Friday, November 26, 2010

bila selatan bertemu utara?

Arini sara ponteng school. suka la dia meronggeng sana sini dengan atok nenek dia, tadi call jap...nenek kata ontheway pegi mydin. dengarla suara budak kecik tu berkicau..suka amat!

malam tadi aku ngan zeri shopping groceries ber2 je. sakan sungguh mak pak tu shopping, maklumla anak takde. kena tinggal ngan atok dan nenek di rumah. sakan sangat main sampai tak sedar kami ber2 menyelinap keluar rumah senyap2..hehe

pastu nenek keluar ayat keramat lagi..wah, sara dah ok ni bolehla ikut nenek balik kampung cuti sekolah ni..

aku? eh..mana pegi pulak sikat rambut aku ni??(pretend macam tak dengar ayat keramat itu)

Mil tak suka makan kerabu kerang pucuk paku..tapi dia taktau yang anak sulung dia tu dah JATUH CINTA PANDANG PERTAMA dengan foods tu. hahahaha..so camne dear? jadi ke nak suruh i masakkan kerabu tu with ikan keli bakar weekend ni? petang ni i nak pegi pasar ni...

korang tak kenal rupa kerabu tu? ni lah dia..yang ni aku masak masa kat kampung aritu..menggoda tak? siap dihidangkan dalam pinggan dolu-dolu..klasik lagi!

ke korang pun tak gemar foods ni? hilang lagi satu kenikmatan dalam dunia ni..hahaha..amat merugikan!

atas permintaan nieza, ni resipinya..mudah je.tak susah mane pun..hehe

bahan²:
1. kerang
2. pucuk paku

(bahan blend)
3. 4 ulas bawang merah
4. 2 ulas bawang putih
5. sedikit halia
6. sedikit lengkuas (optional)
7. 3-4batang serai
8. sedikit santan
9. gula
10. garam

(bahan gaul)
1. kerisik
2. 1-2 biji bawang kecil atau bwg besar sederhana diracik halus

cara²:
1. rebus kerang dan kopek isinya.
2. celur pucuk paku.
3. blender halus bahan blend.
4. gaulkan bahan blend dengan bahan 1 dan 2 dan bahan gaul.
5. siap!

simple dan mudah!

Thursday, November 25, 2010

tahun ke3 disambut ber3

tau tak ape perbezaan orang tua dan budak kecik bila jatuh sakit???

kalau orang tua, sure dah melepek terbaring macam aku aritu...

tapi budak kecik ni, even temp badan dah cecah 39, kepala panas, baru lepas masuk ubat montot tapi masih boleh terkinja-kinja...

hm....


ada macam orang sakit? takde kan...

sambutan anniversary kami semalam biasa je..sempatla keluar makan steamboat (elok untuk keluarkan peluh dari badan, biar kebah sikit demam tu) lagi pun, siang semalam sara tido agak lama. pukul 3 baru bangun. penangan ubat rasanya. aku pulak yang lalok lepas makan ubat batuk, tapi mata tetap tak mau lelap.


happy faces...dalam sakit nak jugak keluar..hehe
ok tak edit gambar tu?hehe..orang kerastangan cam aku ni, setakat main klik-klik taula..

tak sabarnya..

sebelum..

muka serius..

punye lapar, sampai tak pandang camera!

peace!

memang hantu coklat la budak kecik ni..

selepas..

ni 3orang makan ke 5 orang makan ni?huhu..

tertido kekenyangan dalam ontheway back home

she's still my baby girl..naikla kereta luas/besar macam mana pun, bawah ketiak mama juga dia nak nyondol.

arini sara masih lagi demam, tapi tetap di hantar ke taska. takde pilihan lain..teacher pun maklumkan harini ramai budak demam kat taska. huhu..sabar je la. nasib baik esok atok dan nenek johor turun sini, bolehla sara rehat kat rumah...

Wednesday, November 24, 2010

selamat ulangtahun sayang..

AKU HAMPIR TERLUPA HARINI MERUPAKAN DETIK BERSEJARAH DALAM HIDUP KAMI BERDUA, 3 TAHUN YANG SUDAH DI MANA KAMI DIIJABKABUL SEBAGAI SEPASANG SUAMI & ISTERI YANG SAH.,MOGA IKATAN INI KEKAL KE AKHIR HAYAT...

