Thursday, December 30, 2010

terbantut

baru je plan aktiviti kat pejabat ni esok petang, siap pegi merayu dekat bos besar lagi nak buat sesi tu...sekali PM isytihar esok cuti umum.. there goes, hancuss my plan!

aku dah cakap kat husband, kalau malaysia menang confirmla cuti..abis beria sangat propa dok ulang ayat yang sama kat tv..'14 tahun tak menang'..so kalau menang, mestila cuti..plus mestila PM nak beli jiwa rakyat dia.kekeke..ni aku punya pendapatla..tak setuju, pi main jauh²... tapi laki aku tak setuju..dia cakap kalau menang piala dunia confirm cuti..aku jawab lagi, ala dulu badminton menang piala thomas pun cuti ape. he he he <-- sebenarnya dalam hati biarla cuti..pasal mood nak kerja ujung² tahun ni dah kat level bawah -ve kot?

sekali pagi tadi..apsal pak mentua aku call husband aku awal² pagi ni...dia inform la pasal nenek belah ayah dah meninggal..inalillah...lepas tu dia yang sampaikan berita jumaat ni cuti umum..aku dah agak even mula tak percaya..pasalnya tak dengar pulak ada announcement pasal tu kat tv..semalam aku layan cerita SIVAJI THE BOSS kat channel astro fiesta (110 - baru perasan ada channel baru) lepas tgk match (isabelle, kalau i ada hp num u sure i sms u..padayappa belakon.best gile tgk aksi dia lambung syiling! kah kah kah).

udahla aku ni tak minat bola..layankan ajala apa yang diorg dok tgk kat tv tu..siap mulut aku ni tak benti tny soklan merepek sampai laki aku naik fedup nak menjawab (aku tny kenapa dia dpt kat kuning,..laki aku jawabla pasal tadi ada org tackle..aku plak loyar buruk, sapa plak ngorat kat tgh padang tu??????????..kakakaka) saja je, sebab aku dah bosan tgk bola kat tv..nak tengok cite lain remote kat bawah montot dia. kih kih kih

ape pun tahniahlah kepada team bola sepak kita walau aku haram tak kenal sorang pun player..yang aku asyik tny laki aku, yang mana satu player baru kawin siap keluar paper tu?(rupanya dia la yang kena tackle semalam kat tgh padang. :P) kalau diorg kekalkan prestasi, insyaAllah boleh pergi jauh..aku tak reti komen lelebih pasal aku memang tak minat bola hata apa² sport sekalipun..sian laki aku..

okla, till then..selamat berjimba dihujung minggu..minggu ni sesi untuk isi perut pegi kenduri sana sini. daaa

*mood nak update cerita bercuti last week takde lagi. tunggu transfer gambar dulu la kot*

Monday, December 27, 2010

1tahun lagi...

happy belated birthday to me on 26th Dec. <--aku sakan bercuti 4hari sampai tak da masa nak bukak blog..lagipun baru malam ni ada kelapangan.

another 1year before melangkah ke fasa 3...oh tidak!!!!!!! tapi itulah hakikatnya...mana ada makin berusia makin berkurang angka nya...apalah sangat pada nombor? eceh.. <-- ayat cover line nih! harapan aku:
  • moga bertambah rezeki keluarga aku lepas ni..
  • moga dipanjangkan umurku agar dapat aku banyakkan amal ibadat <--memang banyak compang-camping..minta supaya ada masa lebih panjang untuk berubah menjadi anak+ ibu + isteri yang solehah..
  • moga tahun ni sara bakal dapat kawan. hehehe
  • moga kami sekeluarga hidup bahagia aman sentosa lah hendaknya...
  • dan semoga perkara yang terbaik berlaku dalam kehidupan kami pada masa akan datang <--rasa macam patut masuk dalam wishes untuk new year 2011 je ni.

latest photo..lama betul tak bergambar ber2. ni pun snap cepat2 sebelum sara menyelit.hehehe..
kembali ke pantai pertama kami dating after 9years.hehe..cuba teka kat mana? teka suka-suki je, takde hadiah pun.

* tak sempat celebrate lagi...baru je lepas balik holiday dengan family, husband janji kemudian. takpe, still ada masa..tak perlu kelam kabut *

Thursday, December 23, 2010

lamanyaaa

last aku masuk dapur, aku rasa adala 2minggu sudah. wahahahaha..mantap gitu! last lauk yang aku masak properly pun...telur goreng + sayur kobis + ikan pekasam..kihkihkih

bila dah lama tak jejak kaki ke dapur, mula la jadi 'balok liat!'

dan malam ni aku kena ziarah dapur aku lah nampak gayanya. pasalnya, insyaAllah petang ni ayahanda dan bonda tercinta nak datang ke rumah buat julung kalinya (yela..mak ayah aku dapat jenguk anak pun setahun sekalik je!) so takkan aku nak jamu megi kat diorg..

cumanya sekarang takde idea nak masak apa..dahla rasa MALAS tu menebal..camnila aku rasa kalau dah lama sangat tak jengah dapur...

