Thursday, October 7, 2010

kun fayakun

lately banyak sangat kisah sedih berlaku..especially dekat tempat tinggal aku ni lah. memang satu nightmare lah especially bagi mereka yang kehilangan anak sulung.

percayalah, masa aku nak hantar sara kat taska seawal usia 2bulan dulu pun hati aku ni gundah gulana. baru je sebulan sara di taska tu, tiba² gempar ada baby 4bulan meninggal tersedak susu di taska yang agak berdekatan dengan taska lama sara. berderau darah aku! terus lunch tu aku pegi jenguk sara.

aku bukan nak mencari salah orang. tapi actually, perkara ni hampir terjadi di depan mata aku. masa tu aku jenguk sara. lepas lunch time tamat aku nak balik office. tapi tiba² aku dengar ada baby terbatuk² dalam babycot. bila aku cek, ya Allah susu penuh keliling mulut hampir masuk hidung baby tu. botol susu dah terkeluar dari mulut baby tu. aku perasan sebelum tu, teacher buatkan susu dan bagi susu kat baby tu lepas tu tinggalkan baby tu kejap dan keluar dari bilik baby tu entah ke mana aku pun tak tau..sebabkan kesian tengok baby tu lapar, aku pun stay tlg pegangkan botol susu dia. nasib baik sara time tu dah tido. so dia takla menganggu sangat. tau kenapa jadi camtu? sebabnya, botol susu tu hanya disendal dengan towel kecik sahaja. actually dah selalu sangat aku perhatikan perkara tu. tapi aku dah serik! bila aku bersuara, aku dihentam balik sampaikan pernah jadi kecoh blog aku ni dulu. sape lagi kan? kalau tak kaum ibu di sana juga yang mengadu domba kat owner taska.

ingatkan kisah² lama dah jadi pengajaran buat yang lain, tapi perkara buruk ni masih berlaku! adakah taska ibarat jalan raya yang juga menuntut maut kepada kita??? isk...sedihla bila kenangkan perkara macam ni. sampaikan aku jadi trauma. kalau esok aku ada baby, aku memang takde pilihan lain..terpaksa juga hantar dia ke taska. dan aku sendiri tak pernah tido lena selagi sara tak pandai pegang botol sendiri..nasib baik sara dulu very independent. dia boleh pegang botol sendiri seawal usia 4month. itupun sebab aku sendiri cuba latih dia di rumah, minum ebm dalam botol. sebab aku tak nak perkara buruk macam ni berlaku kat sara.. itu salah satu ikhtiar aku. selebihnya, aku hanya mampu tawakal dan berserah pada Allah.. walau pada mata kasar kita nampak anak kita dijaga mereka tapi sebenarnya anak kita dibawah lindungan-Nya. sebab tu kita perlu redha dan berserah kepada Allah...mudah²an semua perkara buruk terhindar dari anak kita.

berbalik pada kisah yang berlaku baru ni, ye..aku pernah survey taska tu juga. tapi 1st thing yang buat aku tak sedap hati bila mana aku datang nak survey tengok suasana dalam taska dah tak boleh. dia bagi jenguk dari luar je..pulak tu bukan nampak keseluruhan. terhendap2 la aku di celah2 tingkap macam pencuri. itu satu isu. ke-2, pasal OT. aku kena pickup anak selewatnya 5.45pm. lepas tu, OT caj RM10 sejam! gile tak?? aku balik pun belum tentu on-time kan.kat taska skrg ni caj 5rgt sejam je...3rd, aku tengok tiada penghalang antara ruang bayi dan kanak². baby diletak dalam playpen. tapi aku risau la juga, dibuatnya budak melasak panjat playpen tu ke masuk dalam playpen ke..apa jadi? isk..so 3 isu tu yang buat aku tak berkenan dan cancel anta sara kat situ.

alhamdulillah, sara sekarang telah aku pindahkan ke taska yang baru. dan perkara pertama aku buat, aku semak dulu taska tu dengan JKM. syukur, taska tu memang berdaftar dengan JKM. sebab, bila aku semak je tak semua taska di sini yang berdaftar dengan JKM. patutla banyak sangat taska tumbuh di sini macam cendawan..hm...

Tapi, janganlah pulak dicop kawasan ni jadi black area sampaikan ada teman rapat aku takut nak anta anak dia di sini. sanggup drive jauh anta anak keluar dari area sini. suppose kita kena berbalik pada apa yang aku cakap tadi, kita kena tawakal dan berserah pada Allah. banyakkan berdoa kepada Allah. kecuaian akan tetap berlaku walau dalam jagaan kita sendiri. soalan aku, abis tu kat taska lain takde ke kes tersedak susu? pada aku, baik letak anak tu dekat dengan taska yang hampir dengan office. kalau terjadi perkara buruk, senang kita nak lari ke sana daripada nak drive jauh² menempuh jam bagai. teringat kisah ada bayi tercekik susu dalam kereta api pasal bapa sendiri yang menyusukan tertido..see, tak perlu orang lain. kadang kecuaian tu boleh berlaku dengan kita sendiri dan di mana saja!