Monday, November 22, 2010

cantik tak?

header baru tu??

takpe..tak cantik pada mata orang lain, cantik pada mata aku..

thanks to teacher sue.

kasih dan sayang sungguh teacher pada qaisara ye..walau hanya menjaga sara hanya untuk 1-2bulan(tak silap akakla..lupe lah sue.hehe..)

yang aku tau, teacher sue ni memang kreatif orangnya..pandai lukis mural. :D
esok kalau akak ada rumah sendiri, boleh tak minta sue deco bilik qaisara pulak? hehehehe..

cuma..tak reti nak adjust width height ..nantila bila ada masa free, godek coding tu.skrg ni busy sikit.

sekali sekala

koh koh koh koh.. bunyi batuk orang tua.
seronok juga bila sekali sekala jatuh sakit.
time ni la dapat rasa diri di manjakan.

demam rindu asalnya..rindu kat orang tu, terpaksa beraya di perantauan..
malam raya pulak berhempas pulas masak juadah raya. kul 12 baru selesai.
tapi 'mood' takde, orang tersayang tak dapat jamah air tangan..
di pagi hari raya aidiladha dah terasa 'bahang sakit tekak'..petanda nak demam la tu.

sara di pagi raya..nasib baik dia tak merengek tanya mana papa pergi?

plan asal tak balik kampung la since zairee outstation, tapi last minute bila si dia offer ' tak nak melawat dia di indera kayangan kah?'
dalam hati menjerit 'NAK!!!'

tapi..sebabkan ada ahli keluarga ipar di rumah..so camne nak tinggal kan rumah?
last minute juga adik ipar decide nak balik jb. so malam tu pos ke jb naik bas..cuma malang pulak bila insiden terlepas bas berlaku..sampai semua orang naik angin tak tentu arah..
aku pulak, tak larat melayan..badan mula rasa tak sedap..nak demam kot.
lepas anta adik ipar tu, terus aku pecut kereta ke bukit antarabangsa. kakak dah tunggu nak balik kampung..

jadinya, malam tu juga kami bertolak. kemana? bukan balik kampung kami..perak pun bukan! johor pun bukan! sebaliknya, kami ke aloq setaq, kedah! aku takla rasa segan sangat dengan keluarga mertua kakak aku, pasal dari zaman aku sekolah kat matjiwa dulu pun, asal weekend ja aku balik rumah depa. lagi pulak, aku pun dah pernah experience beraya aidiladha di aloq setaq. suasana lebih happening dari kampung aku sendiri..meriah dengan nasi daging! paling aku suka, aku dapat lepas hajat nak makan buah delima sepuas hati..apa lagi yang aku nak, bila dapat makan buah yang menggiurkan ni???

merah menggoda!
nota : sara suka makan buah ni..laju je dia makan. maybe sebab masa aku mengandung dulu, aku mengidam nak buah ni tapi tak dapat yang macam ni. dapat yang muda+tak masak. agaknya sebab tu ke air liur sara asyik meleleh je walhal dah berumur 2 tahun 3bulan!tapi, sekarang, aku perasan air liur dia dah tak meleleh..so, mungkin adala kot kebetulan di situ..

akibat sakan melantak daging fresh, mula rasa panas badan dan kepala pusing. end up, pagi sabtu tak terkawal..kebetulan ari sabtu juga baru zairee release dari kerja. so pagi tu sebelum bertolak balik kl, kami pegi klinik dulu. nak dijadikan cerita, masuk je kereta, automatik isi perut bergelodak. 'nak muntah!'..di simpang trafik light tu jugak aku muntahkan segala isi perut. nasibla kalau orang nak kata aku tak senonoh ka..nak buat camna. dah takde plastik dalam kereta. sampai kt klinik, sambung uwek2 dalam toilet pulak..seksanya badan. aku ni susah nak kena demam..tak sangka la pulak, kalini demam betul pulak. doc tny, mengandungkah? oh..taklah..kawan baik saya baru je datang 2hb aritu doc. doc cek suhu, sah awak demam katanya..


sara with her lil cousin-shakira..nama dah lebih kurang je. selalu tersasul...
sara seems friendly sangat dengan shakira. cuma dia jeles bila aku dukung shakira. maybe dia dah boleh faham kot. timing elok la ni nak kasi adik kat dia? family pun dah mula bertanya, bila lagi??

dari aloq setaq, kami singgah perak dulu. even mak ayah takde kat sini, diorang tunaikan haji tapi adik beradik lain masih ada..so kenala singgah. nanti kecik ati pulak kakak dan abang2 ku dikampung sana..tak lepak lama pun..after maghrib, terus rushing betolak ke kl..sebelum tu sempatla berkenalan dengan keluarga baru kakak ipar aku..meet mimi and momo..haha nama pun cute!


feeding time! sara kasi ayur kangkung kat mimi.

