Monday, January 31, 2011

moga mim selamat di bumi kaherah...amin

Remember this entry? yang aku marah anak sedara aku pasal kes dia marah sepupu dari side family aku..

syamim yang berjacket dan cap hitam.

last aku contact dia, jumaat yang lepas. then, aku dapat tahu semua hubungan luar Mesir ke negara luar disekat. hatta FB, handphone semua disekat. and kami sekeluarga semua susah hati..terutamanya abang dan kakak ipar aku.

lepas aku send msg kat fb, dia ada balas dan mohon maaf dan explain apa yang terjadi. lepas tu aku reply lah bagi kata semangat kat dia..itu last aku contact dia. until now, kami semua hanya dapat mengharapkan perkhabaran dari berita.

anak sedara aku (merangkap his cousin dari side family aku) dah call direct ke pejabat kedutaan malaysia di mesir untuk dapatkan info tentang student di sana. mereka maklumkan semua student selamat, ditempatkan di satu tempat (hostel) yang dikawal ketat oleh tentera. belum sempat abis cakap, talian putus....yang merisaukan, extremist politicians ni mostly daripada students uni al azhar which is tempat anak sedara aku ni study..hm..baru je tinggalkan tanah air dalam 3 bulan dah berlaku insiden macam ni. mak bapak mana la tak risau...

semua pakat harap supaya dapat dia balik ke sini dengan selamat dan further study je kat malaysia. bak kata pepatah, hujan emas di negara orang..hujan batu di negara sendiri..lebih baik di negara sendiri..yang sudah pasti tenteram, aman damai..alhamdulillah, bersyukur aku dilahirkan di bumi Malaysia.

to mim, maksu doakan mim tabah dan selamat dibawah lindungan-Nya. amin...

baca entry ni, rasa meremang bulu roma..

berita terkini rusuhan di mesir, klik ini

harapnya kerajaan malaysia cepat bertindak segera bawa pulang pelajar malaysia ke sini.

holiday yang mengecewakan

okla, pagi sabtu tu excitedla bersiap nak ke laut. kul 10.30 bertolak dari rumah. konon nak ikut jalan belakang, tapi sampai je kat sepang jalan ke PD dah mula jam! aku pun menapakla keluar dari kereta nak tau apa yang berlaku kat depan..sebab dekat sejam la kami stuck tak bergerak..jalan pulak 1 lane je.

bayangkanlah betapa teruknya jam, sampai sara boleh join papa drive keta!

usya², rupa²nya semua jalan kene block utk bagi laluan kat le 'tour. hampeh!!!

lenkali, pi main beskal jauh²! kan dah spoil mood kitorang anak beranak!

so, kami pun u-turn ikut jalan lain. nak masuk tol PD pun jam gak! plus dengan hujan nye..semua jadi spoil lah..akhirnya, sampai gakla kami kat PD dalam kul 2. papehal, terjah kedai makan dulu. memasing perut berkeroncong...

lepas tu, hajat di hati petang nak gi jalan kat pantai teluk kemang. tapi, hancur lebur....hujan tak berenti...sara ngan anak² sedara aku semua dah mula meragam. frust tak dapat mandi 'aut'.. bila dah memasing taktau nak wat ape, mula la dorg main je dalam apartment tuh..sampai berlaku la 1 insiden di mana sara kejar anak sedara aku, dia tesadung karpet. dan mata dia terlanggar sofa. apa lagi, meraung tak ingat! nasib baik la takde apa berlaku. cuma kat kelopak mata tu terluka sikit..bengkak la sebelah mata tu. makin sepetla mata yang dah sedia sepet tu..

souvenir holiday di PD! nampak lagi merah bengkak tu..

penyudahnya kami pun lepak je la kat kedai makan di tepi pantai teluk kemang tu makan laksa. nasib baikla laksa sedap. makan pulak berebut²..memang aktiviti percutian yang utama aritu pun makan je la...apa lagi nak buat kan time hujan gini??

laksa yang sedap..pengubat hati yang lara.

malamnya kami dinner ikan bakar. nama kedai aku tak ingat..tapi sama lot dengan pasar raya mesra. aku tengok kat bangunan tu semuanya 'MESRA' la..ada klinik mesra, hotel mesra, pasaraya mesra, laman cafe mesra..hehehe..restoran tu pun mesti ada terselit perkataan 'MESRA'..layanan? hm, macam KURANG MESRA je...pasalnya, sudu foods pun tak kasik. husband aku yang bangun cari sudu. plus arga mahal lak tu..compare dari kami kat tanjung lumpur last year..kehkehkeh..rasa ikan bakar nya? aku kasik 2 dari 5bintang je.

ikan bakar yang rasanya so-so je..

semua sepakat mengatakan ikan bakar sambal petai tanjung lumpur lagi sedap! 5 star beb! terbaik woook!!!<--ujg thn lepas kami bercuti di kuantan, tapi masih malas mengarang entry. pasal apa kami cakap sedap? sebabnya, husband aku yang memang tak makan petai pun boleh makan pasal sambalnya yang sedap! abg ipar aku yang kuat komplen bab makanan pun cakap sedap! lagi pulak, sambal pun banyak. ikan pun fresh..so kalau korang pegi kuantan, sila lah cari restoran 'ANA IKAN BAKAR PETAI'. ok, aku tak dapat bayaran pun promote kedai tuh. refer entry encik carl samsudin nih kalau nak tau lebih lanjut tentang kedai nih..yang pasti, arga pun murah jek dari kat PD tuh. paling mantap, jus gelas besar punye!

