Wednesday, October 6, 2010

mind set budak zaman sekarang

aku nak mengomel sikit pasal bebudak zaman sekarang ni. okla, aku pun dulu ada gak cecita pas abis belajaq nak kejaq apa. tapi kan la ni aku tengok. takyah tengok orang jauh. tengok anak buah/adik² aku cukupla. hangpa nak terasa ka sukati. ni maksu nak beletiaq sikit noo...

baru ja belajaq, dah gatai sebut nak menikah. amboi!!!! dah pikiaq abih ka nak bagi anak dara orang makan apa?! cuba cari duit sekupang dulu baru bukak cerita nak menikah <-- ni ayat arwah mak aku masa aku kecik dulu. aku yang kena beletiaq dengan mak, padahai mamat sengal tu yang dok galak lalu lalang depan rumah. ingat muka dia tu hensem sangat ka nak bagi aku cayaq? sori pi naik lori! kalau aku sama layan angau hang, aku rasa la ni aku melepak kat kampung dah beranak pinak dah kot. bersyukur sesangat pasai dalam ketegaq aku ni, STUDY COME FIRST! lepas tu ni hangpa ni kemain aku tengok, maksu hangpa yang kerja dah dekat 5taun ni pun pakai henpon seketui ja. tapi hangpa kemain lagi. baru sekolah menengah dah pakai 2-3ketui henpon. duit belanja mak bagi pakat perabih kat topup. pastu takdak duit, mintak lagi. amboi..ingat mak pak hangpa tu cop duit ka??? bila tak bagi, mula la tarik muncung pat belas. baik laki ka pompuan ka, sama ja. gatai sebut nak menikahla kemain lagi. nak menggulai kari pun tak reti, siang ikan pun hancuq lebuq tapi tak dan² nak menikah. aku dulu, pasai takut ngan abang aku. dia punya gertak campuq muka bengih dia tu buat aku kecut! maksu, hang esok tak pass spm kami bagi menikah ja! kecut aku ni tau! nasib baik spm aku cemerlang 9 agregat lagi!

tu satu kisah. lepas tu dah abih belajaq, macam² la dia punya keinginan tu. tapi aku tak dengaq lagi yang ada cita² NAK ANTAQ MAK AYAH PI HAJI. yang aku dengaq, esok keja nak beli keta tu la..nak beli henpon ni la..nak pi shopping sakanla..hm...taktaula nak kata apa kan. pikiaq² la hangpa.

pasai nak menikah tu jangan syok terlebih! toksah dok ingat kawin semata pasai nak 'tu' ja. tu yang banyak jadi kes pas kawin tak suka benci menyampah lepas tu last² cerai berai.

pastu yang pikiran tak panjang pun ada sama! belum lagi spm dah gaduh nak benti sekolah! aku cukup pantang betuila. lepas tu mai meregek (ngenden) kat aku soh aku rekemen cari keja kat keyel. amboi, ingat maksu hangpa ni bos besaq ka? ada kampeni besaq ka kat keyel ni? kalau najib tu sedara mara kita boleyla hangpa nak aku rekemen. ni aku ja kenal PM kita tu. dia langsung tak kenai aku!

hm..la ni cabaran makin besaq. esok taktaula anak aku sendiri macam mana. risaunyala hai...sebab tu semua anak sedara mara aku yang ada fb aku add. biaq pi aku jadi mata mak pak depa. mentang²la kakak + abang aku buta IT, hangpa sakan noo..siap taip status 'WINDU DYE..CYG DYE'. ingat tulis lagu tu aku taktau???? silap besaq la. maksu hangpa ni lagi terel dari hangpa. pastu bila aku bagi komen pedaih, tau pulak diam menikuih. orang soh pi mengaji, dia pi menggatai... tu dia la. nak kena cubit perut ka???

ok2 dahla..maksu hangpa dah penat beletiaq. hangpa pun bukan budak kecik lagi. boleh pikiaq mana yang elok, mana yang tak baguih. makanya, renung²kan bebelan maksu ni. bukan sebab maksu menyampah tak suka benci kat hangpa. tapi maksu tak mau nasib hangpa esok tak ketahuan. jangan esok nasi dah jadi bubuq lambuq baru hangpa menangis ayaq mata darah. ingat tu!

*syok pulak sekali sekala tulih bahasa utagha ni noo..ada yang tak paham? tak paham kalu, pi pekena nasi kandaq, lepaih tu pi menuntut ngan mamu maidin*

10 comments:

Adlina Husaini said...

hah tudia, lengkali jgn bagi maksu hangpa naik sheikh..kan dh berjela hehe~

AshAnas said...

beletiaq no maksu... syok baca, hehe...

tu la bdk2 la ni... sedih kan...

lia said...

he3...

azzamoro said...

aku kene baca perlahan2 nak pahamkan ko punyer bahasa utara ni. hehe

isabelle said...

tu dia ...dah kena haria lagu tu, biaq depa berakai....
hahaha

Hanz said...

skali skala bacan posting dialek ni syok jugak..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

aku faham sebab pernah belajar kedah dulu :p dan ada kwn2 kedah sampai laaa ni :p

sedap aih nasi kalo jadi bubuq lambuq. kalo jadi pasiaq ajer tak sedap :p

Farah said...

nasib baik mak aku org utara..die pon bebel bahasa utara jugak hehehe

Diyana Zulkifli said...

hehe..ha btui2.sapa tk phm pi pekena nasi kandaq dulu.:P

-yani- said...

betul.. sgt apa yg ko ckp ni.. budak2 zaman sekarang mmg lain benar peelnye dgn kite yg zaman dulu..ade yg jenis tak leh ditegur langsung.. tegur sikit merajuk lari rumah.. pastu susahkan mak ayah nak g cari dia pulak.. haihhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...