aku plak risau juga takut menjangkit demam kat sara. tapi, dah terlambat pun, pagi tadi sara mula batuk..petang ni kena pegi klinik lah. erbalik kisah aku demam..seksanya aku rasa. perjalanan balik ke kolumpo yang selama ni aku rasa sekejap je rasa lamanyaa...asal aku bukak mata tak sampai lagi...dengan panas bahang dalam badan. semua serba tak kena. nak makan tak lalu..akhirnya sampai jugak kat rumah..keluar je kereta aku tak pk ape dah..cari tilam dan bantal je. tapi malam tu tak dapat tido lena, kepala berdenyut..idung tersumbat..batuk lagi..kejap² bangun ke toilet, buang kahak..lepas telan panadol sebiji terus jalan....zzzzzzzz...sampai esok pagi, sedar je sara buat main ubat antibiotik..habis berdebu je tilam dia kopek kapsul ubat tu...hadui, nasib baik dia tak telan..kot dia igt gula-gula ke..

lunch smlm, zairee masak bubur nasi dengan ikan bilis. even tak rasa apa pasal mulut tawar makan je la...semua jadi sedap bila orang yang masakkan tu orang yg kita sayang..dan kesanggupan dia masakkan untuk kita..paling penting, dia jaga anak sementara badan kita tak larat lagi ni..tq dear...without u lah, i tell u lah..i cant live without u lah..arini pun u drive me to the office. thanks a lot lah dear..love u so much lah dear..berapa banyak lah daa...

paling syahdu, sara faham aku sakit. siap tolong picit kepala..tepuk badan nak urutlah konon..pastu tny..'mama..akit??' paling seronok bila dengar dia panggil 'mama' dan 'papa'..siap ada 'nada manja' lagi.. sakit pun bila dengar dia panggil camtu, rasa ringanla sikit kesakitan tu..

Wednesday, November 17, 2010

Berkorban apa saja..


Hai!selamat hari raya buat semua umat islam...arini aku dan sara lepak kt umah saje..antara juadah arini..nasi impit,sambal goreng,ayam msk kicap,sup ayam(utk sara),daging blackpepper..jadila dari takde..cuma,dok pk apela papa sara mkn arini..huhu

Tuesday, November 16, 2010

Punah

hm...petang semalam zeri email kat aku..'malam ni abang kena ke perlis.'
pulak dah! pulak tu inform aku guna email je..bukan nya sms/call..apala guna ada hp?

itu bukan soal besar pun. yang jadi isu besaqnya, aku beria la mintak cuti khamis jumaat ni pasal dia ajak balik beraya di johor. tapi last minute jadi gini. tapi nak buat camne, dah tuntutan kerja dia macam tu. last week gitu jugak, balik rumah tetiba cakap 'abang nak pegi paka ni'. aku ingat dia buat lawak antarabangsa, rupanya serius. 2 malam la jugak dia kat sana. huhu..ikutkan aku takla SUPER-excited sangat nak beraya. lagipun dah bertahun-tahun raya haji aku sempoi je...zaman campus dulu pun selamba je beraya diperantauan (johor tu kira perantauanla jugak!). ikutkan dah 3tahun aku beraya di sini atas kekangan kerja zeri jugak. aku ni nak bercuti no hal, janji ada orang kat office..cuma dia yang susah nak cuti.

so...dipendekkan cerita, selamat berhari rayalah buat aku dan sara di sini. huhu..sadis jugakla..biasanya ada jugak dia. tapi kali ni kami ber-2 je...hm, juadah raya? tah ler wei..takdak mood nak pikiaq. kepala aku dah set nak rehat dari memasak ja raya ni (pasal mertua pun katanya tempah lemang ja kat orang.hehe) tapi dah jadi gini, tengokla...kalau rajin sangat mungkin aku rebus je nasi impit ngan wat sambal goreng..paling koman kang, aku tala megi je. kahkahkah..sara? dia balun macaroni pun jalan. so, no big deal! lepas tu tengahari ronggeng ke alamanda bawak sara tengok wayang ke..best gak kan? :P

okla pada yang nak balik kampung tu, drive carefully. makan rendang ketupat tu ingat la kat aku yang beraya diperantauan ni ye..SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!

lastly, aku doakan mak dan ayah di mekah sana dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna. even hati aku ni gundah gulana bila dapat berita yang ayah baru je keluar dari wad seminggu yang sudah kerana demam dan sakit kaki, tapi kena la juga pujuk hati ni..insyaAllah, harap mereka ber-2 selamat dibawah lindunganNya. insyaAllah, takde aral 30hb ni balik kampung jemput ayah di airport bayan lepas...

ok dah, pi sambung wat keja. aku pun banyak lagi tugas menunggu. daa

Sunday, November 14, 2010

Sulung


Ada 3 persamaan dalam entry ni..agak2 apa yang aku maksudkan?hehehe....