melepak je la..borak² sambil tunggu hujan benti..harapan tinggal harapan je la.

ok, berbalik cerita holiday di PD yang mengecewakan nih..esoknya pepagi ingatkan dapatla terjun laut. sara terjaga pun pasal aku bisik kat telinga dia..'jom mandi aut'. ha amik ko..memasing meroyan pasal tak dapat terjun laut..ujan rintik² halus bertukar jadi lebat..kul 2 checkout dari apartment terus balik ke rumah aku. tergambar kekecewaan di muka setiap orang..nak buat camne, dah takde rezeki kami..nasib baik PD tu dekat..bebila lagi boleh pegi kan. lepas ni kena plan betul²..takley main terjah lagi k.

Saturday, January 29, 2011

ke laut

selamat pagi..ye, dah pagi pun...pukul 1.09pagi sabtu. ape jadah buang tebiat aku update belog pepagi bute ni ye? hehe...takdela, sume pasal akak aku ler..dia suh aku book flight ticket anak dia dari alor setar ke kl. abistu, nak calling-calling dia lagi..tny itula..nak dpt info inila, so proses booking yang suppose amik masa kejap dah amik masa almost 2hours..sampailer saat ni baru je selesai..

ohye, apa plan korang arini?aku sekeluarga arini nak gi bejimba ke pd..kami stay di ocean view resort, last minute booking kul 11+pm tadi! mamai je owner apartment tu jawab tepon..kihkih, sori la ye..nak wat camne, itu je yang dapat jumpe..tnb resort, tm resort hatta umah gomen semua dah full book! lagi pulak, family aku ni suke sgt wat plan tegempak gini! sabau je le kan..jadi la, dari takde langsung.

huh, lama dah aku tak jejak kaki kat sana. tak silap aku, last aku pi sana masa tahun 2002-2003 camtu kot..itupun pasal kene babysit anak akak aku masa dia tgh kursus kat resort sana.

okler...nak titon dah ler. enjoy your weekend everyone!

Friday, January 28, 2011

smelly bantal!

kalau anak orang lain, tak lekang dengan bantal...

kalau anak orang lain, tak lekang dengan selimutnya...

kalau anak orang lain, tak lekang dengan dollnya...

kalau anak orang lain, tak lekang dengan ibu jarinya...

tapi, kalau anak kami????????



masa umur 8 bulan...





masa umur 11 bulan...





masa umur 1 tahun 1 bulan...






masa umur 1 tahun 10 bulan...





masa umur 1 tahun 11 bulan...






masa umur 2 tahun 2 bulan...





masa umur 2 tahun 3 bulan hingga sekarang...

tengah 'khayal'..sambil minum susu, tangan tetap maintain...




tengok ni...kejap tak lepas! tiada ruang untuk menyelit.





dan juga ini...



dapat teka apakah 'mangsa bantal busuk' sara???? yang specialnya...tak de yang specific. sapa yang tido bersama dia itulah target paling hampir. kakak aku pun tak sangka, pelik dengan habit sara ni..sebab dia pernah menjadi bantal busuk sara time nak tidurkan sara.

dan kami tak perlu bimbang tertinggal bantal busuk sara bila nak ke sana sini terutamanya time nak balik kampung dan melancong. sebab bantal busuk sara sedia ada di mana jua pada bila² masa... <-- wah...tag line tak boleh blah! last guna tagline gini pun masa BF sara dulu je. :P

ape????? korang pun ada bantal busuk ke?????? isk² da besaq panjang pun ada bantal busuk...malula sikit!!!!




















aku?????hehehehe...aku pulak, until now tak bleh tinggal tabiat suka gentel biji kekabu bantal! alamak, kantoi!!! pecah lobang!

Thursday, January 27, 2011

pilih bulu

aku rasa entry aku arini mesti akan terkena batang hidung sesiapa pun. jangan nak menolak kenyataan ini ok!

korang tanya diri masing-masing, korang ni ada sikap pilih bulu dalam sedara mara tak? maksud aku, korang ni lagi rapat/close sedara mara belah mak atau ayah korang?

macam aku sendiri, susah nak cakaplah. aku level dah ke bawah...ada 10beradik, lepas tu sedara mara arwah mak dan ayah duduk jauh. tapi seingat aku, masa aku kecik dulu ayah dan mak aku tak pernah la train kami ni pilih bulu. cuma bila arwah mak dah tak ada, dan adik beradik kandung mak duduk jauh so skrg ni kami jarangla dapat peluang ziarah diorg. yang kami kerap ziarah pun adik ayah aku di trolak. so...kalau nak dikatakan, macam kami lebih rapat dengan adik beradik belah ayahla kot...<--lagipun dulu sblm pakcik aku pindah, rumah pakcik dekat dgn rumah kami..so maybe itu faktor utama.

