Thursday, December 9, 2010

First Time

nak dijadikan cerita, hari selasa cuti maal hijrah aritu aku plan nak bawak sara tengok movie. kira first time la ni bawak sara pegi GSC. punya excited mama ni nak bawa anak kesayangan tengok rapunzel. sekali tersilap date booking! punye confident buat online book sampai terbook tiket untuk hari rabu! sengal betul la....

untuk ilangkan frust tu, bawak sara masuk tempat videogame kat situ plak. sajela nak ajar sara main game bowling..

ada gaya bowler pro tak?
ternyata anak daraku tak ley dipisahkan dari ball..suka sangat main ball!

tapi disebabkan mama yang sorang ni super excited juga, sampai sanggup 3x beratur semata nak dapatkan reserved ticket orang lain tu..1st q, adik tu kata kene tunggu sampai kul 11am. 2nd q, lagi 7minit kak. 3rd q, nah tiket nye kak! bape kali tah ler aku ucap tq kat adik tu sampai adik tu sengih² kambing..sure dia kata, 'sian akak ni..cam orang jakun lama tak tengok movie!' hahaha

curi² amik gambar dalam theater.hehe

sebelum masuk dalam tu, bekalan kenala disiapkan. 1botol susu, 1 large cup ice lemon tea, 1 large pop corn tu, 1 corn in cup..ni nak tengok movie ke mentedarah ni? hahaha..
masuk je dalam tu, sara seems ok lagi...bila start movie tu aku perasan dia bukannya excited sangat tengok movie..dia excited makan. kejap nak makan itu..makan ini. movie belum mula susu dah sampai suku botol. haduiii....cemane karang ni. pop corn lak dah sampai ke dasar box.

dah sampai climax movie tu, dia mula dah tak senang duduk. merengek..kacau orang belakang. tegur orang depanla..pastu zeri dukung bawak keluar. tak lama tu masuk balik dengan 1 pack twisties. haduii, jajan lagik! tapi tu la tak sampai 15minit dia dh mula meragam balik...pujuk tak jalan. sara kusyuk tengok movie tu time ada scene nyanyi je..abis je rapunzel nyanyi, terus dia sambung melalak pulak. aku mula dah tak senang duduk..pulak tu ada plak suara sumbang kat line seat sebelah kitorang cakap 'syyhhhh...syhhhh' .aku ni kalau dah sampai orang cakap gitu, mula la nak naik angin. nasibla dalam tu gelap gelita..kalau cerah rasanya mau aku tunjuk penumbuk kat orang tu..

untuk elak keadaan jadi lebih parah, aku suruh zeri bawak sara keluar....tapi tetiba macam dengar suara sara dari arah belakang. aku pusing jap, nampak zeri berdiri dukung sara kat pintu masuk..ala siannya laki aku..nak wat camne..tak lama pastu bila dah nak sampai penghujung movie tu zeri datang semula duduk kat sea. tengok² anak dara kami dah terlentok kat bahu dia..lena betul..

sara ni memang semacam sikit. kalau dah mengantuk tu, pujuk camne pun tak jalan. semua serba tak kena..yela, perut dah kenyang sangatla tu...susu abis, popcorn abis, ice lemon tea abis, corn in cup abis...mana tak kenyang (kenyang makan merapu je!). tu yang dia wat perangai, mengantuk nak tido..sara..sara..

so, kalau korang jadi aku...adakah korang serik nak bawak anak pegi tengok movie? hm..aku rasa aku serik...lainla kalau tempat tu tak ramai orang cam kami pernah bawak sara tengok cerita alvin and chipmunks kat mini movie theater suria apartment (bukit merah lake town resort) dulu. masa tu sara boleh kusyuk + tekun tengok cerita tu dari awal sampai abis (walhal time tu dia baru je mula tido tak sampai 15minit terjaga!)

jadinya..tunggula bila umur sara 3-4tahun kot.hehehe...pada yang boleh angkut anak tengok movie cam farah, aku tabik spring la kt ko.hehe, aku surrender beb!

abis je movie, ktorg gi wong solong bangi..teringin makan ayam penyet. sampai je sana, terus segar biji mata budak sorang ni! asyik nak berkepit ngan papa je! ngan mama langsung tak nak!

muka tetap tak puas ati kat mama..taktaula apa yang tak kena. agaknya dia marah kot mama bawak dia gi tempat yang tak selesa camtu.huhu..

set A - ayam penyet, ayam bakar, tempe dan tauhu goreng yang sedaappp sangaaat...

finally..dapat jugak aku rasa jus ni setelah sekian lama mengidam!

komen aku? tak kena pada tekak aku da..tak dela sedap mana pun..sedap lagi jus apple asam boi! hahaha

plan aritu nak sambung main bowling pun tak jadik. next outing maybe bawak sara main bowling kot, pasalnya sara lebih suka main ball dari tengok kartun!

9 comments:

Nieza Ishak said...

Nieza pun tak berani nak bwk anak2 masuk paggung sbb takut takleh nak behave ..

tp kalo ktrg pi nengok berdua .. pastu ada yg bawak anak2 kecik mmg tensen sket wooo ... macam2 ragam menggangu kosentrasi .. tue yg kami takmoh bawak tue ...hihihi

Elyn said...

i pun lom berani lai bwk wafiq tgk movie. tp aritu saje la we al gelapkan bilik, duduk bertiga kat sofa. konon2 cam dlm wayang la. hih diam gak wafiq.... kene buat selalu gini hehehe

p!nkerton said...

haha sabo je lah ek, excited punye pasal terbooked hari lain ;p
i pun tak brani bawak athirah tgk wayang lagi, nnt la besar sket & dah pandai appreciate movie ke (sbnrnye malas nak layan kalau dia meragam dlm tu ;p)
oh alpukat tu i sgttt suka! tapi sgttt lah susah nak dpt sbb asik abis aje. elok bagi kat budak2 sbb kolestrol dia tinggi (kolestrol baik).

isabelle said...

i bwk adam tgk movie masa 2yrs+ gitu gak. okay.
the key is... kena cari citer yg betul2 menarik minat dia. e.g yg ada benda2 yg dia recognize.
sambil tu, kita bisik2 la acknowledge apa yg dia ckp tu betul.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

aku pun tak sanggup..dah boleh bayang dah perasaan ko tu..hehehehe

Diyana Zulkifli said...

hehe..aku dah berjaya tgk wayang berdua shj dgn damia.tgk magika.quite okla damia tk meragam.tp citer muzikal lgpun,tk bosan.

ApasH said...

Aku pon belum berani bawak anak aku gi tgk movie. Macam konpem je nak melakak.. silap2 dia minta bukak lampu sebab gelap kan dlm cinema.

Pasal kena tgk movie yang dia minat aku kena tunggu Upin & Ipin kuar movie baru le. Itu je pon yg anak aku ske tgk..cartoon lain langsung x moh layan.

Farah said...

hahaha ayat ko puji tinggi melambung..aku pon nasib2 sebenarnye..kadang2 afif buat perangai jugak dalam panggung tp kitoang ni memang tak reti serik plus bermuka tebal hahahaha..selalunye part yang kena bawak anak kluar kejap tu akulaa hihi

Anonymous said...

Hey, I am checking this blog using the phone and this appears to be kind of odd. Thought you'd wish to know. This is a great write-up nevertheless, did not mess that up.

- David

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...