1. Budak kecik dalam gambar tu anak SULUNG kami..

2. Jejaka yang ensem dan manis tu anak SULUNG bapak dan mak mentua aku.


Dan..yang ke-3..












































































































Ini adalah entry SULUNG yang dipos dari MR.SATIO ku.... ;)

Friday, November 12, 2010

1001 alasan

banyak sangat nak list down sampai 1000..so, 10 saja cukup la ye..setelah tak lena tidor malam..setelah fenat, pening kepala..so aku dah putuskan. hatiku telah dicuri oleh MR SATIO..

10 alasan kenapa aku nak sangat Mr Satio?

1. hp rosak seperti yang aku dah ceritakan dalam entry ni!

2. camera mantap! 12MP, the highest pixel so far antara hp lain. dan sony memang terkenal dengan kualiti gambar yang cantik. kenapa tak go with 'digital camera'? sebabnya, aku rasa bulky! digital camera dah ada seketul pun..pixel 7MP je. tapi sebab aku tak suka semakkan handbag dengan 2-3 gadget. melecehkan! digital camera hanya digunakan untuk special ocassion je. tapi with hp camera, aku boleh snap photo on the go. nak lagi, kalau sara buat 'aksi stunt' mengejut. kan lebih cepat nak snap? kualiti gambar? memang tak dapat disangkal lagi..tengok je gambar bawah ni..

contoh gambar yang diambil menggunakan Mr Satio..

pic source : JustKhai
nak tengok photo lain, korang boleh pegi link ni.

macam pro je kan? kualiti gambar tu sikit lagi dah setaraf dengan DSLR la..nak beli dslr tak mampu la. lagi pulak, aku memang tak suka gadget yang bulky ni.

3. touchscreen.
hehe..ni percubaan pertama nak guna touchscreen. jenuh dah tangan ni sakit tekan keypad hp. sampai berkedut hujung jemari ku.hahahaha..alasan. so alang² tukar hp baru, so upgrade la terus ikut teknologi terkini kan. :D

4. wifi
oh..hp aku yang sebelum ni lengkap je aku rasa cuma kekurangannya 1 je..takde wifi. yang buat aku frust...alasanya, kat rumah aku jarang bukak notebook. kalau bukak je mesti layan drama korea je pun kan..so kalau ada wifi, lagi senang. bolehla aku update blog. macam rajin je..dah dpt esok, belum tentu rajin. nama je alasan kan? aci tak?

5. video call
hp lama pun boleh video call juga, tapi tak jelas. nampak muka orang sana tu blur..tapi untuk satio ni, kualiti much better dari hp lama. ramai yang suggest aku angkat iphone. but then, again..aku prefer camera + video call dari yang lain. nama pun blogger, so camera tu satu keperluan la...hihi..iphone 4 tak silap aku 5MP je kan? tu sebab, satio bertakhta di hatiku setakat ini..ada brand lain yang ok? sila suggest lagi..

6. GPS
ye..hp ni pun dh ada built-in gps. and tak silap terbaca review, boleh install garmin dalam ni jugak. ok, bab ni aku tak explore abis lagi. lagipun, kalau ada belum tentu berguna. kecuali kalau terdesak kan..

7. wide screen
ye. sebabkan skrin yang lebih lebar tu pun satu. lebih kemas. takde lagi keypad tertonjol. memang smooth je la screen tuh. hehehehe..nak layan game ke + movie ke puas la sikit.

8....

9...

10...

belum sampai 10 alasan, aku hampa! sebaik saja jejakkan kaki ke SE centre, stok Mr Satio dah abis..now dh keluar model baru..VIVAZ..aduiiissh, fenat je aku survey model tu..dah kena repeat same process again. cuma kurangnya VIVAZ ni, tak boleh front video call dan pixel 8MP je. adakah aku akan jatuh cinta buat kali ke-2 dengan VIVAZ atas alasan kualiti HD videonya yang baik itu? nantikan jawapannya dalam next entry...

Tuesday, November 9, 2010

1000 permasalahan...

banyak benda nak cerita kat sini. tapi, sangat malas..plus lately memang agak mandom blog ini. readers pun makin kurang..ye, aku ngaku. tapi tak kisah pun, nak baca bacalaa..tak nak baca, ok dipersilakan juga pergi..

actually, banyak juga la benda yang tak berapa best berlaku kat dalam life aku 2-3minggu lepas...aku percaya, semua yang berlaku tu ada hikmah.

radio + jam rosak!
perkara pertama yang terjadi, pagi aku nak drive ke office. bila on je radio tak idup. start keta boleh pulak. zairee kata, fius rosak kot. kalau pasal bateri, sure enjin tak boleh idup. so sekarang ni dah nak masuk sebulan la aku drive dalam keadaan sunyi sepi. kalau ada pun, adala suara comel menyanyi lagu dalam bahasa dia yang aku sendiri susah nak faham..sapa lagi..budak kecik ni lah..


