasional yang skrg dikenali etiqa takaful. dok terbayang nak sign up dengan etiqa je tapi takde pulak agent mai promote..masa aku pregnant dulu adala org mai promote siap call tapi aku tak berani nak deal pasal tak kenal. aku nak cari kalau boleh biar kawan sendiri yang senang nak contact.

maybe dah 2 tahun lewat aku nk subscribe utk sara, tapi bak kata omputeh, 'better late than nothing!' hm..ikutkan sara dh ada akaun tabung haji dan amanah saham didik, kami pun dah ada saving sendiri yang memang plan khas untuk our future tapi now aku terfikir..'what if...(bagi ayat sendiri), so better aku prepare ape yang patut'....besides, aku pernah dengar if ambik plan yang ada coverage untuk pembayar (aku la tu), so if anything happend to me, takaful still akan continue bayar until sara cukup umur..tapi bila browse banyak sangatla pulak plan...any suggestion? oh..by the way, aku budget RM100 je la..dah itu je yang aku mampu bayar for now. nak kena simpan juga untuk emergency saving.

Thursday, October 21, 2010

jangan..

i received this through email from a good friend and want to share with u guys..

Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana….
Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan…& perfume anda adalah kapur barus..

Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana….
Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung…atau VAN JENAZAH

Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana….
Tempat Peristirehat anda yang terakhir adalah Kubur..

Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana…..
Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga....


Just a reminder to u and me as a muslim.

3yrs!

hari ini, 21 Oktober 2010 genap sudah 3 tahun aku di sini.
ok, chow. nak minta big boss sign my pension jap lagi!

Tuesday, October 19, 2010

mama, 'isyaALLAH!'


Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkanNya..kami selamat mengiringi keberangkatan ayah dan mak ke tanah suci di kompleks tabung haji bayan lepas, ari ahad malam isnin 17 Oktober 2010. Semoga mak dan ayah dapat menunaikan ibadah haji dengan hati yang tenang dan ibadah haji mereka di terima Allah..amin..InsyaALLAH, 30 Nov iaitu 43 hari bermula dari tarikh hari ini, dengan izin ALLAH kami dapat bertemu kembali..AMIN..


sebahagian dari ahli keluarga yang mengiringi mak dan ayah..

ok, selesai cerita mak dan ayah tu..aku nak sambung kisah anak dara kami pula. kan ke few days ago maher zain datang malaysia untuk konsert jelajah dia tu..so ada la artikel pasal dia keluar kat paper metro ahad lepas. masa aku tgh baca berita psl maher zain tu, si sara ni sibuk la menempel tengok sama apa yang aku baca..tiba² spontan je, dia point finger kat muka maher zain pastu sebut 'isyaALLAH..isyaALLAH..isyaALLAH' (dia pelat, tetinggal 'N')..semua orang yang dengar ketawa suka. terkejut tgk dia nyanyi siap dengan melody sekali. aku pun tekejut sama. seingat aku, mmg dia tau nyanyi lagu tu sebab tiapkali aku buka lagu tu kat keta, mesti dia follow sebut insyaallah..tapi, taktau pulak dia boleh ingat yang maher zain la singer lagu insyaAllah tu..

seingat aku sara penah tgk sekali je klip video maher zain ni kat astro oasis. pertama kali aku introduce lagu ni dalam kereta. aku suka pasang koleksi mp3 maher zain dalam keta. tapi setakat dengar lagu je la...bukannya ada video player dalam keta aku tuh. tak sangka, plak si sara ni dalam tak endah tu dia boleh ingat wajah penyanyi tu..


hai! lama saya tak menempek kat blog mama! ~ alya qaisara

nota : kalau dulu, 12tahun yang lepas anak sedara aku kenal RAIHAN dengan lagu famous diorang masa tu Asyhadu Allah Ilahilaulah, now kanak² generasi sara pulak kenal MAHER ZAIN dengan lagu INSYA ALLAH. :D