ok, yang aku nak cakap di sini. aku perhatikan, kebanyakannya lebih close dengan sedara mara belah mak. contoh terdekat, husband aku la..hehe..lagi pulak, after kawin bapak mertua aku memang totally migrate ke johor. balik kampung pun lebih kerap balik johor. maybe faktor, kampung bapak mertua aku(perak) jauh dari johor..so balik kampung pun jarang. so no wonderla, husband aku dan adik beradik dia lagi rapat dan mesra dengan mak pak sedara belah mil aku kan...... cuma aku kurang menyenangi situasi tu. sebab tu kalau adik beradik belah pak mentua aku di sini (level cousin) jemput kenduri ke ape ke walau rumah diorg jauh aku sedaya upaya akan cuba ajak husband aku pegi gak. sebagai salah satu cara nak merapatkan jurang yang jauh itu............................

berbalik kepada motif utama aku tulis entry ni lah kan..2-3hari yang lepas, aku terbaca status FB anak sedara aku sendiri yang mengutuk kononnya ada sepupu pun perangai macam sial. okla, aku memang gatal tangan nak shoot je emel kat dia (dia duk kat mesir..kalau dekat, lama dah aku call sound tepek!). tapi aku biarkan lagi..nak tengok ada tak yang jadi batu api kat situ. dan sekali, ada pulak mak sedara dia(belah mak dia a.k.a kakak ipar aku) mengacum dengan soalan...'sedara belah SELAMA ka?' <-- part ni aku dah mula panas ati!!!

pantang tok nenek aku kutuk sedara mara sedarah daging aku dan mengaibkan dia di public macam tu..(fb kan dibaca orang ramai!). lagi pula, dalam tu ramai cousin dan mak pak sedara dia dari SELAMA termasuk aku! kalau korangla..berapi tak? memangla terangan dia kutuk tu cousin, tapi aku rasa terkena tempiasnya... sudahla anak abang aku ni semuanya lebih close dengan adik beradik belah mak depa. terus terang aku cakapla...selama abg aku kawin ngan kakak ipar aku tu, boleh dibilang dengan jari berapa kali depa beraya di kampung kami. lepas tu time kenduri kendara anak-anak abang aku ni mai tunjuk muka time makan ja..

tapi yang aku panas tu, kalau depa susah ka...mai cari adik beradik belah SELAMA jugak! contoh kecik cukupla..anak sedara aku ni pi mesir pun sapa yang uruskan kalau tak abang aku yg merupakan pak sedara dia belah SELAMA jugak! mana pi mak pak sedara dia belah PENANG sana????!!! <---ok2..aku mula dah rasa darah mendidih ke max level ni..fuh..fuh..fuh..cool down bebeh.. aku dah pun shoot emel sound kat dia dalam bahasa yang berhemah. harapnya dia dapat terima, kalau tak boleh terima, tak gunala p belajaq jauh-jauh sampai ke mesir kalau tak dak budi bahasa...

so..moralnya kat sini, janganla tulis apa-apa yang tak elok di fb especially yang boleh menyentuh sensitiviti kaum keluarga..tak kirala depa tu pangkat apa dan keluarga belah mana. dan lagi 1, janganla bersikap pilih bulu dalam bergaul dengan keluarga! sok lusa kalau hang susah, sapa gak nak tolong?? keluarga gak tolong kan???? esok kalau anak aku wat perangai double standard camni, siapla depa!

*rosak mood aku pagi-pagi ni weh!*

Wednesday, January 26, 2011

bertih jagung

oh..lama rasanya tak cerita tentang sara kat sini. arini nak cerita sikitla perihal budak berusia 2 tahun 5 bulan tuh..

ni sapa?
--> sambil aku pegang bahu dia.

aya.

alya apa?

aya laisyala --> susahnye nak sebut 'Q' dan 'R'.

nama mama?

yolajin --> jauh benar larinya, bunyi dah adala sikit²...boleh korang teka apa nama aku?

nama papa?

ee esham --> tang belakang dah betul sikit..yang depan tuh bunyi 'e' je lebih. takpela, janji ada bunyi tu dah betulla sikit.

antara soalan fav dia, sekarang ni..

ane papa? (mana papa?)
oo..papa tak aik agi ah.. (papa tak balik lagilah). papa teje (papa keje) --> sendiri tanya, sendiri jawab..hik. papa gi oyish (sampai besembur air liur nak sebut office!)

ane epon? (mana handphone?)
nak pon nenek. --> asal minta hp je nak call nenek.

aritu kasila dia toy spongebob. tau dia cakap ape?
mama, abang bod. ane abang bod? --> tetiba pulak dia teringat abg sepupu dia yang kitorang gelar dia 'abob'.

ane isham? (mana cik sham?)
ooo...isham akit -->cik sham sakit, tau pulak tu cik sham dia nak gi follow checkup kat hospital. sara sara...

masa nak ke sekolah pagi tadi, aku tanya dia..'kita nak pegi mana ni?'
dia jawab, 'gi oyah aya' (nak pegi sekolah alya)

lepas tu dia membebel lah lagi dan lagi dan lagi dan lagi...selagi aku buat derk, tak pernah jemu dan putus asa dia tanya itu ini..ayat fav yang selalu meluncur keluar dari mulut comel tu..'ape tu???' selagi tak jawab, dia akan repeat the question again and again and again sampaila dia puas ati..bila dia puas ati dan faham, dia akan angguk dan cakap, 'hmmm..'.