jam tangan rosak!
pagi tu aku terbangun lambat. kerling jam, oh awal lagi..masih 7.30pagi(suppose masih 7.15, saje aku cepatkan 15minit dari jam office). lepas anta sara, kerling jam lagi..oh awal lagi..masih 7.30 pagi. ops! kerling lagi sekali..apsal masih 7.30 ni?? bila tenung betul², laaaa...pokadol betul la! jarum saat terkeluar dari landasan! so jarum minit dan jam tu stuck! tak boleh gerak..arghh!! satu hal! dengan jam keta rosak..jam tangan rosak. fening aku fening...so, tunggula this week nak pegi kedai jam minta betulkan jarum tu..bateri still ok. sebab jam tu masih boleh berfungsi bila aku goncangkan sikit.

casing hp pecah!
ok..ni dah lama pun berlaku. mula nya crack. sekali bila sara baling, rosak lagi casing. luckily, hp masih boleh berfungsi. sebab tu aku sayang gila kat K810i aku tu. hentak la..balingla..jatuh banyak kali pun tetap maintain! janji gambar cun! cuma tu la casing tak tahan lasak! kalau korang tengok, sadis betul casing hp tu. officemate siap buat 'joke' lagi. ye la, masking tape yang dulu aku guna wat tulis tarikh pam susu dah diimprovise menjadi pelekat casing, so that bateri hp tak tercabut. can imagine that? hahahhaa..sayang gambar takde. kalau tak, boleh aku tepek kat sini.

hp rosak!
so rentetan daripada casing pecah..dan aku pakai casing masking tape je untuk hampir 3weeks la jugak...so last weekend pegila the mines. ala...gi bhgn gadget it kat atas tu lah. situ kan banyak shoplot. sekali jumpa la kedai yang murah juga...tapi yang buat aku anginnya, tokey tu dah rosakkan hp aku! pandai je dia kelentong kata joystick rosak! hampeh+taik kucing dia la..walhal dalam keta sebelum tu aku siap bergedik sakan lagi ngan sara tangkap² gambar, video la..dah nak dekat 2tahun aku pakai hp tu.mesti la aku perasan kalau hp aku tu rosak. sahla! dia nak makan duit ktorg! end up, ktorg minta blk dia pulangkan hp aku tu. tapi tu la joystick dah rosak! sedih betulla..aku sayang gila hp tu even hp tu tak canggih mana pun. bila dia nk pulangkan, dia cakap lain pulak! eee macam keling laaaa!!!! dia kata bukan joystick rosak tapi mainboard!bongek betul la..memang aku rasa macam nak maki je depan tu gak. penyudahnya lepas je bayar, terus blah dari situ! pasni jangan harap aku nak jejak kaki kat situ dah! BLACKLIST! semua shoplot kat situ aku BLACKLIST!

hp mati!
sadaqallahulazim...lepas je pasang casing cun warna red maroon ke apejadah whatsoever tu, aku godekla hp tu balik..risau gak kot tokey tu wat taik! memang dia buat taik pun! hp aku jadi bengong! kejap² keluar skrin cybershot..walhal aku tak bukak camera lense..after hampir 10x keluar skrin tu non stop, aku pun tryla buat online update daripada website sony ericsson. sebab aku ada baca info, kalau ada problem ngan software better buat update services..lepas tu, tengah² running sekali update failed! haaa amik ko! bermula dari saat tu la..tamatla sudah riawayat K810i aku! sampai ke hari ini aku dah caj pun bateri still tak nak on. Dalam website SE mention sometimes update services tu will drain out the battery, so kena re-charge but then even after more than 8hours aku charge pun still tak idup. dah try amik bateri hp kawan letak kat hp aku pun still tak nak idup..taktaula dia koma ke atau dah sampai ajal..so..aku pasrah dan redha...


last photo taken sebelum K810i menemui ajalnya..sharp + jelas, even gambar ni diambil dalam gelap!

banyak nye nak settlekan..semua perlukan duit..settlekan mana yang penting dulu lah..dahla jam pun rusak. memang aku sekarang pergi mana tanpa tengok jam la..main agak² je pukul berapa. nasib baik selama ni jugak belum sekali la punch card aku merah.hehehe..

so now..aku pakai la dulu hp i-mobile mawi..even nampak cikai je tapi amat berjasa..hp BUATAN MALAYSIA. dah baling banyak kali pun elok lagi!casing pun lasak! hahaha...tu la sapa kata produk buatan malaysia tak bagus?????? tapi utk sementara je la..hehe..weekend ni nak mulakan hp hunting..dalam kepala dah terbayang dah model yang nak sambar..korang ada cadangan ke model apa yang ok? for now, aku masih in love dengan sony ericsson..lepas break ngan nokia long time ago, takde brand lain yang memikat hati aku dah selain sony.

note :setiap kejadian buruk yang berlaku tu sebagai peringatan buat aku.

argghhhh!!!

