Monday, November 22, 2010

sekali sekala

koh koh koh koh.. bunyi batuk orang tua.
seronok juga bila sekali sekala jatuh sakit.
time ni la dapat rasa diri di manjakan.

demam rindu asalnya..rindu kat orang tu, terpaksa beraya di perantauan..
malam raya pulak berhempas pulas masak juadah raya. kul 12 baru selesai.
tapi 'mood' takde, orang tersayang tak dapat jamah air tangan..
di pagi hari raya aidiladha dah terasa 'bahang sakit tekak'..petanda nak demam la tu.

sara di pagi raya..nasib baik dia tak merengek tanya mana papa pergi?

plan asal tak balik kampung la since zairee outstation, tapi last minute bila si dia offer ' tak nak melawat dia di indera kayangan kah?'
dalam hati menjerit 'NAK!!!'

tapi..sebabkan ada ahli keluarga ipar di rumah..so camne nak tinggal kan rumah?
last minute juga adik ipar decide nak balik jb. so malam tu pos ke jb naik bas..cuma malang pulak bila insiden terlepas bas berlaku..sampai semua orang naik angin tak tentu arah..
aku pulak, tak larat melayan..badan mula rasa tak sedap..nak demam kot.
lepas anta adik ipar tu, terus aku pecut kereta ke bukit antarabangsa. kakak dah tunggu nak balik kampung..

jadinya, malam tu juga kami bertolak. kemana? bukan balik kampung kami..perak pun bukan! johor pun bukan! sebaliknya, kami ke aloq setaq, kedah! aku takla rasa segan sangat dengan keluarga mertua kakak aku, pasal dari zaman aku sekolah kat matjiwa dulu pun, asal weekend ja aku balik rumah depa. lagi pulak, aku pun dah pernah experience beraya aidiladha di aloq setaq. suasana lebih happening dari kampung aku sendiri..meriah dengan nasi daging! paling aku suka, aku dapat lepas hajat nak makan buah delima sepuas hati..apa lagi yang aku nak, bila dapat makan buah yang menggiurkan ni???

merah menggoda!
nota : sara suka makan buah ni..laju je dia makan. maybe sebab masa aku mengandung dulu, aku mengidam nak buah ni tapi tak dapat yang macam ni. dapat yang muda+tak masak. agaknya sebab tu ke air liur sara asyik meleleh je walhal dah berumur 2 tahun 3bulan!tapi, sekarang, aku perasan air liur dia dah tak meleleh..so, mungkin adala kot kebetulan di situ..

akibat sakan melantak daging fresh, mula rasa panas badan dan kepala pusing. end up, pagi sabtu tak terkawal..kebetulan ari sabtu juga baru zairee release dari kerja. so pagi tu sebelum bertolak balik kl, kami pegi klinik dulu. nak dijadikan cerita, masuk je kereta, automatik isi perut bergelodak. 'nak muntah!'..di simpang trafik light tu jugak aku muntahkan segala isi perut. nasibla kalau orang nak kata aku tak senonoh ka..nak buat camna. dah takde plastik dalam kereta. sampai kt klinik, sambung uwek2 dalam toilet pulak..seksanya badan. aku ni susah nak kena demam..tak sangka la pulak, kalini demam betul pulak. doc tny, mengandungkah? oh..taklah..kawan baik saya baru je datang 2hb aritu doc. doc cek suhu, sah awak demam katanya..


sara with her lil cousin-shakira..nama dah lebih kurang je. selalu tersasul...
sara seems friendly sangat dengan shakira. cuma dia jeles bila aku dukung shakira. maybe dia dah boleh faham kot. timing elok la ni nak kasi adik kat dia? family pun dah mula bertanya, bila lagi??

dari aloq setaq, kami singgah perak dulu. even mak ayah takde kat sini, diorang tunaikan haji tapi adik beradik lain masih ada..so kenala singgah. nanti kecik ati pulak kakak dan abang2 ku dikampung sana..tak lepak lama pun..after maghrib, terus rushing betolak ke kl..sebelum tu sempatla berkenalan dengan keluarga baru kakak ipar aku..meet mimi and momo..haha nama pun cute!


feeding time! sara kasi ayur kangkung kat mimi.

aku plak risau juga takut menjangkit demam kat sara. tapi, dah terlambat pun, pagi tadi sara mula batuk..petang ni kena pegi klinik lah. erbalik kisah aku demam..seksanya aku rasa. perjalanan balik ke kolumpo yang selama ni aku rasa sekejap je rasa lamanyaa...asal aku bukak mata tak sampai lagi...dengan panas bahang dalam badan. semua serba tak kena. nak makan tak lalu..akhirnya sampai jugak kat rumah..keluar je kereta aku tak pk ape dah..cari tilam dan bantal je. tapi malam tu tak dapat tido lena, kepala berdenyut..idung tersumbat..batuk lagi..kejap² bangun ke toilet, buang kahak..lepas telan panadol sebiji terus jalan....zzzzzzzz...sampai esok pagi, sedar je sara buat main ubat antibiotik..habis berdebu je tilam dia kopek kapsul ubat tu...hadui, nasib baik dia tak telan..kot dia igt gula-gula ke..

lunch smlm, zairee masak bubur nasi dengan ikan bilis. even tak rasa apa pasal mulut tawar makan je la...semua jadi sedap bila orang yang masakkan tu orang yg kita sayang..dan kesanggupan dia masakkan untuk kita..paling penting, dia jaga anak sementara badan kita tak larat lagi ni..tq dear...without u lah, i tell u lah..i cant live without u lah..arini pun u drive me to the office. thanks a lot lah dear..love u so much lah dear..berapa banyak lah daa...

paling syahdu, sara faham aku sakit. siap tolong picit kepala..tepuk badan nak urutlah konon..pastu tny..'mama..akit??' paling seronok bila dengar dia panggil 'mama' dan 'papa'..siap ada 'nada manja' lagi.. sakit pun bila dengar dia panggil camtu, rasa ringanla sikit kesakitan tu..

4 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

seksanya aku mendengar..kenapa tak rehat ajer kat umah :)

aku pun pernah raya haji umah mertua abang aku di kedah dulu ms bujang :)

Lin said...

eliss,
tak sangka lak nk demam..igt sakit tekak biasa je..tapi tetap puas ati. dapat jumpa cinta hati awal sikit..kalau tak, maybe ari ahad baru dapat jumpa..huhu..sara plak asyik memerap je bila dah masuk ari ke-2 tanpa papa.

isabelle said...

ni yg syok bila sakit ni.
ada yg manjakan. hehehe

weh...sib baik i dah dpt mkn buah delima. kalo x, jenuh nak cari.

Elyn said...

aduh baca u demam ni teringat camne i demam aritu. sakit2 badan sampai menggigil. time tu la baru rase betapa sedap nyer kalau sihat kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...