kalau nak ke sekolah, memang laluan kami akan jumpa petronas. bangunan dah siap, tapi tak beroperasi lagi, maybe lagi 2-3bulan kot...so everytime lalu situ. sara akan tunjuk petronas dan cakap, 'mama, nak air'. macam² la aku bagi alasan..'belum bukak lagi la sara'..dia akan minta juga air. pastu aku cakap, 'tak bukak lagi, air dah abis macam mana nak beli..'. dia pun angguk tanda setuju dan faham lepas tu cakap, 'hmm..air abis da'. ok, tu tanda dia berpuas ati dengan jawapan aku..selamat aku!

semalam belikan air twister orange kat dia. utk mudahkan dia minum, aku pun masukkan dlm cup dia. sekali teguk, 'mama, asham!' siap buat muka pejam mata kerut dahi sampai terangkat bahu. dia amik botol air masak dan kasi kat aku. 'mama, ashuk air'. ok, pandainya anak mama. dia tau nak kurangkan masham tu dia suruh aku masukkan air masak dlm cup tadi. hehehe

macam-macam hal..cukup la tu. kalau nak cerita perihal sara..banyak benda nak tulis lagi. tapi ni pun dah memadai..pendek kata, nak tunggu mulut comel tu diam hanya bila dia tido je. kalau dah bukak je mata, memang berkicau je..kalau tak bertanyakan kita soalan, fav dia skrg ni suka sangat menyanyi..esp lagu gajah! siap beraksi pegang idung, telinga..tetiba je last part tu dia jerit buum! dengan aksi ultraman fire resakse.

Gajah hidung panjang
Badan besar Hitam
Kaki bagai tiang
Dua telinga lebar
Telinga kuat kipas
Jalan terbongkok bongkok
Gajah tidak malas..
Kuat tolak pokok... dummmmmmmmmmmmmmm!
*ni la lagu yang sara nyanyi tu*

oh..baru teringat, last week tetiba dia balik dari je dari taska pastu tunjuk kat tv..'mama, atomen'.. ah, sudah! dia dah kenal ultraman pulak!

Tuesday, January 25, 2011

CNY wishlist

kalau balik perak, aku suka susun menu. nanti mula la plan, arini nak makan apa. esok apa. tulat apa..tapi bila sampai turn balik johor, haaaa bukan menu yang aku susun, tapinya ke mana destinasi terjah! tak makan pun takpe. iyela tu! hahaha...nak lagi, mertua dah pindah balik ke taman u. so ape lagi...lagi senang nak ajak husband meronggeng kan?? ni antara tempat wajib melawat balik CNY nanti.
  • melawat UTM campus. --> wajib pegi. nak lawat blok sedundun. kalau dapat lah kan, nak gi sampai depan pintu bilik aku dulu. wahahaha. nak gi psz. nak naik balai cerap. nak lepak kat tasik. nak pegi stable kuda, ada lagi ke kedai makan nasi goreng ladna makcik tu??? nak gi N24. nak gi usyar bilik fav lecturer.
  • nak pegi anjung warisan, makan atas pokok sambil dengar angklung yang Toy AF4 main. aku paling suka, dia main lagu ase re je las ketchup. tapi aku rasa toy dah tak keje kat situ kot.
  • nak gi makan steak @ sweet 17. uniknya restoran ni, waiteress dressing ikut theme malam tu. ada sekali aku pegi, ari jumaat semua pakat pakai baju kebaya ketat dan bertudung. esok lusa datang, pakat pakai baju bodytight sexy tak hingat! tapi, laki aku kata kedai ni dah pindah. taktau kat mana..ada tak org johor boleh bagi info pasal ni???
  • nak pegi stulang, layan sunset kat sana sambil tgk lampu negara jiran.nak jejak kaki kesana tak kesampaian lagi. dah dekat dah tu. tapi org tu janji lepas abis round malaysia. hm..thn ni abis dahla round malaysia bang oi. so next year la eh? hehehe...
  • nak pegi CS, tempat dating tengok wayang dulu. setakat tgk wayang je la. nak shopping kat sini tak menarik. sekarang taktaula kan..
  • danga bay mesti kena pegi jugak ni, dah janji nak bawa sara naik tram. tapi mesti nanti dia akan merengek nak main game yang ada kat sana kan?
  • nak gi dataran jb, lepak² sambil makan steamboat ngan tauhu bakar macam dalam entry nih. dah setahun tak jejak kaki kat sana! pergh....mantap!
  • jumpa dengan kawan lama. sape tu? faham² sendirilah ye..hehehehe
  • turun Rengit. nak tengok tempat yang femes dengan barang terpakai tu..baru ni masuk tv1. cam best je..kalau ada barang best, bolehla angkut bawak balik kl. esp utk anak dara kesayangan tu lah..
  • last, nak gi rumah FA a.k.a fahrin ahmad!!! --> hahaha..boleh tak yang??? kata kenal bapak dia..takkan tak boleh bawak melawat dia kot.
harapnya, apa yang aku idam/plan ni menjadila..cuma tu la, sempat ke?? balik pun 4ari jek..tapi plan ngalahkan cuti seminggu! hahaha. kenala plan, kalau tak nanti cik abang i tu asal balik kampung dia je, buat taik mata dalam bilik mak dia..i gak yang kebosanan nanti. yang last wish tu tak dapat pun takpe CNY ni. tunggu raya la tunaikan...time raya sesuaila pegi. boleh collect duit raya untuk sara. :P

