Tuesday, October 19, 2010

mama, 'isyaALLAH!'


Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkanNya..kami selamat mengiringi keberangkatan ayah dan mak ke tanah suci di kompleks tabung haji bayan lepas, ari ahad malam isnin 17 Oktober 2010. Semoga mak dan ayah dapat menunaikan ibadah haji dengan hati yang tenang dan ibadah haji mereka di terima Allah..amin..InsyaALLAH, 30 Nov iaitu 43 hari bermula dari tarikh hari ini, dengan izin ALLAH kami dapat bertemu kembali..AMIN..


sebahagian dari ahli keluarga yang mengiringi mak dan ayah..

ok, selesai cerita mak dan ayah tu..aku nak sambung kisah anak dara kami pula. kan ke few days ago maher zain datang malaysia untuk konsert jelajah dia tu..so ada la artikel pasal dia keluar kat paper metro ahad lepas. masa aku tgh baca berita psl maher zain tu, si sara ni sibuk la menempel tengok sama apa yang aku baca..tiba² spontan je, dia point finger kat muka maher zain pastu sebut 'isyaALLAH..isyaALLAH..isyaALLAH' (dia pelat, tetinggal 'N')..semua orang yang dengar ketawa suka. terkejut tgk dia nyanyi siap dengan melody sekali. aku pun tekejut sama. seingat aku, mmg dia tau nyanyi lagu tu sebab tiapkali aku buka lagu tu kat keta, mesti dia follow sebut insyaallah..tapi, taktau pulak dia boleh ingat yang maher zain la singer lagu insyaAllah tu..

seingat aku sara penah tgk sekali je klip video maher zain ni kat astro oasis. pertama kali aku introduce lagu ni dalam kereta. aku suka pasang koleksi mp3 maher zain dalam keta. tapi setakat dengar lagu je la...bukannya ada video player dalam keta aku tuh. tak sangka, plak si sara ni dalam tak endah tu dia boleh ingat wajah penyanyi tu..


hai! lama saya tak menempek kat blog mama! ~ alya qaisara

nota : kalau dulu, 12tahun yang lepas anak sedara aku kenal RAIHAN dengan lagu famous diorang masa tu Asyhadu Allah Ilahilaulah, now kanak² generasi sara pulak kenal MAHER ZAIN dengan lagu INSYA ALLAH. :D

2 comments:

Elyn said...

tajam tul jelingan sara hheee

isabelle said...

garang tul muka dia.
xberani adam nak ngorat :P hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...