Monday, November 1, 2010

kisah baby kami

sekian lama tak berceloteh tentang anak dara kami tu. bukan tak ada cerita nak dikongsi. banyak sangat..kalau ikutkan, setiap masa nak catit kisah qaisara.

tapinya, lately sangat malas nak menulis..nak tulis je asyikla terbantut. hm..

oklah..nama pun journal baby aku. ada 2 baby..sorang tu giant baby. sorg lagi tu dah pun berusia 2 tahun 3bulan. alhamdulillah..banyak la akal dia juga sekarang ni.

selera makan dah besar. buatkan iman mama nya yg sorang ni tergugat. baru rasa nak diet, dah tergugat bila tengok nasi panas berasap..nak tak nak, mama nye pun join sekaki. hanguss la program diet mama..sekarang ni, balik je keje cabut tudung terus tung tang di dapur. sara plak dalam masa mama nya sibuk kat dapur, dia pun sibuk sama. sibuk selongkar kabinet cari foods..asal jumpa jajan, semua dia balun. so to be safe, sampai je rumah memang kena kasi makan buah dulu. 1 biji epal tu dia boleh abiskan sekali lalu je. after maghrib, mulut dah bising 'nak nacik'. kalau dah bising mintak nasi tu,janganla lengahkan. karang mula la dia ngamuk macam rasaksa gorgon.

kelaku dia pun boleh tahan sekarang ni. last weekend, tah camne anak sedara layan drama kat asterok tajuk burger layan diri. drama ni mamat 3suku RJL tu la belakon. melawak kasar..lepas tu ada la satu scene tu, diorg kene pukul ngan mak diorg ngan kayu. korang tau ape sara buat? kebetulan kat tangan dia ada straw vitagen tuh..dia hayun straw tu kat muka aku. sikit lagi nak tercucuk biji mata! sentap aku tau! kenala pap tangan tu. tapi dia tak serik. melalak pun idak. terus aku tukar chanel tengok mickey mouse club house. lepas ni semua cite yang nk tgk, kena tapis dulu. agak² cite tu ada scene 18SG yang mild pun tepaksa gak tapis!

bertih jagung pun tak macam mulut dia. kerja menyanyi je seakrang ni..'adik angan nanes, mama uwak jeje' -->lagu pok amai².


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...