Monday, January 24, 2011

sepi

kami kesepian lagi.
semalam papa sara outstation ke perlis.
jadinya tinggal kami ber-2 di rumah.

bosannye..
semalam nak ilangkan bosan tu, aku layan la history channel kisah 55 days, the fall of saigon.
rasa bersyukur sangat negara kita ni aman damai..
tak rasa takut nak ke sana sini..
tak perlu jadi pelarian..
merempat ke negara orang..

abis je cite tu, aku tengok lak movie yang dah basi..
orang dah lama kecoh pasal LBS, aku baru nak layan..
dan sememangnya aku rasa hampa..
banyak scene yang hambar..
aku tak dapat selami jiwa kasyah sepertimana dalam novel LBS..
keciwanya aku..

ok, esok gaji kan? aku nak ke mphlah..nak beli novel tuh. <-- ye ye je.silap hb aku beli buku kisah sejarah lagik. ka ka ka ka

Friday, January 21, 2011

kalau berjanji, WAJIB dikotakan!

semalam, petama kali aku jogging 'disini'. ha ha ha ha
ok..baru sekali dah nak kecoh..suka hati aku la labu.

kekusyukan membaca buku natrah terganggu, bilamana dear mengajak ke taman. aku gak janji pagi tu ngan sara nak ke taman kalau sara behave dan tido siang.

so bila dia dah jaga petang tu, dgn berat hati (pasal sikit lagi nak khatam buku tu), so pegi la jugak. plan nak bercucuk tanam pun tak jadik.

dah alang-alang ke taman, so aku pun merajinkan diri menggeledah lemari kasut dan mengeluarkan kasut sport yang masih kelihatan baru! ha ha ha ha.

seingat akula..last pakai kasut tu pun hujung tahun 2007. see, dah 3 tahun terperuk kasut tu dalam gobok! nasib baik masa sarung semalam takde katak dalam tu! <--sapa penah experience camni, sila angkat mouse!

so semalam berjogging lah aku ke taman. yang kelakarnya, budak kecik tu la paling excited. bayangkanla dia boleh jogging dengan aku malah laju ke depan tinggalkan aku tehegeh-hegeh kejar dia..pulak tu tak reti penat lelah..laju je lari, walaupun trek jogging tu sedikit berbukit. berlari sampai ke puncak. bapaknya? hm...tulah dia. berbuih mulut mamanya..dia jalan santai tolak basikal roda 3 sara. sampai sana minah tu sombong betul. tak nak naik 'cikal' dia...end up papanya jadi supir menolak beskal tu sampai ke checkpoint terakhir.

di checkpoint terakhir, aktiviti tukar pulak. kali ni, sara lagi excited. sampaikan tak nak balik..jenuh pujuk..dah nak maghrib ni nak oi..jadi jadilaaaa....

terpaksa ikat lagi satu janji dengan dia sbg jalan untuk pujuk dia balik rumah..so esok plan nak ke swimming pool plak..aku pun dah lama ngidam nak swimming balik..tapi 1 persoalan bermain di fikiran, masih ingatkah aku skill yang dah hampir 4 tahun ditinggalkan??? last aku swimming pun, masa di langkawi dulu. hm....susah nak jawab ni!

Monday, January 17, 2011

kesian dia

semalam petama kali dia menangis sebab dimarahi aku atas satu sebab.
sebelum ni memang dia kerap melalak pun bila keinginan dia tak dipenuhi..tapi tak pernah la dia menangis macam semalam tu..semalam dia menangis hiba pasal aku larang dia main/manja dengan adik sepupu dia, 'cakiah'(shakirah).

aku larang dia peluk shakirah, pasalnya dia peluk kat kepala shakirah (gaya peluk nak smackdown), sampai budak kecik tu menangis..

bila kena marah, dia pun cebik muka dan menangis sedih sangat..
bila aku pujuk, siap sembam muka kat riba aku pastu cakap...'nak ain cakiah' (nak main dengan shakirah).


sara with kak ngah and her pakcik haiqal.

malam kelmarin, dia mengigau sebut 'cakiah'...bangun pagi semalam, 'mama, ane cakiah?'(mama, mana shakirah?). paling tidak, setiap hari mesti dia akan sebut nama adik sepupu dia yang kecik tuh..kalau tak pun, bila sebut je 'abang' dia refer kat abang sepupu dia - shazwan. kakak pulak - kak ngah (shasha, kakak sepupu).


lebih kurang macam ni la gaya semalam tu..dia nak bergurau, manja, main² ngan baby..tapi sara sedikit 'kasar'...tapi, apala yang dia faham pun..

haish sian nya la dia..kesunyian betul.
ni yang buat aku makin tak sabar...harapnya adalah rezeki sara beradik. amin...