*baru teringat, sebutir bawang pun takde kat dapur tu..huhuhu*

Wednesday, December 22, 2010

false alarm

kecoh je lebih kan? rupanya this month terlewat 5hari. maybe hormon tak stabil. plus badan yang kurang sihat, asyik demam batuk je..

so pada kawan² yang super-excited sampai sms/msg kat fb wish tahniah tu maafla ye. hehehe..akak yang terlebih sensitif sebenarnya..

kita tunggu lak next month ye. muahahahaha

Friday, December 17, 2010

mengidam kalah 'ibu mengandung'

taktaulah kenapa...sekarang ni anak tekak ni teliur sangat nak makan..

satay willy sg ramal..dengan lemaknya yang manis..bisa kecur air liur
ayam panggang, nak dari dapur uncle kenny rogers je..
meatball...tak dapat ikea, meatball azmy pun jadila..tapi frust sampai skrg tak jumpa meatball azmy. kat mana ada jual meatball azmy??? tolong inform aku pleaseeee
tepayyaki..sebenarnya teringin nak makan sizzling bbq daging nipis² tu...

apehal semua foods yang aku teringin ni berasaskan daging yang boleh menggemukkan?????

yang pastinya, malam ni harap aku tak kempunan lagi nak makan mihun soto yang sedap di R&R Pagoh. (the only reason yang buat aku rasa excited nak balik selatan tanah air..hahaha...jangan mare ye cik abang!)



Regards,
Lin

lari topik

mood nak berblog sekarang ibarat 'idup segan, mati pun tak nak'. punca utama kerana kami 3 beranak baru nak beransur pulih dari demam + batuk berpanjangan. aku sorang je dah repeat visit hospital sampai 3x sampai aku rasa semua staff kat situ termasuk pak guard yang tolong bukak pintu tu dah cam aku. bermula dari sabtu lepas aku demam panas balik dengan batuk kong kong yang buat aku semput..2hari aku dan husband dengan sara terheret sekali..kami terlantar diperbaringan. mujurla ada keluarga dekat, diorang la datang hantar foods. kalau tak, alamat kebulur la anak beranak..memasing melepek tak larat bangun..

aku pulak dah fedup tahap dewa kat doc yang sama yang kedekut MC. suspect aku terkena jangkitan kuman kat lungs tapi kasi MC 1 ari je. end up ari selasa bila naik keja aku batuk sampai semput sesak nafas. malamnya repeat ke spital lagi, again jumpa doc yang sama! dia suruh aku sedut gas..lepas tu dia prescribe ubat asthma cough pill punya since ubat batuk botol dah habis..but for now aku stop makan ubat..ada sebabnya...tak perlu cerita lagi....tapi yang aku geram, kenapa doc tu rawat aku macam ala kadar je. padahal bukan free, berbayar! kalau dia nak wat denggi test sekali pun buat je la, x-ray je la lungs aku. tapi bila aku query balik, dia cakap itula inila...peliknya!!!!! bukan ke private ni lagi suka buat  semua prosedur tu?? yela, diorg kan nak duit kita! ni yang buat aku mula ada double standard ant gov ngan private ni. dalam kes aku sakit ni, aku tak nampak pun yang private ni lagi bagus dari gov. ke sebab aku je yang tak bernasib baik dapat doc macam tu????

takpela, tengokla camne. kalau batuk aku masih lagi tak ok sampai next week maybe last option aku akan ke gov jugak akhirnya. aku bukan malas gi gov, tapi sebab aku malas buang masa menunggu jumpa doc tu. lama nak mampus..tu yang buat aku fikir 10x juga nak ke klinik/hosp gov. tapi, kalau kat hosp gov prosidur rawatan lebih teliti lah (macam mana aku pernah kena ovarian cyst dulu).

okla, cukupla kot sesi luahan ketidakpuasan hati aku kat servis doc yang hampeh di hospital dot dot dot...nama je hospital pakar..huhu..

opss..tujuan asal tulis entry nak cerita benda lain tapi meleret ke sesi luahan perasaan pulak.hahahaha