Friday, October 15, 2010

hambar

yes, lately aku jadi teramat malas nak menulis di blog ni. ada masa tu, buka sekali je sehari. lepas tu tutup tak tengok dah...blogwalking pun jarang sekali. tahla..taktau nape..aku sekarang suka baca celoteh orang sebenarnya..tapi lately, aku suka baca satu blog ni. dia suka cite perkara yang boleh mengimbau nostalgia zaman dulu2...tu yang buat aku leka..lepas tu nak menulis pun dah tak de idea...sebab apa yg aku fikir dan nak tulis selama ni dah ada di situ..so, aku just enjoy je baca..blogger ni suka cetus kontroversi jugak. tapi tu yg buat aku suka baca entry dia..ada masa tu merepek/merapu..tapi layankan aja..kekeke

ohye, aku cuti esok sampai senin. alhamdulillah, urusan mak aku selesai..berminggu2 tunggu feedback dari TH, at last lulus juga permohonan. insyaallah, isnin ni ayah dan mak aku akan berlepas ke tanah suci bagi menunaikan fardhu haji..harap kawan semua dapat doakan mereka selamat pergi, selamat dan sihat sepanjang berada disana supaya dapat menunaikan ibadah haji, dan selamat pulang ke pangkuan kami..amin..

esok aku bertolak balik kampung. rasa tak sabar pulak, macam nak balik raya..paling seronok, semua kerja aku dah selesai kan malam ni gak. dah siap emel kat bos ngan anak buah sekali..terkejar2 gak aku arini.. udahla dari pagi dok betapa dalam blik server sampai nak kejung aku dibuatnya..tunggu mamat vendor tu siapkan keje dia. sampaikan lunch tghri tadi pun suami kesayangan antakan makanan (so sweet..mekasih sayang..sampaikan kawan aku, intan ngan cm kata sedap tau ketam masak lemak yg mak mertua masak..kalau boleh nak lagi<--ayat bodek. kekekeke).

lepas tu janji nk dating ngan ex-officemate pun tepaksa cancel last minute, sebab testing abis pun da dkt kul 1..mana sempat nk kuar..kul 2.45 kang meeting. so nak tanak, aku postponed next week. sori hajar! :(

pastu, asalnya petang tadi meeting ngan vendor jek. sekali pengarah soh continue demo sistem lain pulak. udah! aku dah budget sure anak buah tak siap lagi wat enhancement, kebetulan immediate boss aku soh wat pindaan last minute. ye la, patutnya meeting minggu depan. so, budget mesti dapat siap ari isnin ni la. tetiba je pengarah soh demo tadi. nak tanak, demo je la setakat yang siap....nasib baikla mood memasing ok. tapi ok juga wt arini, at least dapat feedback dr user awal2 ni senang la keje ktorg. takdela last2 nanti diaorg soh tukar camtula camnila...end up abis meeting dkt kul 6lebih..

balik je ke bilik aku, roomate jerit..yeeeeahh!!! PTK mansuh! amboi suka betul.kekekeke..aku taktau ape pun psl budget arini. tapi alhamdulillah, dapat gakla duit raya haji.muahahaha. bolehla aku belikan belt utk suami tercinta. sian tengok belt dia dh koyak.

tot tet tot tet cik bedah balik rumah sampai pun dah dkt kul 6.40 camtula..elok je aku masuk parking keta kat porch, menjerit anak dara kesayanganku..mama!mama! yeye! mama! (menjerit lompat2 macam setahun tak jumpa!yela..arini dia dok rumah ngan papa ngan atok dan nenek, malam sblmnya family mertua datang dari johor). neneknya ngadu, petang tadi dia bangun tido menangis2 cari mama kat dapur..hehehe, rasa syahdu+happy lak bila nenek dia cakap gitu. sara ingat juga kat mama ye..sori sayang, mama tak blk lunch hour tadi. kalau tak de keje tadi, sure mama blk jenguk sara dah.

pastu mlm tadi aku pun pulunla siapkan keje...dah siap emel kt bos baru ley makan, packing beg balik kampung, lepak2 dan tulis belog.kekeke...tgkla dari takde modal nak bebel dah jadi karangan 100 perkataan(ye ye jek). cukupla aku bebel arini. takde ape pun aku cite kan? just aktiviti seharian aku je. dah nama pun belog ni diari..so cite je la apa aku wat seharian ni. okla, sblm aku terlanjur lebih jauh baik aku stop dulu..nak sambung tengok drama korea cruel love sambil peluk sara yang dah lena tdo kat sebelah aku ni..daa..selamat malam semua!