hobi yang menghilang

kegilaan membaca buku macam dah terhakis dalam diri aku ni.
kalau dulu, suka sangat membaca...
tapi aku ni suka baca 2 jenis buku je...
1 nya, novel lah.he he he..
dulu gila baca novel ahadiat akashah. sekarang ni, bila novel dia dah takde, baca pulak blog dia.

yang ke-2 aku suka sangat baca novel/buku tentang sejarah.
especially kalau sejarah tu ada kena mengena dengan negara kita. <--fulamak, patriotik kah aku? tapi itulah realiti tentang aku. time belajar sejarah kat sekolah dulu pun aku suka. semedang je dapat A subject sejarah. now since dah jarang baca buku, aku beralih ke 3 channel asterok. even 'terok²' pun, still thanks to them dengan kewujudan channel NGC, DC dan HistoryC macam² info yang aku dapat..apa kisah latest yang aku tengok ye baru² ni??? hm...tak silap aku malam tadi '2012:the collapse'... tapi minat membaca tu dipupuk kembali..he he he..weekend aritu aku pulun menelaah buku nih....

aku pernah baca kisah natrah ni masa aku sekolah menengah dulu, dalam bahasa inggeris..title buku tu tak silap aku "the nadra tragedy".

Notes : ni cetakan baru. buku yang aku baca tu dah pun kusam, warna hijau kelabu.

masa tu aku tak faham lagi. aku ingatkan tu novel biasa, aku baca je tak menghayati pun..sampai aku lupa cerita tu. tapi bila aku baca kisah natrah balik ke malaysia dalam paper (lama dah..tak igt tahun bila paper tu), baru aku ingat...aku macam pernah baca je kisah nih..rupanya novel yang aku baca tu based on true story..huhu..bila baca hasil kajian Datin Fatini tu, baru faham kisah sebenar disebalik tragedi natrah..rasa terkesan dalam hati. terutama mengenangkan keperitan yang dilalui oleh seorang budak perempuan berusia 14 tahun. memang berat apa yang ditanggungnya....tapi aku percaya, apa yang berlaku ada hikmahnya...

aku belum lagi habis baca buku ni.. now dah bab 18 - luka lama berdarah kembali..insyaallah hari ni habis lah tu (kalau semua urusan kerja rumah selesai dan takde gangguan daripada budak kecik kat rumah tu.hu hu)

kalau ada yang berminat kisah natrah ni, sila jenguk blog Datin Fatini kat sini >> here. nak beli buku natrah tu, boleh order kat sini .

Thursday, January 13, 2011

Anak sapa la ni?!


.......................................anak aku la! Camni la gaya budak antu sup. Semua foods berkuah dia ingat sup...pantang nampak orang hirup kuah, mula la dia ngenden, nak shup! Ni peel ni aku rasa dia belajar dari kakak sepupu dia ni..sampai angkat mangkuk langgah macamtu sekali.. Sabar je la. Jatuh saham anak dara, kang tak da yang sudi buat menantu. Ha ha ha

Thursday, January 6, 2011

perbualan kami yang comel

mama : sara dah makan?

sara : aya akan mee

mama : sara dah mandi?

sara : aya andi

mama : nanti petang, ajak kakak ain naik motor k..

sara : ain aik toto

mama : ok, duduk rumah elok²..jangan naughty tau..mama keja ni. babai..

sara : bai

mama : asalamualaikum

sara : aletom

antara dialog perbualan seorang ibu dan anak dalam telefon pada pagi ini. atas request anak buah yang sudi nak jaga sara, so arini aku pun tak hantarla sara ke taska.


aucak!!!

tetiba rasa dah besar anak dara aku ni.. dah paham pun becakap dalam handphone. hu hu (petama kali borak ngan sara dalam hp tau!)

korang tak pelik ke..aku panggil dia sara..sara bahasakan diri dia plak 'alya'..sebabnya dia susah sgt nak sebut 'qaisara'..alya kan senang..lagi pulak, teacher pun panggil dia, alya. :D

Wednesday, January 5, 2011

Andaiku pergi...

*aku rasa macam pernah tulis entry macam ni dalam blog, tapi tak kisahla repeat lagi. baru semalam aku kata nak benti menulis..tapi, bila gian nak menulis tu datang so aku pun tulis la cerita ni...*

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

Penyanyi: Mirwana
Tajuk Lirik Lagu: Andaiku Pergi

Berita pemergian pelakon Faizal Yusop seawal usia 33 Tahun betul² mencuti hati dan perasaan aku. Sebelum tu, al-fatihah buat arwah..

Kenapa? Walhal aku tak kenal pun dirinya secara peribadi. apa lagilah aku, dia pun tak kenal sapa aku ni. cuma kematiannya buat aku terfikir..kalau..kalau..kalaulah dia tu SUAMI aku! Adakah aku cukup kuat untuk berdepan dugaan seberat itu?

Perkara pertama yang terlintas di fikiran aku, hilanglah tempat aku dan sara bergantung hidup! Pada sapa lagi aku nak mengadu nasib? Aku pernah tanya kat husband..

'Esok kalau dia dah takde, ada ke sesiapa yang ingatkan orang dan sara?'