Tolong suggest..

anti-wrinkle cream yang bagus untuk aku..

muka aku ni bersih dari sebarang jerawat dan jeragat..

tapi satu masalah BESAR yang aku hadapi dari dulu (zaman sekolah) sampai sekarang yang still tak solve..

ada GARIS HALUS MELINTANG DI DAHI AKU NI...

ni bukan dahi aku! ni contoh ajek! pic source google lah...

yang buatkan aku ARGHHHH!!!lagi² tahun depan usia aku dah menghampiri ambang '3'. huhuhu!!!! sadiss sehhhh....

maybe, pasal aku suka berkerut dahi sangat la nih..

so, harap ada yang boleh suggest produk yang sesuai untuk aku cuba...

tq

Monday, November 8, 2010

VAARAYO VAARAYO

korang paham ke tajuk post aku arini? actually, tu tajuk lagu..maksud? hehe..aku sendiri tatau..jangan tny aku. tetiba aku in love dengan lagu ni..



ok..korang boleh gelak kuat²..i tak heran! hahahaha

suka dengan rhythm lagu ni even sepatah haram tak paham! janji hero pujaan hati..SURYA. ye, gelak la korang..gelak sekuat hati.

baru tengok movie ni semalam..tu sebab aku suka deparaya, boley layan channel 202. movie best²...kekeke

here is the clear version..

enjoyshh!

Wednesday, November 3, 2010

Pelat

mama, nak 'ikat'.
sambil tangan tunjuk kat iklan 'kitkat' kat tv. tengok iklan

mama, yak!
nak bagitau yang dia baru je lepas melabur! kadang tu bila perut dah memulas pun dia dah sebut 'yak'..bila cek pampers, bau busuk adala tapi 'bijih' tak keluar lagi. <--bolehla nak potty train dah....

popopo
.
masa tengak tengok kartun 'pororo, the little penguin'.

mama, popok!.
masa dalam kereta ondway balik dari taska, sambil jari tunjuk pokok tepi jalan

abai aik toto! - abang naik motor
bila nampak orang lelaki naik motor.

tetete anak.
bila jumpa banyak kereta...

mama, nak acik! bila lapar, minta nak makan walau foods tu bukannya nasi, tapi semua dibantai panggil nasi!

anas! - panas!

babai tatak - babai kakak

uvaa - tok wan

pah - opah

uwung tatak ua - burung kakak tua

tatak - katak
tak dapat nak differentiate 'kakak' dan 'katak'

cucu - susu

teter - teacher

celat - chocolate

iskut - biskut

anah - angah
refer to her 'pak ngah'

asu - paksu

ok..ni adalah antara vocab 'pelat' sara. jenuh gakla nak betulkan. kalau kat rumah, memang kami akan bercakap dengan sebutan betul. tak layan pelat dia sangat. tapi ada masa tu terlayan jugak. contoh, bila dia baru abis melombong, spontan je tanya dia balik..'sara yak ke?' silap aku la jugak kan..ada anak kawan aku dah boleh bercakap, takde pelat. tapi sara masih lagi pelat. <-- ee tak baik aku compare dengan anak orang kan? huhu

vocab sara yang nampak ok pun, tapi tak banyakla..antaranya..

air
mama
papa
atok
nenek - sometimes, nenet
ball - aku pun kurang pasti, sara sebut ball ni untuk english term atau bola tapi 'a' hilang!

apa lagi eh? hehe..tu la, sara punye sebutan lagi banyak pelat dari yang ok. tapi, takla merisaukan sangat. sebab ada jugak history keluarga zairee, yang pelat sampai dah besar..yang aku dapat recall, yana tak dapat pronounce nama aku dengan betul..jadik 'nowazlin'. dia pelat 'r' dan 'w'. hehehe...kak cik pulak, sampai sekarang selalu kena usik, 'tatak ijau' - 'katak hijau'.
jadi bahan la pulak kan.. harap pelatnya tak berpanjangan lah..sekarang ni umur dia masih 2 tahun 2 bulan 17 hari.masih ada masa untuk diperbetulkan...

tapi, kalau ada petua..tolonglah inform aku ye..