Regards,
Lin

Tuesday, December 14, 2010

instinct yang kuat

aku ni nak kata ada telepati tu tak tau lah..tapi tiap kali aku terlintas satu perkara tu, tak semena² benda tu berlaku..walhal baru kejap ni je aku fikirkan tentang tu.
aku teringatla kata-kata arwah mak aku dulu..jangan buat main dengan mak, mulut mak ni masin. kalau mak sumpah, menjadi. sebab tu la aku tak berani la nak ingkar cakap mak (especially pesanan mak jangan main cinta time belajar..tapi..masuk campus, main cinta jugak.huhu)

berbalik pada cerita sebenar..malam tadi tido aku tak lena. dah cuba lelapkan mata. masuk tido jam 9malam. aku rasa macam aku tido, tapi kepala aku runsing. teringatkan kampung. macam² aku fikir. so, aku rasa antara sedar atau tak..pulak tu sara kejap² merengek nak air (dia demam panas malam tadi)....aku pulak memang tak plan nak tido sampai ke pagi sebab aku ingat aku belum isya' lagi. tiba² dalam pukul 2pagi aku bangun mengejut macam baru lepas mimpi buruk. tapi bila aku nak ingat balik apa yang aku mimpi tu tak boleh..langsung tak ingat..

pagi ni bila cek emel, kakak ipar di kampung hantar khabar..rupanya ada kejadian buruk berlaku di kampung. runsing kepala aku dibuatnya. dah kritikal jadinya. kenapala ada hamba Allah yang dengki sangat dengan keluarga kami. tak boleh ke tengok kami bahagia + senang. ada ja cara orang nak musnahkan. kesian ayah aku. dahla dia belum sihat sepenuhnya, dah pulak berdepan dengan masalah macam ni. ikutkan hati aku yang geram ni kan, memangla...mati kot jantan tu. taktau sapa yang betul sekarang ni.

cuma, aku berharap kami adik beradik yang tinggal jauh ni terhindarla dari ilmu jahat jantan durjana tu.

Regards,
Lin

Thursday, December 9, 2010

First Time

nak dijadikan cerita, hari selasa cuti maal hijrah aritu aku plan nak bawak sara tengok movie. kira first time la ni bawak sara pegi GSC. punya excited mama ni nak bawa anak kesayangan tengok rapunzel. sekali tersilap date booking! punye confident buat online book sampai terbook tiket untuk hari rabu! sengal betul la....

untuk ilangkan frust tu, bawak sara masuk tempat videogame kat situ plak. sajela nak ajar sara main game bowling..

ada gaya bowler pro tak?
ternyata anak daraku tak ley dipisahkan dari ball..suka sangat main ball!

tapi disebabkan mama yang sorang ni super excited juga, sampai sanggup 3x beratur semata nak dapatkan reserved ticket orang lain tu..1st q, adik tu kata kene tunggu sampai kul 11am. 2nd q, lagi 7minit kak. 3rd q, nah tiket nye kak! bape kali tah ler aku ucap tq kat adik tu sampai adik tu sengih² kambing..sure dia kata, 'sian akak ni..cam orang jakun lama tak tengok movie!' hahaha

curi² amik gambar dalam theater.hehe

sebelum masuk dalam tu, bekalan kenala disiapkan. 1botol susu, 1 large cup ice lemon tea, 1 large pop corn tu, 1 corn in cup..ni nak tengok movie ke mentedarah ni? hahaha..
masuk je dalam tu, sara seems ok lagi...bila start movie tu aku perasan dia bukannya excited sangat tengok movie..dia excited makan. kejap nak makan itu..makan ini. movie belum mula susu dah sampai suku botol. haduiii....cemane karang ni. pop corn lak dah sampai ke dasar box.

dah sampai climax movie tu, dia mula dah tak senang duduk. merengek..kacau orang belakang. tegur orang depanla..pastu zeri dukung bawak keluar. tak lama tu masuk balik dengan 1 pack twisties. haduii, jajan lagik! tapi tu la tak sampai 15minit dia dh mula meragam balik...pujuk tak jalan. sara kusyuk tengok movie tu time ada scene nyanyi je..abis je rapunzel nyanyi, terus dia sambung melalak pulak. aku mula dah tak senang duduk..pulak tu ada plak suara sumbang kat line seat sebelah kitorang cakap 'syyhhhh...syhhhh' .aku ni kalau dah sampai orang cakap gitu, mula la nak naik angin. nasibla dalam tu gelap gelita..kalau cerah rasanya mau aku tunjuk penumbuk kat orang tu..

untuk elak keadaan jadi lebih parah, aku suruh zeri bawak sara keluar....tapi tetiba macam dengar suara sara dari arah belakang. aku pusing jap, nampak zeri berdiri dukung sara kat pintu masuk..ala siannya laki aku..nak wat camne..tak lama pastu bila dah nak sampai penghujung movie tu zeri datang semula duduk kat sea. tengok² anak dara kami dah terlentok kat bahu dia..lena betul..

