Monday, October 4, 2010

be prepared

pertama kali menerima tamu ramai di rumah last weekend. suasana agak kelam kabut. keluarga dari kampung sampai terpacak depan rumah, tak sesat pun. kagum kejap! hatta kawan se-kawasan boleh sesat tak jumpa rumah kami. tapi abang aku yang pertama kali datang terus jumpa.kekeke

alhamdulillah, urusan menghantar anak sedara terbang ke mesir ari ahad pukul 1 pagi berjalan lancar. aku pula tak henti2 perang di dapur masak itu ini untuk tamu di rumah. memang kalau kaki aku ni boleh bercakap, sure dah kene bebel..huhu..nak buat camne, tetamu perlu dilayan seperti raja. cuma agak terkilan kerana bantal + toto tak cukup. peringatan untuk suami, lain kali kalau isteri berkeras nak beli toto dan bantal tu, ikutkan aja. perempuan ni fikiran maju ke depan. supaya, kelak bila tamu terjah seramai itu takde kes yang tidur atas sofa/toto yang tak serupa toto nipis macam selimut aje..rasa agak ralat di situ di mana tuan rumah tidur empuk atas tilam tebal, sedang tetamu sakit belakang tidur beralaskan toto nipis..huhu

so here is checklist yang perlu diisi persediaan akan datang..nak beli sedebuk tu tak bolehla..jangan dipandang enteng lepas ni. benda yang remeh itulah sebenarnya banyak beri kesan..sekadar catatan untuk mengingatkan diri.

1. toto/tilam - proses pembelian tilam untuk tuan rumah perlu dipercepatkan supaya tilam sekarang boleh diletak di bilik tamu.
2. bantal
3. selimut
4. penyidai tuala - supaya tangga tidak lagi dijadikan penyidai instant. da macam setinggarden rupanya..
5. cermin
6. apa lagi?
7. lagi?
8. dan lagi?
*ada apa tetinggal lagi tak eh?

actually, diketika ini emosi penulis terusik, masih tiada mood berblog. mungkin akan bersara buat sementara dari dunia blogging. tapi blogwalking rutin tetap berjalan..seronok membaca kisah mereka diperantauan..lepas tu aku pun gigit jari.huhu...

5 comments:

isabelle said...

sediakan main toiletries kat bilik tamu e.g shower foam, shampoo. botol kecik je cukup.
lagi satu, i selalu letak telekung siap2 kat bilik tamu.

Lin said...

Isabelle,
barang2 semua tu dh ada siap telekung semua tuh..cuma toto,bantal tak cukup.huhu

Hanz said...

singgah sini, Lin..

Farah said...

tulaa org pompuan mmg pk maju ke depan hahaa laki aku pon kalau aku cakap nak beli selimut ke tuala ,toto lebih jke die tanye..siapa nak pakai byk2 ni? haa pastu adik beradik die mak bapak die datang barula die tahu fungsinye.

Diyana Zulkifli said...

hmm.suke aku entry neh.mengingatkan aku alkisah awal kawin aku dl.hehe.samala ngan ko pun.awal2 dl kiterang beli tilam ja haa.tp aku adele kidnap toto n bantal selimut dr rmh mak aku sbb tahu dah,nnti famili aku jg yg nak mai slalu .hehe.so skrg, semua bilik dh lengkap.and laki aku siap tmbh ekon lg satu kat bilik tamu.sbb mmg slalo sgt ade tamu mengunjung utk tidur..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...