Tuesday, November 2, 2010

long list


cite yang bosan dan aku tak pernah tau ending cite ni. actress adalah orang yang sama yang berlakon dalam drama kat bawah ni.


cite kelakar pertama yang aku tengok. dahla cute je pelakon dia..lagu tema cite ni pun best! cuma cam keterlaluan la plak. boleh plak awek ni keje kat company balak dia pakai costume bunny. muahahaha..sure korang tak paham apa aku bebel.


cite ni pun sedih..tapi plot drama korea ni lebih kurang ja rasanya..lelaki tu eksiden, ilang ingatan..lepas tu nyamar jadi orang lain la konon..pastu pempuan terseksa bila dapat tau ada org lain muka sama macam kekasih dia..borinnnggg..huhu


cite ni sedey gak..tapi tu la tak puas ati, hero tu awat tak ensem pun.hahaha..


cite yang lawak la jugak..jatuh cinta ngan hero cite ni, sebab dia mix american.. paling sadis, aku tengok cite ni tanpa subtitle..ha layankan aje. pahamkan apa yang diorang merepek tu. mula la aku buat skrip sendiri..nasib baikla tang mamat tu cakap aku paham, yela..dah dia speaking english...bukan saja² speaking english pasal plot drama dia gitu, tapi memang dia sendiri tak reti cakap korea macam aku! hahaha


baru je abis tengok cite ni..komen aku, agak slow lembsss dan boring. aku rasa cite ni tak naikkan nama KSW pun. tak macam drama sad sonata/sad love story tu..gandingan dengan heroin pun macam tak kena.. kurus sangatla..tak berapa minat.hehehe

oh..ni lagi satu drama kelakar yang aku suka. plot cite dia yang buat aku boleh tengok sampai abis, ada sedih..happy..romantik. plak tu hero ensem. hehe..lagu² pun sedap..sampai sekarang masih ada dalam hp aku nih.hehe


sebab minat ha ji won. so layan je la drama ni sampai abis..plak tu banyak belakon kat indon. dapatla dengar ha ji won speaking indon. bukan senang tu! haha


yaaa...this is my all time fav drama! repeat ulang tayang banyak kali kat tv ke, cd ke mmg aku tangkap leleh punye. tak boley tahan tengok kisah diorang ni..cinta sejati betul. kalah cinta kasyah dan ayu..hm..nak kena repeat balikla cite ni. tapi cd plak kwn wat reta tak pulang²..aritu plan nk tgk time aku pantang, tapi tak elokla org kata time pantang sedey²..satgi meroyan lak kan.hahahaha


aku suka won bin. actually, aku tak berapa setuju dia reject won bin. comel ape won bin tu. nakal lak tu.hehehe..tapi cite ni sedihla..cuma sedih dia tu tak feel sgt, pasal tgk kat tv..pulak tu dialih bahasa ke mandarin. so ilang feel sedey tu..


even orang kata cite ni best..kelakar..tapi sbb aku tak minat hero, rain. so aku tengok pun skip²..sambil tengok tu kejam mata je la. hero tak ensem, mata sepet. harap badan je tough.hahaha


storyline slow giler...nak feel pun tak sampai. tak rasa sedih sangat..bape kali tengok cite ni aku sangap..penyudahnya, tv tengok aku.


bosan..tak pernah tau ending cite ni..cd cite ni pun taktau mana aku campak.hahaha


which amusement..sampai sekarang, aku tak tau ending camne..tengok drama camtula..ada mood, abisla.takde mood, tak pernah abis..cd pun dah rosak pasal sara buat main. huhuhu..


suka cite ni..tengok peel spastik sam soon yang asyik kene reject ngan laki. malang betul..dia rasa nama dia tak bawak 'ong' dalam idup dia.


kisah budak sekolah kawin awal. bermula dari zaman sekolah sampai la diorg dewasa..memang fav aku lah..


kisah sedih..ending yang buat aku sedih..huhuhu..tapi naik nyampah lak ngan heroin..sikit²..uppa..uppa..(abang..abang)..cuma pasal hero nya fav actor aku, so layankan aja..paling suka pasal tengok gaya dia. mentang² orang kaya, memanjang nampak smart dan macho. dan aku agak curiosla..dalam banyak² drama korea, memang diorang ni respect abis kat bos eh..pegi memana mesti ada bodyguard. lepas tu, sampai kat depan opis, semua staff beratur sambut dia. hahaha..dah macam adegan wajib lak dalam drama korea.


hem..tak berapa minat sangat..tapi bolehla layan. sebab ni 1st drama yang sampai ke malaysia dan hits time tu..


ni drama yang tengah layan..tak sabar nak abiskan cepat..banyak lagi waiting list lepas ni. hahaha..alamak, baru sedar..sara mewarisi sikap 'tamak' dari aku kot..bukan tamak haloba tu! kalau sara ni bila nampak foods melambak depan mata, dia akan makan cepat² lepas tu, tak abis yang kat tangan tu, dia dh request yang baru..macam aku la tu..bila dah banyak sangat stok drama, jadi tamak lak. taktau nak tengok yang mana satu.hahahahaha

ok tu je la kot drama korea yang aku penah tengok. takdela long list sangat pun..nak kata aku fanatic fan tak jugak. aku pilih gak drama yang nk tengok. kriteria pemilihan, jalan cite best tak kisahla kelakar/sedih janji tak bosan! dan hero + heroin sedap mata memandang.

kat sini aku nak share ada 2 clips yang aku suka sangat. aku baru je teringat clips ni masa browse koleksi mp3 korea dalam pc.hehehe. aku minat lagu ni dari zaman anak dara lagi..clips ni lagu je, tapi sedih sangat...touching abes..tengok clips ni je boley wat aku leleh. tapi lagi best, kalau diorang wat drama..sure touching abessss...