Jawapan husband aku? he he..Biarlah Rahsia (bak kata siti nurhaliza)

Betul, selalu sangatla aku fikir pasal ni. Terutamanya tiapkali dengar berita kematian. Kalau nak mati, biar kami mati sama-sama lah..sebab aku rasa aku tak boleh hidup tanpa teman. Kahwin lain? Wooo cakap senangla wei..nak cari pasangan hidup yang serasi bersama tu ingat senang ke? Lagi pulak nak cari yang beragama..harapkan nama je agama islam tapi kalau solat pun bocor sana sini takpela..kirim salam lah ye..Takkan aku nak bimbing dia lak, takde nye nak dengar kalau lelaki spesies kepala batu. Lagi pulak, perempuan ni kalau dah kawin lain kat akhirat sana dah tak dapatla berjumpa suami yang dah meninggal tu. Lelaki lain lah..nak kawin 4 sekaligus pun takde masalah hatta wife tengah hidup sekalipun!

Ok..berbalik pada cerita asal. yang buat aku terfikir panjang tu, hidup kami sekeluarga baru nak bertatih orang kata.. orang lain mungkin dah berumahtangga. kami ni, duduk pun menumpang rumah orang (kuaters tu samala bukan rumah sendiri!). Hutang kereta 2bijik lagi 3 tahun baru nak settle..Pastu hutang loan belajar lagi tak abis bayar (tah biler ar nak abis!byr bulan² tapi tgk tak berkurang jugak!)..So...kewangan lah perkara pertama yang terlintas dalam kepala aku nih. Cukup ke gaji aku sorang nak menampung kos sara hidup aku dan sara 2 beranak? selfish ke? isk..tak, aku tak rasa aku selfish dengan fikir benda camni. Aku fikir benda ni supaya aku perlu bersedia mentally dan physically..Macam sekarang ni, memang pendapatan kami berdua share untuk bayar hutang dan belanja bulanan. So, kalau sebelah kaki lagi tak ada, boleh ke aku berdiri tegak???? Mesti aku perlukan tongkat!

Aku rasa kalau perkara ni jadi kat aku, memang aku bungkus kain baju pindah duduk kampung kot. Duduk dekat dengan family aku. Apa-apahal ayah dan abang-abang aku ada kat kampung. Boleh la mengadu nasib kat diorang. Tapi, sebolehnya tak nak dah susahkan diorg, cukupla diorg banyak bantu aku masa belajar dulu. Hanya aku harapkan sokongan moral lah daripada diorang.


my love forever and ever!

Sebab tu kami sepakat tekankan saving tu penting! Kadang tu hati kecil aku menjerit nak tu..nak ni..tapi fikir balik, semua tu benda yang tak kekal dan takde keperluan pun, kehendak semata. Aku cuba tahankan diri sambil gigit jari je tengok orang shopping sakan. Sedangkan aku, shopping setahun sekali je..tu pun nak dekat raya. hu hu.. tapi sebagai reward untuk diri kami setelah penat lelah bekerja, kami spend duit pegi cuti-cuti malaysia..oklah tu dari takde kang mau aku bertambah stress! Penah gakla cakap kat husband, belikan saya ni, belikan saya tu. alah cash money takde, duit plastik (read:credit card) kan ada? . Tapi tu lah..fikir balik karang aku gak jenuh nak bayar hutang kan. So, tahan lagi nafsu shopping tu (susah betul bila perempuan ada 9 nafsu gini!). kalau gaji aku 5-6angka ke lainla kan..so sedarla diri aku ni sikit (sambil tunjal kepala sendirik). Jadinya, tak apalah aku tak dapat apa yang aku dapat pada hari ni..asalkan aku cukup bersedia pada masa akan datang.

Lepas tu, aku fikir ada lagi impian kami ber2 yang belum tercapai. aku masih ingat, masa tu kami sakan bercintan lagi. aku cakap kat my love, 'rumah impian saya banglo di atas bukit mengadap laut lepas'..fulamak seh main cakap sedap mulut je. tak tau arga juta-juta. yang buat aku tanam cita-cita tinggi tu sebab masa petamakali kami dating, mylove bawak pegi CS JB, nak ke sana mestila kena lalu jalan tepi laut pantai lido (now Danga Bay), hospital sultanah aminah..lepas pantai lido tu akan lalu depan rumah banglo besar-besar yang ngadap laut.. tu yang buat aku rasa 'wah bestnya kalau salah 1 banglo ni rumah aku!'. pastu spontan je dia cakap,'fuh! mahal tu wak rumah tu..tak mampu saya' <--padahal aku tak declare pun lagi couple ngan dia.kih kih kih..berangan tinggi nak kawin ngan aku!

malamnya lepas dinner dekat restoran singgah selalu (lokasi lama tepi pantai lido, now dah pindah opposite danga bay), mylove bawak aku ke satu kawasan dekat masjid sultan abu bakar. korang tau ke mana dia bawak aku? melawat banglo tinggal atas bukit ngadap laut(tapi takla ngadap betul² pun)..dia saja nak psycho aku. tak takut ke duduk rumah besar camtu yang macam rumah antu je?saje je tau! so takpela, aku pun tukarla angan-angan. jadila kalau dapat rumah atas tanah (bukan apartment!) walau umah tu tak ngadap laut dan bukan atas bukit sekali pun. hu hu hu..tapi tu lah, aku selalu fikir..sempatkah kami berumah tangga? sedihnya bila fikir perkara yang negatif ni tau.