aku terus terang..kalau ada yang baca fb aku taula..last week, sara nyaris jatuh tangga. masa tu kami naik tangga sama² tapi sara suka main anak tangga. tersilap langkah dia terlentang kebelakang. sipi lagi nak tergolek ke bawah..berderau darah aku time tu! alhamdulillah takde apa jadi kat dia. masa tu aku menyumpah diri sendirila sebab aku cuai! dalam hal ni takkan aku nak marah kat sara kot. takkan aku nak marah kat tangga kot. so marah diri sendirila..

kalau nak bercakap pasal isu taska ni mmg tak pernah habis. sedih memanglah sedih. tapi perkara yang dah berlaku tu janganlah di pandang sebelah mata. suppose, kenala ada pihak yang ambil tindakan yang wajar.

ada yang cakap, anak dijaga ahli keluarga sendiri juga yang selamat. sape kata??? aku bagi contoh terdekat. last friday, anak officemate aku tersimbah air panas dekat badan. kejadian berlaku di rumah ibu mertua sendiri. see?? nampak di situ. kecuaian boleh berlaku di mana saja. yang kita hanya mampu lakukan, berdoa dan minta supaya perkara buruk tak jadi pada anak kita. tapi kalau semua tu dah ditakdirkan nak berlaku, berlaku juga..

Seperti dalam ayat Al-Quran, kun fayakun bermaksud lebih kurang begini, bila mana sahaja Allah menghendakkan kejadian itu berlaku, maka berlaku lah. Tak kiralah kita cuba mengelak sejauh mana pun. Semua adalah perancangan Allah yang Maha Esa dan Maha Mengetahui setiap sesuatu. Allah tidak akan melakukan sesuatu dengan sia-sia, ini mempunyai maksud yang tersurat dan juga pengajaran supaya kita insaf dan sedar akan kesilapan yang berlaku. Ini yang dikatakan kita mesti percayakan kepada qada' dan qadar. Setiap yang berlaku dengan izin yang Maha Berkuasa ada maksud yang tersirat mahupun tersurat malah boleh juga dikatakan salah satu cara untuk menghapus dosa!!

8 comments:

Elyn said...

kekadang kite as parent pun cuai gak. u igt tak 1 entry kat blog i pasal ade parents ni bg susu kat bb die dlm stroller smp tersedak. nasib baik la mak i ade kat situ. dpt la tlg apa yg ptt.

so mende ni pun jd pengajaran kat i....

Mrs. Eeza Herman said...

hm btl tu lin..
bak kata herman, org lain / kita sendiri jaga pun belum tentu anak tu akan selamat..
semuanya terletak pada kuasa Allah..
semua perkara yg terjadi hanya sekadar kebetulan sahaja...

insyaAllah, kalo baby eeza lahir nie, terpaksa la drive jauh anta baby umah mak je..ulang alik d'sara-pj..kalo baby da besar sket lps 2thn ke baru anta taska..

bila dgr/baca citer2 mcm tu, cuak gk..tp nak bt camne kan, kalo itu da qada n qadar, kita sendiri tak boleh nak ubah..

isabelle said...

kita hntr anak kat org waktu keje utk dptkan peace of mind masa at work. tapi kalo hati semak, camna la ye?
risau nnt my 2nd baby ni mcmana pulak ye

Diyana Zulkifli said...

btul jg tuh.dlm jagaan kite pun bley jadi mmcm.dua2 anak aku,penah jth katil 1-2 katil haa ..aku lah yg cuainye tuh

mariaariffbaby.com said...

huhuhuhuhuhu..
rupanya bukan senang nak besarkan anak ni yer..
banyak lagi yang perlu saya belajar
:(

e.l.i.s.s.m.i.e said...

semua tu kena tawakkal pada Allah sahaja. tak kira letak kat mana pun, kalo benda dah nak jadi kan tapi better safe than sorry. kena check jugak sekali sekala taska atau tempat kita hantar tu. Alhamdulillah, my nuha ok lah duk sana makcik tu jaga.

Lin said...

elyn,
ye..i igt lagi entry mak u tlg baby tu.tu la, ada gak parents yg alpa..kena selalu igtkan.

eeza,
tapi kan eeza, ada masa tu perka tak baik nk berlaku tak kisah pun sapa yg jaganya..sebabtu kita kena selalu berdoa
pada Allah supaya anak kita terhindar dari perkara tak baik.

isabelle,
i pernah lalui masa sara dok kat taska lama. runsing! nak bekeja pun tak senang sebab kenangkan keadaan sara kat sana.

diyana,
jatuh katil tu sara pun penah. aku rasa cm dh byk kali jugala...nak lagi now dia tgh melasak.

maria,
saya pun masih dlm proses pembelajaran lagi.sama2 kita belajar ok. :D

eliss,
ye betul..tawakal kepada Allah..kena berdoa selalu utk keselamatan anak kita.

CuppyCakeMommy said...

so true lin..
hantar kat taska,hantar rumah baby sitter..ada maid..or hantar rumah family pun pasti ada risk sendiri..

even kalau kita sendiri yang jaga pun happen juga sometime..

huhuh..benda kalau nak jadi..psti jadi..tawakkal dan doa je agar anak kita selamat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...