Haru / Once upon a day

sedey tak? sedih kan...frust gile la mamat tu..

Kiss

actually, storyline dalam clips lagu kiss ni dah pun diadaptasi ke drama, tapi tak la 100%. cuma sikit tu adala persamaan..yang bestnya drama melayu lak tu.hahaha..tajuk drama tu, Cahaya Hati lakonan Eja dan Fahrin Ahmad. tapi, aku tak berkesempatan pun tengok. kalau tengok, sure aku kutuk habisan!hahahaha..

tapi.. lagu korean yang paling comey dan aku suka..lagu ni..bukan je kanak², orang tua dengar pun terhibur! hehehe..



saje nak share benda gini..sebab ni merupakan satu kegilaan aku satu ketika dulu dan sekarang kot.. korang camne? ada tak kegilaan yang sama cam aku atau lain dari tu?

Monday, November 1, 2010

kisah baby kami

sekian lama tak berceloteh tentang anak dara kami tu. bukan tak ada cerita nak dikongsi. banyak sangat..kalau ikutkan, setiap masa nak catit kisah qaisara.

tapinya, lately sangat malas nak menulis..nak tulis je asyikla terbantut. hm..

oklah..nama pun journal baby aku. ada 2 baby..sorang tu giant baby. sorg lagi tu dah pun berusia 2 tahun 3bulan. alhamdulillah..banyak la akal dia juga sekarang ni.

selera makan dah besar. buatkan iman mama nya yg sorang ni tergugat. baru rasa nak diet, dah tergugat bila tengok nasi panas berasap..nak tak nak, mama nye pun join sekaki. hanguss la program diet mama..sekarang ni, balik je keje cabut tudung terus tung tang di dapur. sara plak dalam masa mama nya sibuk kat dapur, dia pun sibuk sama. sibuk selongkar kabinet cari foods..asal jumpa jajan, semua dia balun. so to be safe, sampai je rumah memang kena kasi makan buah dulu. 1 biji epal tu dia boleh abiskan sekali lalu je. after maghrib, mulut dah bising 'nak nacik'. kalau dah bising mintak nasi tu,janganla lengahkan. karang mula la dia ngamuk macam rasaksa gorgon.

kelaku dia pun boleh tahan sekarang ni. last weekend, tah camne anak sedara layan drama kat asterok tajuk burger layan diri. drama ni mamat 3suku RJL tu la belakon. melawak kasar..lepas tu ada la satu scene tu, diorg kene pukul ngan mak diorg ngan kayu. korang tau ape sara buat? kebetulan kat tangan dia ada straw vitagen tuh..dia hayun straw tu kat muka aku. sikit lagi nak tercucuk biji mata! sentap aku tau! kenala pap tangan tu. tapi dia tak serik. melalak pun idak. terus aku tukar chanel tengok mickey mouse club house. lepas ni semua cite yang nk tgk, kena tapis dulu. agak² cite tu ada scene 18SG yang mild pun tepaksa gak tapis!

bertih jagung pun tak macam mulut dia. kerja menyanyi je seakrang ni..'adik angan nanes, mama uwak jeje' -->lagu pok amai².


angka '26' bawa malang?

aku marah ni..ada plak mulut 'manis' berkata..'26, nombor keramat bencana alam'

taula tsunami berlaku pada 26 Disember 2004!

tapi janganla pasal kejadian tu, keluar kata-kata merepek camtu!

orang kita ni suka sangat percaya pada benda kurafat macam tu!

aku marahla! pasal 26 Disember tu hari lahir aku!

penah gak depan-depan aku, makhluk spesies yang tak sayang mulut ni selamba je cakap, 'ooo hari jadi ko tarikh tsunami, tarikh malang!!!!' pergghhh, kang aku lempang tak pasal berdarah bibior ko! baru ko tau sapa yang bernasib malang!

*semua kejadian buruk yang berlaku atas kehendak Allah, sebagai amaran dan peringatan buat hamba-Nya!*

update :
patutla...news keluarkan list ni..
INFO: 26 nombor keramat benca alam. kadang geram jugak tau paper ni, suka tulis benda gini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...