Wednesday, October 13, 2010

MAMA, NAK AYUR!

cam lama tak jenguk blog. podacit, baru 4ari! muahahaha..
actually, ni pun baru je masuk office. 2 ari sudah berkampung di klcc, aku attend nict conference. ada sesape pegi? rata2 yg pegi sume 'bos besau'..aku jek kecik seperti orangnya..yang pasti aku bertembung dengan 2ex-boss. ye la al-maklumla company lama aku tu salah satu gold sponsor event tu..

arini cam takde modal nak kongsi. cuma lately aku happy bila tgk sara dah mula 'berselera makan macam orang dewasa'..bila petang je ambik dia kat taska tgk cam kebulur jek. so malam mesti kena makan jugak. dan utk pengetahuan korang, fav food dia for now adalah SAYUR!

bila aku masak nasi je dia memang tak sabar nak makan..lepas tu mulut tu bising sebut 'MAMA, NAK AYUR!,MAMA NAK AYUR! selagi aku tak suap, selagi tu dia bising. paling seronok, dia suka makan bersuap. lagi mama suka sara.takdela bersepah! hehehe...bila lagi nk suap dia kan? last dia makan suap pun masa dia baby..lepas tu bila dia dah ada keinginan dengan makanan, dia tak nak aku suap. mesti nk makan sendiri yang mana seronok main ngan foods dan sudu..so now, kalau nak masak mesti kena ada sayur dalam menu. bagus lah camtu, ikut jejak langkah aku..jgn cerewet memilih tak makan sayur sangat macam papa dia. cjangan jadi cam papa diala, certain sayur je papa dia telan..tu sebab daun selom pun tak kenal.kekekeke..soh beli daun selom, daun lain yang dibelinye.

oklah..itu saje nak merepek. daa..nk blk awal la arini. sian sara, da 2 ari mama balik lambat. dahla smlm dia tinggal sorang je kat taska sampai maghrib. seingat aku, ini kali ke-2 sara jadi last kids yang tinggal kat taska..1st time aritu masa dia baru je umur sthn..isk, tak dpt bayangla kalau aku mmg tiap2 ari blk lambat..sian dia. semalam pun tengok dia dah menangis pilu..mesti pk, 'napela mama/papa tak datang lagi..mama/papa tak ingat kat dia ke?' bila dia tengok kawan aku datang jemput lagila dia melalak beguling kat lantai tak nak ikut..huhu..okla, arini nk blah awal pun. tak nak miss episod drama chinta sama! muahahaha

Thursday, October 7, 2010

kun fayakun

lately banyak sangat kisah sedih berlaku..especially dekat tempat tinggal aku ni lah. memang satu nightmare lah especially bagi mereka yang kehilangan anak sulung.

percayalah, masa aku nak hantar sara kat taska seawal usia 2bulan dulu pun hati aku ni gundah gulana. baru je sebulan sara di taska tu, tiba² gempar ada baby 4bulan meninggal tersedak susu di taska yang agak berdekatan dengan taska lama sara. berderau darah aku! terus lunch tu aku pegi jenguk sara.

aku bukan nak mencari salah orang. tapi actually, perkara ni hampir terjadi di depan mata aku. masa tu aku jenguk sara. lepas lunch time tamat aku nak balik office. tapi tiba² aku dengar ada baby terbatuk² dalam babycot. bila aku cek, ya Allah susu penuh keliling mulut hampir masuk hidung baby tu. botol susu dah terkeluar dari mulut baby tu. aku perasan sebelum tu, teacher buatkan susu dan bagi susu kat baby tu lepas tu tinggalkan baby tu kejap dan keluar dari bilik baby tu entah ke mana aku pun tak tau..sebabkan kesian tengok baby tu lapar, aku pun stay tlg pegangkan botol susu dia. nasib baik sara time tu dah tido. so dia takla menganggu sangat. tau kenapa jadi camtu? sebabnya, botol susu tu hanya disendal dengan towel kecik sahaja. actually dah selalu sangat aku perhatikan perkara tu. tapi aku dah serik! bila aku bersuara, aku dihentam balik sampaikan pernah jadi kecoh blog aku ni dulu. sape lagi kan? kalau tak kaum ibu di sana juga yang mengadu domba kat owner taska.