sara ni memang semacam sikit. kalau dah mengantuk tu, pujuk camne pun tak jalan. semua serba tak kena..yela, perut dah kenyang sangatla tu...susu abis, popcorn abis, ice lemon tea abis, corn in cup abis...mana tak kenyang (kenyang makan merapu je!). tu yang dia wat perangai, mengantuk nak tido..sara..sara..

so, kalau korang jadi aku...adakah korang serik nak bawak anak pegi tengok movie? hm..aku rasa aku serik...lainla kalau tempat tu tak ramai orang cam kami pernah bawak sara tengok cerita alvin and chipmunks kat mini movie theater suria apartment (bukit merah lake town resort) dulu. masa tu sara boleh kusyuk + tekun tengok cerita tu dari awal sampai abis (walhal time tu dia baru je mula tido tak sampai 15minit terjaga!)

jadinya..tunggula bila umur sara 3-4tahun kot.hehehe...pada yang boleh angkut anak tengok movie cam farah, aku tabik spring la kt ko.hehe, aku surrender beb!

abis je movie, ktorg gi wong solong bangi..teringin makan ayam penyet. sampai je sana, terus segar biji mata budak sorang ni! asyik nak berkepit ngan papa je! ngan mama langsung tak nak!

muka tetap tak puas ati kat mama..taktaula apa yang tak kena. agaknya dia marah kot mama bawak dia gi tempat yang tak selesa camtu.huhu..

set A - ayam penyet, ayam bakar, tempe dan tauhu goreng yang sedaappp sangaaat...

finally..dapat jugak aku rasa jus ni setelah sekian lama mengidam!

komen aku? tak kena pada tekak aku da..tak dela sedap mana pun..sedap lagi jus apple asam boi! hahaha

plan aritu nak sambung main bowling pun tak jadik. next outing maybe bawak sara main bowling kot, pasalnya sara lebih suka main ball dari tengok kartun!

Wednesday, December 8, 2010

bila dia sudah pandai meminta..

apa korang rasa bila anak korang dah pandai minta sesuatu??

tapi sesuatu ni bukannya barang/benda/toys yang boleh dibeli di shopping complex tu!

meremang bulu roma aku tau!

last week, masa keluarga mertua ada kat rumah diorang tengokla drama indon. adala scene baby tu dalam incubator. terus sara point finger kat tv lepas tu cakap,

'mama....... nak baby!' adala dekat 4-5kali dia repeat ayat yang sama jelas dan terang! (sara dah tak pelat lagi!yeay!)

aku? muka aku rasanya merah padam dah..pasal mil, pil dan adik ipar semua ada. zeri je tak balik keja lagi. semua ketawa..lepas tu pil cakap, 'pegi mintak kat mama'..

haa...amik ko!

hatiku memang meronta juga tapi belum dapat greenlight dari orang itu.

tapi gitula ragamnya..tiapkali nampak gambar baby kat tv ke majalah ke mesti sara akan cakap..'mama........nak baby!' (kalau korang dengar suara sara dengan lenggok sekali, bisa cair dibuatnya!)

lepas tu tiapkali sebut perkataan 'baby', dia akan sambung cakap, 'cakiah' (shakirah) <--the only baby yang kerap dia jumpa (anak kakak aku). sara siap buat memek macam tengah acan baby walhal shakirah takde pun kat situ..haish, sian sara..macam teringin sangat dia nak main ngan baby ye..papa pun janji this weekend nak pegi ampang jumpa cakiah..

cakiah yang bam bam..

but, for now..this is my little angel baby..

biar dia nampak besar di mata orang lain, but for us she's still our little baby..

Saturday, December 4, 2010

Alhamdulillah..


30hb,9.40pg flight dari jeddah selamat mendarat di airport bayan lepas..akhirnya dapat juga kami bertemu kembali..pertama kali aku rasa sangat tak sabar nak jumpa mereka.maybe ada yg rasa pelik kenapa perasaan aku mcm tu..biarlah menjadi rahsia.kelihatan wajah dan tubuh ayah dan mak susut..dan aku mcm tesedar dari mimpi..'dah nampak tua dan uzurnya ayah aku'.maybe krn tiapkali aku ingatkan ayah,aku terbayang kenangan manis di mana aku suka menempel tido di bwh ketiak ayah sambil ayah tak pernah penat melayan ngomelan aku...memang rasa rindu sangat,tapi bila aku dewasa dan mula tglkan rumah seawal usia 9thn(aku bersekolah dan duduk dgn abang),kami mula renggang..sesungguhnya aku nak kembalikan saat manis itu..aku bersyukur pada-Mu kerana telah mempermudahkn ayah melakukan ibadah haji. Buat mak,walau mak bukan insan yg melahirkan aku didunia ni ku ucapkan terima kasih segalanya...insyaallah,25hb ni nona balik kampung jumpa ayah dan mak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...