Thursday, December 30, 2010

terbantut

baru je plan aktiviti kat pejabat ni esok petang, siap pegi merayu dekat bos besar lagi nak buat sesi tu...sekali PM isytihar esok cuti umum.. there goes, hancuss my plan!

aku dah cakap kat husband, kalau malaysia menang confirmla cuti..abis beria sangat propa dok ulang ayat yang sama kat tv..'14 tahun tak menang'..so kalau menang, mestila cuti..plus mestila PM nak beli jiwa rakyat dia.kekeke..ni aku punya pendapatla..tak setuju, pi main jauh²... tapi laki aku tak setuju..dia cakap kalau menang piala dunia confirm cuti..aku jawab lagi, ala dulu badminton menang piala thomas pun cuti ape. he he he <-- sebenarnya dalam hati biarla cuti..pasal mood nak kerja ujung² tahun ni dah kat level bawah -ve kot?

sekali pagi tadi..apsal pak mentua aku call husband aku awal² pagi ni...dia inform la pasal nenek belah ayah dah meninggal..inalillah...lepas tu dia yang sampaikan berita jumaat ni cuti umum..aku dah agak even mula tak percaya..pasalnya tak dengar pulak ada announcement pasal tu kat tv..semalam aku layan cerita SIVAJI THE BOSS kat channel astro fiesta (110 - baru perasan ada channel baru) lepas tgk match (isabelle, kalau i ada hp num u sure i sms u..padayappa belakon.best gile tgk aksi dia lambung syiling! kah kah kah).

udahla aku ni tak minat bola..layankan ajala apa yang diorg dok tgk kat tv tu..siap mulut aku ni tak benti tny soklan merepek sampai laki aku naik fedup nak menjawab (aku tny kenapa dia dpt kat kuning,..laki aku jawabla pasal tadi ada org tackle..aku plak loyar buruk, sapa plak ngorat kat tgh padang tu??????????..kakakaka) saja je, sebab aku dah bosan tgk bola kat tv..nak tengok cite lain remote kat bawah montot dia. kih kih kih

ape pun tahniahlah kepada team bola sepak kita walau aku haram tak kenal sorang pun player..yang aku asyik tny laki aku, yang mana satu player baru kawin siap keluar paper tu?(rupanya dia la yang kena tackle semalam kat tgh padang. :P) kalau diorg kekalkan prestasi, insyaAllah boleh pergi jauh..aku tak reti komen lelebih pasal aku memang tak minat bola hata apa² sport sekalipun..sian laki aku..

okla, till then..selamat berjimba dihujung minggu..minggu ni sesi untuk isi perut pegi kenduri sana sini. daaa

*mood nak update cerita bercuti last week takde lagi. tunggu transfer gambar dulu la kot*

2 comments:

isabelle said...

dont worry lin.
i berjaya buat muka kelat kat mrhubby dan tukar channel tgk sivaji.kehkehkeh

*jgn baby aku kuar kena kenan warna sivaji tu sudahhhhh...

i_sofia said...

bila ada cuti tergempar camne, mcm rosak jugak plan2 esp kalau nk berurusan ngan gomen kan?? huhu.. i keje esok.. waaaa sedih!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...