Tuesday, November 16, 2010

Punah

hm...petang semalam zeri email kat aku..'malam ni abang kena ke perlis.'
pulak dah! pulak tu inform aku guna email je..bukan nya sms/call..apala guna ada hp?

itu bukan soal besar pun. yang jadi isu besaqnya, aku beria la mintak cuti khamis jumaat ni pasal dia ajak balik beraya di johor. tapi last minute jadi gini. tapi nak buat camne, dah tuntutan kerja dia macam tu. last week gitu jugak, balik rumah tetiba cakap 'abang nak pegi paka ni'. aku ingat dia buat lawak antarabangsa, rupanya serius. 2 malam la jugak dia kat sana. huhu..ikutkan aku takla SUPER-excited sangat nak beraya. lagipun dah bertahun-tahun raya haji aku sempoi je...zaman campus dulu pun selamba je beraya diperantauan (johor tu kira perantauanla jugak!). ikutkan dah 3tahun aku beraya di sini atas kekangan kerja zeri jugak. aku ni nak bercuti no hal, janji ada orang kat office..cuma dia yang susah nak cuti.

so...dipendekkan cerita, selamat berhari rayalah buat aku dan sara di sini. huhu..sadis jugakla..biasanya ada jugak dia. tapi kali ni kami ber-2 je...hm, juadah raya? tah ler wei..takdak mood nak pikiaq. kepala aku dah set nak rehat dari memasak ja raya ni (pasal mertua pun katanya tempah lemang ja kat orang.hehe) tapi dah jadi gini, tengokla...kalau rajin sangat mungkin aku rebus je nasi impit ngan wat sambal goreng..paling koman kang, aku tala megi je. kahkahkah..sara? dia balun macaroni pun jalan. so, no big deal! lepas tu tengahari ronggeng ke alamanda bawak sara tengok wayang ke..best gak kan? :P

okla pada yang nak balik kampung tu, drive carefully. makan rendang ketupat tu ingat la kat aku yang beraya diperantauan ni ye..SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!

lastly, aku doakan mak dan ayah di mekah sana dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna. even hati aku ni gundah gulana bila dapat berita yang ayah baru je keluar dari wad seminggu yang sudah kerana demam dan sakit kaki, tapi kena la juga pujuk hati ni..insyaAllah, harap mereka ber-2 selamat dibawah lindunganNya. insyaAllah, takde aral 30hb ni balik kampung jemput ayah di airport bayan lepas...

ok dah, pi sambung wat keja. aku pun banyak lagi tugas menunggu. daa

3 comments:

isabelle said...

i pun beraya kat shah alam je, beb.
menganga la kita kalo kedai mkn x bukak (dgn i yg dah sarat & malas masak ni...hehehe)

e.l.i.s.s.m.i.e said...

sabar ajer lah.dia takut ko mrh kot tu psl sms :p

paka?? kampung aku tu, meh laa ikut aku..hehehe
selamat hr raya aidil adha yer :)

Lin said...

isabelle,
okla tu.ada geng..haha jom kita pakat berkumpul di mamak je la..dah tu je kedai yg beroperasi raya2 gini.

eliss,
haha tu la kot. eh, paka tu dia dh p last week. kalau dia p this week aku nak gak ikut. best gak.aku dahla teringin giler nk makan sata kat pantai teluk mak nik tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...