ingatkan kisah² lama dah jadi pengajaran buat yang lain, tapi perkara buruk ni masih berlaku! adakah taska ibarat jalan raya yang juga menuntut maut kepada kita??? isk...sedihla bila kenangkan perkara macam ni. sampaikan aku jadi trauma. kalau esok aku ada baby, aku memang takde pilihan lain..terpaksa juga hantar dia ke taska. dan aku sendiri tak pernah tido lena selagi sara tak pandai pegang botol sendiri..nasib baik sara dulu very independent. dia boleh pegang botol sendiri seawal usia 4month. itupun sebab aku sendiri cuba latih dia di rumah, minum ebm dalam botol. sebab aku tak nak perkara buruk macam ni berlaku kat sara.. itu salah satu ikhtiar aku. selebihnya, aku hanya mampu tawakal dan berserah pada Allah.. walau pada mata kasar kita nampak anak kita dijaga mereka tapi sebenarnya anak kita dibawah lindungan-Nya. sebab tu kita perlu redha dan berserah kepada Allah...mudah²an semua perkara buruk terhindar dari anak kita.

berbalik pada kisah yang berlaku baru ni, ye..aku pernah survey taska tu juga. tapi 1st thing yang buat aku tak sedap hati bila mana aku datang nak survey tengok suasana dalam taska dah tak boleh. dia bagi jenguk dari luar je..pulak tu bukan nampak keseluruhan. terhendap2 la aku di celah2 tingkap macam pencuri. itu satu isu. ke-2, pasal OT. aku kena pickup anak selewatnya 5.45pm. lepas tu, OT caj RM10 sejam! gile tak?? aku balik pun belum tentu on-time kan.kat taska skrg ni caj 5rgt sejam je...3rd, aku tengok tiada penghalang antara ruang bayi dan kanak². baby diletak dalam playpen. tapi aku risau la juga, dibuatnya budak melasak panjat playpen tu ke masuk dalam playpen ke..apa jadi? isk..so 3 isu tu yang buat aku tak berkenan dan cancel anta sara kat situ.

alhamdulillah, sara sekarang telah aku pindahkan ke taska yang baru. dan perkara pertama aku buat, aku semak dulu taska tu dengan JKM. syukur, taska tu memang berdaftar dengan JKM. sebab, bila aku semak je tak semua taska di sini yang berdaftar dengan JKM. patutla banyak sangat taska tumbuh di sini macam cendawan..hm...

Tapi, janganlah pulak dicop kawasan ni jadi black area sampaikan ada teman rapat aku takut nak anta anak dia di sini. sanggup drive jauh anta anak keluar dari area sini. suppose kita kena berbalik pada apa yang aku cakap tadi, kita kena tawakal dan berserah pada Allah. banyakkan berdoa kepada Allah. kecuaian akan tetap berlaku walau dalam jagaan kita sendiri. soalan aku, abis tu kat taska lain takde ke kes tersedak susu? pada aku, baik letak anak tu dekat dengan taska yang hampir dengan office. kalau terjadi perkara buruk, senang kita nak lari ke sana daripada nak drive jauh² menempuh jam bagai. teringat kisah ada bayi tercekik susu dalam kereta api pasal bapa sendiri yang menyusukan tertido..see, tak perlu orang lain. kadang kecuaian tu boleh berlaku dengan kita sendiri dan di mana saja!

aku terus terang..kalau ada yang baca fb aku taula..last week, sara nyaris jatuh tangga. masa tu kami naik tangga sama² tapi sara suka main anak tangga. tersilap langkah dia terlentang kebelakang. sipi lagi nak tergolek ke bawah..berderau darah aku time tu! alhamdulillah takde apa jadi kat dia. masa tu aku menyumpah diri sendirila sebab aku cuai! dalam hal ni takkan aku nak marah kat sara kot. takkan aku nak marah kat tangga kot. so marah diri sendirila..

kalau nak bercakap pasal isu taska ni mmg tak pernah habis. sedih memanglah sedih. tapi perkara yang dah berlaku tu janganlah di pandang sebelah mata. suppose, kenala ada pihak yang ambil tindakan yang wajar.

ada yang cakap, anak dijaga ahli keluarga sendiri juga yang selamat. sape kata??? aku bagi contoh terdekat. last friday, anak officemate aku tersimbah air panas dekat badan. kejadian berlaku di rumah ibu mertua sendiri. see?? nampak di situ. kecuaian boleh berlaku di mana saja. yang kita hanya mampu lakukan, berdoa dan minta supaya perkara buruk tak jadi pada anak kita. tapi kalau semua tu dah ditakdirkan nak berlaku, berlaku juga..

