Wednesday, November 3, 2010

Pelat

mama, nak 'ikat'.
sambil tangan tunjuk kat iklan 'kitkat' kat tv. tengok iklan

mama, yak!
nak bagitau yang dia baru je lepas melabur! kadang tu bila perut dah memulas pun dia dah sebut 'yak'..bila cek pampers, bau busuk adala tapi 'bijih' tak keluar lagi. <--bolehla nak potty train dah....

popopo
.
masa tengak tengok kartun 'pororo, the little penguin'.

mama, popok!.
masa dalam kereta ondway balik dari taska, sambil jari tunjuk pokok tepi jalan

abai aik toto! - abang naik motor
bila nampak orang lelaki naik motor.

tetete anak.
bila jumpa banyak kereta...

mama, nak acik! bila lapar, minta nak makan walau foods tu bukannya nasi, tapi semua dibantai panggil nasi!

anas! - panas!

babai tatak - babai kakak

uvaa - tok wan

pah - opah

uwung tatak ua - burung kakak tua

tatak - katak
tak dapat nak differentiate 'kakak' dan 'katak'

cucu - susu

teter - teacher

celat - chocolate

iskut - biskut

anah - angah
refer to her 'pak ngah'

asu - paksu

ok..ni adalah antara vocab 'pelat' sara. jenuh gakla nak betulkan. kalau kat rumah, memang kami akan bercakap dengan sebutan betul. tak layan pelat dia sangat. tapi ada masa tu terlayan jugak. contoh, bila dia baru abis melombong, spontan je tanya dia balik..'sara yak ke?' silap aku la jugak kan..ada anak kawan aku dah boleh bercakap, takde pelat. tapi sara masih lagi pelat. <-- ee tak baik aku compare dengan anak orang kan? huhu

vocab sara yang nampak ok pun, tapi tak banyakla..antaranya..

air
mama
papa
atok
nenek - sometimes, nenet
ball - aku pun kurang pasti, sara sebut ball ni untuk english term atau bola tapi 'a' hilang!

apa lagi eh? hehe..tu la, sara punye sebutan lagi banyak pelat dari yang ok. tapi, takla merisaukan sangat. sebab ada jugak history keluarga zairee, yang pelat sampai dah besar..yang aku dapat recall, yana tak dapat pronounce nama aku dengan betul..jadik 'nowazlin'. dia pelat 'r' dan 'w'. hehehe...kak cik pulak, sampai sekarang selalu kena usik, 'tatak ijau' - 'katak hijau'.
jadi bahan la pulak kan.. harap pelatnya tak berpanjangan lah..sekarang ni umur dia masih 2 tahun 2 bulan 17 hari.masih ada masa untuk diperbetulkan...

tapi, kalau ada petua..tolonglah inform aku ye..

8 comments:

~adeQ~ said...

syameel pun pelat...tu dah 2 tahun 7 bulan tuh.....kitorang tak pernah cakap pelat pun dengan dia. susu jadi cucu, sofea jadi iya jek.....kalau ada petua nak jugak kongsi2....hehehehe

isabelle said...

i pun mmg x layan pelat si adam.
tapi kalo dia tersalah sebut, i x betulkan. i just ulang perkataan/ayat tu dgn yg betul punya.
keep on doing that.

good luck

e.l.i.s.s.m.i.e said...

nuha tak pelat mana tapi ada certain2 word dia pelat.biskut tu, cikut :p mak ngah= mak gah :p

eiNa said...

aira pun pelat..

paklong:pakwomm
jalan2: jayan..
kebanyakan words ada l jadi y. r pun ssh nk sebut.. jenuh nak train bebetul

CuppyCakeMommy said...

mia pun pelat cam sara..kecik lagi kut..tapi dulu adik i mak i bg minum air zam zam..then okpelat dia

CuppyCakeMommy said...

mia pun pelat cam sara..kecik lagi kut..tapi dulu adik i mak i bg minum air zam zam..then okpelat dia

CuppyCakeMommy said...

mia pun pelat cam sara..kecik lagi kut..tapi dulu adik i mak i bg minum air zam zam..then okpelat dia

Lin said...

syidah,
hehe...ingat sara kronik.kira normal la tu kan, harap tak sampai besarla diorang pelat.

isabelle,
biasa camtula.klu dia sebut tak betul,we all akan repeat guna word yg betul balik. anyway, tq. :D

eliss,
haa okla lagi.still boleh paham. sara ni, bukan je pelat tapi dah jadi bunyi lain.dia reka vocab sendiri.hehe

eina,
r tu ada masa sampai sekolah pun diorg pelat cam saya dulu.hehe

siti,
ohye..bapak i blk mekah nanti bolehla kasi sara minum air zam zam. mudah2 an la kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...