Tuesday, December 14, 2010

instinct yang kuat

aku ni nak kata ada telepati tu tak tau lah..tapi tiap kali aku terlintas satu perkara tu, tak semena² benda tu berlaku..walhal baru kejap ni je aku fikirkan tentang tu.
aku teringatla kata-kata arwah mak aku dulu..jangan buat main dengan mak, mulut mak ni masin. kalau mak sumpah, menjadi. sebab tu la aku tak berani la nak ingkar cakap mak (especially pesanan mak jangan main cinta time belajar..tapi..masuk campus, main cinta jugak.huhu)

berbalik pada cerita sebenar..malam tadi tido aku tak lena. dah cuba lelapkan mata. masuk tido jam 9malam. aku rasa macam aku tido, tapi kepala aku runsing. teringatkan kampung. macam² aku fikir. so, aku rasa antara sedar atau tak..pulak tu sara kejap² merengek nak air (dia demam panas malam tadi)....aku pulak memang tak plan nak tido sampai ke pagi sebab aku ingat aku belum isya' lagi. tiba² dalam pukul 2pagi aku bangun mengejut macam baru lepas mimpi buruk. tapi bila aku nak ingat balik apa yang aku mimpi tu tak boleh..langsung tak ingat..

pagi ni bila cek emel, kakak ipar di kampung hantar khabar..rupanya ada kejadian buruk berlaku di kampung. runsing kepala aku dibuatnya. dah kritikal jadinya. kenapala ada hamba Allah yang dengki sangat dengan keluarga kami. tak boleh ke tengok kami bahagia + senang. ada ja cara orang nak musnahkan. kesian ayah aku. dahla dia belum sihat sepenuhnya, dah pulak berdepan dengan masalah macam ni. ikutkan hati aku yang geram ni kan, memangla...mati kot jantan tu. taktau sapa yang betul sekarang ni.

cuma, aku berharap kami adik beradik yang tinggal jauh ni terhindarla dari ilmu jahat jantan durjana tu.

Regards,
Lin

2 comments:

isabelle said...

hati org kalo dah busuk tu..sampai tak tau dosa pahala ye?
sabar ye lin.
ingat, doa org teraniaya tu makbul

Diyana Zulkifli said...

huhu..tkpe lin.byk bersabar ye.mudah2an dijauhkan semua yg buruk dan memudaratkan dr ayah ibu n famili ko.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...