Seperti dalam ayat Al-Quran, kun fayakun bermaksud lebih kurang begini, bila mana sahaja Allah menghendakkan kejadian itu berlaku, maka berlaku lah. Tak kiralah kita cuba mengelak sejauh mana pun. Semua adalah perancangan Allah yang Maha Esa dan Maha Mengetahui setiap sesuatu. Allah tidak akan melakukan sesuatu dengan sia-sia, ini mempunyai maksud yang tersurat dan juga pengajaran supaya kita insaf dan sedar akan kesilapan yang berlaku. Ini yang dikatakan kita mesti percayakan kepada qada' dan qadar. Setiap yang berlaku dengan izin yang Maha Berkuasa ada maksud yang tersirat mahupun tersurat malah boleh juga dikatakan salah satu cara untuk menghapus dosa!!

Wednesday, October 6, 2010

mind set budak zaman sekarang

aku nak mengomel sikit pasal bebudak zaman sekarang ni. okla, aku pun dulu ada gak cecita pas abis belajaq nak kejaq apa. tapi kan la ni aku tengok. takyah tengok orang jauh. tengok anak buah/adik² aku cukupla. hangpa nak terasa ka sukati. ni maksu nak beletiaq sikit noo...

baru ja belajaq, dah gatai sebut nak menikah. amboi!!!! dah pikiaq abih ka nak bagi anak dara orang makan apa?! cuba cari duit sekupang dulu baru bukak cerita nak menikah <-- ni ayat arwah mak aku masa aku kecik dulu. aku yang kena beletiaq dengan mak, padahai mamat sengal tu yang dok galak lalu lalang depan rumah. ingat muka dia tu hensem sangat ka nak bagi aku cayaq? sori pi naik lori! kalau aku sama layan angau hang, aku rasa la ni aku melepak kat kampung dah beranak pinak dah kot. bersyukur sesangat pasai dalam ketegaq aku ni, STUDY COME FIRST! lepas tu ni hangpa ni kemain aku tengok, maksu hangpa yang kerja dah dekat 5taun ni pun pakai henpon seketui ja. tapi hangpa kemain lagi. baru sekolah menengah dah pakai 2-3ketui henpon. duit belanja mak bagi pakat perabih kat topup. pastu takdak duit, mintak lagi. amboi..ingat mak pak hangpa tu cop duit ka??? bila tak bagi, mula la tarik muncung pat belas. baik laki ka pompuan ka, sama ja. gatai sebut nak menikahla kemain lagi. nak menggulai kari pun tak reti, siang ikan pun hancuq lebuq tapi tak dan² nak menikah. aku dulu, pasai takut ngan abang aku. dia punya gertak campuq muka bengih dia tu buat aku kecut! maksu, hang esok tak pass spm kami bagi menikah ja! kecut aku ni tau! nasib baik spm aku cemerlang 9 agregat lagi!

tu satu kisah. lepas tu dah abih belajaq, macam² la dia punya keinginan tu. tapi aku tak dengaq lagi yang ada cita² NAK ANTAQ MAK AYAH PI HAJI. yang aku dengaq, esok keja nak beli keta tu la..nak beli henpon ni la..nak pi shopping sakanla..hm...taktaula nak kata apa kan. pikiaq² la hangpa.

pasai nak menikah tu jangan syok terlebih! toksah dok ingat kawin semata pasai nak 'tu' ja. tu yang banyak jadi kes pas kawin tak suka benci menyampah lepas tu last² cerai berai.