lagi satu janji dia..nak bawa aku pegi oversea trip. kalau orang lain maybe dok ngidam nak pegi europe. tapi aku tak excited nak pegi situ..dari dulu teringin nak pegi korea selatan. macam mana aku boleh jatuh cinta nak pegi sana??? kisah bermula bila aku sendiri dok gila tengok drama korea, pulak tu lepas belajar mylove keja dengan company korea. pulak tu lagi 2bulan kami nak kawin alih-alih dia dapat offer kerja kat negara asal company tu selama 3bulan! waaaa aku suka gila! alah pegila..bolehla saya ikut sama! tapi ko gile?? aku tak kawin lagi, confirmla family tak kasik! aku pujuk, kita nikah tali gantung je dulu. tapi mylove aku ni cakap, takpela kawin dulu ikut plan asal lepas tu baru pegi sana..maknanya dia tolakla offer tu. huk huk...melepas tau! kalau tak situasi aku akan sama la ngan kawan aku sorg ni (dia nikah dulu psl nak pegi trip ngan husband dia..blk trip baru sanding!) dan sekarang ni taktaula kan..komitmen pun dah mula bertambah. perkara yang penting perlu didahulukan..cumanya tu la, jangan kata nak bawak pegi korea, janji dia yang nak bawak aku gi makan korean food kat restoran korea pun tak tertunai lagi ni. apa cerita ni sayangku? sila jawab..he he he

paling utama, impian nak menjadi tetamu Allah bersama mylove. aku harap biarlah kami berdua dapat pergi bersama kerjakan ibadah haji. janganlah ada antara kami yang pergi seorang diri tanpa teman. sedihla..sedih..biarlah selamat pergi dan selamat balik..bila mak aku cerita ada yang pergi ke sana bersama suami isteri, tapi si isteri balik seorang diri..ya Allah sedihnya...cukuplah. ni je yang aku minta pun kalau impian lain tu tak tercapai. wang ringgit kebendaan semua tu aku tak pentingkan. pada aku, semua tu bersifat sementara saja. So, korang macam mana? Pernah terfikir apa yang aku fikir?

Nota :Seriously, aku rasa aku macam repeat entry je..see, tu menunjukkan aku dah tandus idea! Panjangkan entry ni? panjang camni pun aku amik masa 2 ari nak menulis tau tak? huhu

Tuesday, January 4, 2011

Cukuplah sampai di sini..

jauh dilubuk hati ni, nak stop menulis di blog ni. rasanya cukuplah aku share personal life aku di sini. hati pun dah tawar. merajuk sama kot? entahlah..


banyak benda aku nak share di sini. banyak entry yang tertangguh. bila aku cek draft tahun 2010, ada entry bulan April 2010 pun tak habis ditulis dan tak pernah di publish di sini. sebabnya, aku dah ketandusan idea barangkali. balik² cerita yang sama..

asalnya memang menulis blog ni untuk ceritakan perkembangan sara (sebagai kenangan) tapi bila sara makin besar, sampai aku sendiri tak ter'catch-up' perkembangan sara buatkan aku rasa...hm..tak pelah, biar aku simpan semua cerita tu dalam hati..kalau aku dikurniakan ingatan yang kuat insyaAllah sampai aku tua ganyut pun aku masih ingat yang sara suka sangat menyanyi lagu pok amai-amai sekarang ni..pegang handphone je asyik minta call nenek..kuat merajuk..suka ajuk aku marah dia ('Ya Allah sara ni kan..' - dia repeat 'Ya Allah mama ni')..dah boleh mengira ('catu, tide'..langkau no.2), dah kenal semua ahli keluarga (atok, nenek, uwan, opah, cipek, cicam, anah, maknah, abang, cakiah, ateh, cidan, kanah..dll), dan macam² lagi lah keletah dia..banyak sangatlah, sampai aku rasa mau lenguh jari jemari nak menaip dalam blog ni.

latest photo..masa bawa my sara, nephew and adik tengok 'Guliver's Travels'..sara asyik ajak aku keluar..'mama, jom!' tanda dia dah bosan!see how cheeky she is! sikit² dengan peace dia tuh!

aku masih lagi berblogwalking..cuma jarang tinggalkan jejak. malas barangkali. bukan sombong k. cuma kalau korang trace dlm nuffnang tu aku hide profile, so korang takkan boleh tau la aku skodeng blog korang...saje nak jadi 'stalker' pulak kot. he he he

azam tahun baru?
nak jadi pekerja yang rajin kot.. :)
nak 'meramaikan umat'.


ok..here is latest clips sara marah bila ada 1 kereta overtake keta aku.
jangan tiru aksi rakaman ni k..aku gatal record while i'm driving!

notes : oh..last weekend jumpa blogger eina (merangkap excoursemate di utm) kat giant equine. he he. sori eina tak dapat borak lama, kelam kabut kejar sara. dia pantang jumpa playarea camtu. dengan berbaju kurung pun dia boleh layan slide 7-8kali.

Sunday, January 2, 2011

2011

selamat melangkah ke tahun baru...
arini merupakan hari ke-2 di tahun baru..
semoga perkara terbaik menanti kami sekeluarga pada masa akan datang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...