Friday, December 17, 2010

lari topik

mood nak berblog sekarang ibarat 'idup segan, mati pun tak nak'. punca utama kerana kami 3 beranak baru nak beransur pulih dari demam + batuk berpanjangan. aku sorang je dah repeat visit hospital sampai 3x sampai aku rasa semua staff kat situ termasuk pak guard yang tolong bukak pintu tu dah cam aku. bermula dari sabtu lepas aku demam panas balik dengan batuk kong kong yang buat aku semput..2hari aku dan husband dengan sara terheret sekali..kami terlantar diperbaringan. mujurla ada keluarga dekat, diorang la datang hantar foods. kalau tak, alamat kebulur la anak beranak..memasing melepek tak larat bangun..

aku pulak dah fedup tahap dewa kat doc yang sama yang kedekut MC. suspect aku terkena jangkitan kuman kat lungs tapi kasi MC 1 ari je. end up ari selasa bila naik keja aku batuk sampai semput sesak nafas. malamnya repeat ke spital lagi, again jumpa doc yang sama! dia suruh aku sedut gas..lepas tu dia prescribe ubat asthma cough pill punya since ubat batuk botol dah habis..but for now aku stop makan ubat..ada sebabnya...tak perlu cerita lagi....tapi yang aku geram, kenapa doc tu rawat aku macam ala kadar je. padahal bukan free, berbayar! kalau dia nak wat denggi test sekali pun buat je la, x-ray je la lungs aku. tapi bila aku query balik, dia cakap itula inila...peliknya!!!!! bukan ke private ni lagi suka buat  semua prosedur tu?? yela, diorg kan nak duit kita! ni yang buat aku mula ada double standard ant gov ngan private ni. dalam kes aku sakit ni, aku tak nampak pun yang private ni lagi bagus dari gov. ke sebab aku je yang tak bernasib baik dapat doc macam tu????

takpela, tengokla camne. kalau batuk aku masih lagi tak ok sampai next week maybe last option aku akan ke gov jugak akhirnya. aku bukan malas gi gov, tapi sebab aku malas buang masa menunggu jumpa doc tu. lama nak mampus..tu yang buat aku fikir 10x juga nak ke klinik/hosp gov. tapi, kalau kat hosp gov prosidur rawatan lebih teliti lah (macam mana aku pernah kena ovarian cyst dulu).

okla, cukupla kot sesi luahan ketidakpuasan hati aku kat servis doc yang hampeh di hospital dot dot dot...nama je hospital pakar..huhu..

opss..tujuan asal tulis entry nak cerita benda lain tapi meleret ke sesi luahan perasaan pulak.hahahaha




Regards,
Lin

2 comments:

isabelle said...

kesiannya...
kalo i mcm tu biasanya i seek 2nd opinion from klinik lain (tp bgtau la ubat apa yg dah diberi kat klinik pertama tu, so that x dpt ubat yg sama.)
harap u r back on track very very soon.take care

Lin said...

isabelle,
tq :D
plan camtulah jugak. if makin teruk, nak pegi hospital jiran dgn hospital xxx tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...