pastu yang pikiran tak panjang pun ada sama! belum lagi spm dah gaduh nak benti sekolah! aku cukup pantang betuila. lepas tu mai meregek (ngenden) kat aku soh aku rekemen cari keja kat keyel. amboi, ingat maksu hangpa ni bos besaq ka? ada kampeni besaq ka kat keyel ni? kalau najib tu sedara mara kita boleyla hangpa nak aku rekemen. ni aku ja kenal PM kita tu. dia langsung tak kenai aku!

hm..la ni cabaran makin besaq. esok taktaula anak aku sendiri macam mana. risaunyala hai...sebab tu semua anak sedara mara aku yang ada fb aku add. biaq pi aku jadi mata mak pak depa. mentang²la kakak + abang aku buta IT, hangpa sakan noo..siap taip status 'WINDU DYE..CYG DYE'. ingat tulis lagu tu aku taktau???? silap besaq la. maksu hangpa ni lagi terel dari hangpa. pastu bila aku bagi komen pedaih, tau pulak diam menikuih. orang soh pi mengaji, dia pi menggatai... tu dia la. nak kena cubit perut ka???

ok2 dahla..maksu hangpa dah penat beletiaq. hangpa pun bukan budak kecik lagi. boleh pikiaq mana yang elok, mana yang tak baguih. makanya, renung²kan bebelan maksu ni. bukan sebab maksu menyampah tak suka benci kat hangpa. tapi maksu tak mau nasib hangpa esok tak ketahuan. jangan esok nasi dah jadi bubuq lambuq baru hangpa menangis ayaq mata darah. ingat tu!

*syok pulak sekali sekala tulih bahasa utagha ni noo..ada yang tak paham? tak paham kalu, pi pekena nasi kandaq, lepaih tu pi menuntut ngan mamu maidin*

Tuesday, October 5, 2010

Bila Waktu Telah Berakhir

bait lirik lagu ketuhanan ni memang menyentuh perasaan aku..yang pasti, tiada yang kekal di dunia ini. semuanya hanyalah pinjaman-Nya...

*courtesy of LirikLaguIndonesia.net

Bila Waktu Telah Berakhir - Opick

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

bila waktu telah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggallah sepi

Monday, October 4, 2010

be prepared

pertama kali menerima tamu ramai di rumah last weekend. suasana agak kelam kabut. keluarga dari kampung sampai terpacak depan rumah, tak sesat pun. kagum kejap! hatta kawan se-kawasan boleh sesat tak jumpa rumah kami. tapi abang aku yang pertama kali datang terus jumpa.kekeke

alhamdulillah, urusan menghantar anak sedara terbang ke mesir ari ahad pukul 1 pagi berjalan lancar. aku pula tak henti2 perang di dapur masak itu ini untuk tamu di rumah. memang kalau kaki aku ni boleh bercakap, sure dah kene bebel..huhu..nak buat camne, tetamu perlu dilayan seperti raja. cuma agak terkilan kerana bantal + toto tak cukup. peringatan untuk suami, lain kali kalau isteri berkeras nak beli toto dan bantal tu, ikutkan aja. perempuan ni fikiran maju ke depan. supaya, kelak bila tamu terjah seramai itu takde kes yang tidur atas sofa/toto yang tak serupa toto nipis macam selimut aje..rasa agak ralat di situ di mana tuan rumah tidur empuk atas tilam tebal, sedang tetamu sakit belakang tidur beralaskan toto nipis..huhu

so here is checklist yang perlu diisi persediaan akan datang..nak beli sedebuk tu tak bolehla..jangan dipandang enteng lepas ni. benda yang remeh itulah sebenarnya banyak beri kesan..sekadar catatan untuk mengingatkan diri.

1. toto/tilam - proses pembelian tilam untuk tuan rumah perlu dipercepatkan supaya tilam sekarang boleh diletak di bilik tamu.
2. bantal
3. selimut
4. penyidai tuala - supaya tangga tidak lagi dijadikan penyidai instant. da macam setinggarden rupanya..
5. cermin
6. apa lagi?
7. lagi?
8. dan lagi?
*ada apa tetinggal lagi tak eh?

actually, diketika ini emosi penulis terusik, masih tiada mood berblog. mungkin akan bersara buat sementara dari dunia blogging. tapi blogwalking rutin tetap berjalan..seronok membaca kisah mereka diperantauan..lepas tu aku pun gigit jari.huhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...