Wednesday, January 5, 2011

Andaiku pergi...

*aku rasa macam pernah tulis entry macam ni dalam blog, tapi tak kisahla repeat lagi. baru semalam aku kata nak benti menulis..tapi, bila gian nak menulis tu datang so aku pun tulis la cerita ni...*

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

Penyanyi: Mirwana
Tajuk Lirik Lagu: Andaiku Pergi

Berita pemergian pelakon Faizal Yusop seawal usia 33 Tahun betul² mencuti hati dan perasaan aku. Sebelum tu, al-fatihah buat arwah..

Kenapa? Walhal aku tak kenal pun dirinya secara peribadi. apa lagilah aku, dia pun tak kenal sapa aku ni. cuma kematiannya buat aku terfikir..kalau..kalau..kalaulah dia tu SUAMI aku! Adakah aku cukup kuat untuk berdepan dugaan seberat itu?

Perkara pertama yang terlintas di fikiran aku, hilanglah tempat aku dan sara bergantung hidup! Pada sapa lagi aku nak mengadu nasib? Aku pernah tanya kat husband..

'Esok kalau dia dah takde, ada ke sesiapa yang ingatkan orang dan sara?'

Jawapan husband aku? he he..Biarlah Rahsia (bak kata siti nurhaliza)

Betul, selalu sangatla aku fikir pasal ni. Terutamanya tiapkali dengar berita kematian. Kalau nak mati, biar kami mati sama-sama lah..sebab aku rasa aku tak boleh hidup tanpa teman. Kahwin lain? Wooo cakap senangla wei..nak cari pasangan hidup yang serasi bersama tu ingat senang ke? Lagi pulak nak cari yang beragama..harapkan nama je agama islam tapi kalau solat pun bocor sana sini takpela..kirim salam lah ye..Takkan aku nak bimbing dia lak, takde nye nak dengar kalau lelaki spesies kepala batu. Lagi pulak, perempuan ni kalau dah kawin lain kat akhirat sana dah tak dapatla berjumpa suami yang dah meninggal tu. Lelaki lain lah..nak kawin 4 sekaligus pun takde masalah hatta wife tengah hidup sekalipun!

Ok..berbalik pada cerita asal. yang buat aku terfikir panjang tu, hidup kami sekeluarga baru nak bertatih orang kata.. orang lain mungkin dah berumahtangga. kami ni, duduk pun menumpang rumah orang (kuaters tu samala bukan rumah sendiri!). Hutang kereta 2bijik lagi 3 tahun baru nak settle..Pastu hutang loan belajar lagi tak abis bayar (tah biler ar nak abis!byr bulan² tapi tgk tak berkurang jugak!)..So...kewangan lah perkara pertama yang terlintas dalam kepala aku nih. Cukup ke gaji aku sorang nak menampung kos sara hidup aku dan sara 2 beranak? selfish ke? isk..tak, aku tak rasa aku selfish dengan fikir benda camni. Aku fikir benda ni supaya aku perlu bersedia mentally dan physically..Macam sekarang ni, memang pendapatan kami berdua share untuk bayar hutang dan belanja bulanan. So, kalau sebelah kaki lagi tak ada, boleh ke aku berdiri tegak???? Mesti aku perlukan tongkat!

Aku rasa kalau perkara ni jadi kat aku, memang aku bungkus kain baju pindah duduk kampung kot. Duduk dekat dengan family aku. Apa-apahal ayah dan abang-abang aku ada kat kampung. Boleh la mengadu nasib kat diorang. Tapi, sebolehnya tak nak dah susahkan diorg, cukupla diorg banyak bantu aku masa belajar dulu. Hanya aku harapkan sokongan moral lah daripada diorang.


my love forever and ever!

Sebab tu kami sepakat tekankan saving tu penting! Kadang tu hati kecil aku menjerit nak tu..nak ni..tapi fikir balik, semua tu benda yang tak kekal dan takde keperluan pun, kehendak semata. Aku cuba tahankan diri sambil gigit jari je tengok orang shopping sakan. Sedangkan aku, shopping setahun sekali je..tu pun nak dekat raya. hu hu.. tapi sebagai reward untuk diri kami setelah penat lelah bekerja, kami spend duit pegi cuti-cuti malaysia..oklah tu dari takde kang mau aku bertambah stress! Penah gakla cakap kat husband, belikan saya ni, belikan saya tu. alah cash money takde, duit plastik (read:credit card) kan ada? . Tapi tu lah..fikir balik karang aku gak jenuh nak bayar hutang kan. So, tahan lagi nafsu shopping tu (susah betul bila perempuan ada 9 nafsu gini!). kalau gaji aku 5-6angka ke lainla kan..so sedarla diri aku ni sikit (sambil tunjal kepala sendirik). Jadinya, tak apalah aku tak dapat apa yang aku dapat pada hari ni..asalkan aku cukup bersedia pada masa akan datang.

Lepas tu, aku fikir ada lagi impian kami ber2 yang belum tercapai. aku masih ingat, masa tu kami sakan bercintan lagi. aku cakap kat my love, 'rumah impian saya banglo di atas bukit mengadap laut lepas'..fulamak seh main cakap sedap mulut je. tak tau arga juta-juta. yang buat aku tanam cita-cita tinggi tu sebab masa petamakali kami dating, mylove bawak pegi CS JB, nak ke sana mestila kena lalu jalan tepi laut pantai lido (now Danga Bay), hospital sultanah aminah..lepas pantai lido tu akan lalu depan rumah banglo besar-besar yang ngadap laut.. tu yang buat aku rasa 'wah bestnya kalau salah 1 banglo ni rumah aku!'. pastu spontan je dia cakap,'fuh! mahal tu wak rumah tu..tak mampu saya' <--padahal aku tak declare pun lagi couple ngan dia.kih kih kih..berangan tinggi nak kawin ngan aku!

malamnya lepas dinner dekat restoran singgah selalu (lokasi lama tepi pantai lido, now dah pindah opposite danga bay), mylove bawak aku ke satu kawasan dekat masjid sultan abu bakar. korang tau ke mana dia bawak aku? melawat banglo tinggal atas bukit ngadap laut(tapi takla ngadap betul² pun)..dia saja nak psycho aku. tak takut ke duduk rumah besar camtu yang macam rumah antu je?saje je tau! so takpela, aku pun tukarla angan-angan. jadila kalau dapat rumah atas tanah (bukan apartment!) walau umah tu tak ngadap laut dan bukan atas bukit sekali pun. hu hu hu..tapi tu lah, aku selalu fikir..sempatkah kami berumah tangga? sedihnya bila fikir perkara yang negatif ni tau.

lagi satu janji dia..nak bawa aku pegi oversea trip. kalau orang lain maybe dok ngidam nak pegi europe. tapi aku tak excited nak pegi situ..dari dulu teringin nak pegi korea selatan. macam mana aku boleh jatuh cinta nak pegi sana??? kisah bermula bila aku sendiri dok gila tengok drama korea, pulak tu lepas belajar mylove keja dengan company korea. pulak tu lagi 2bulan kami nak kawin alih-alih dia dapat offer kerja kat negara asal company tu selama 3bulan! waaaa aku suka gila! alah pegila..bolehla saya ikut sama! tapi ko gile?? aku tak kawin lagi, confirmla family tak kasik! aku pujuk, kita nikah tali gantung je dulu. tapi mylove aku ni cakap, takpela kawin dulu ikut plan asal lepas tu baru pegi sana..maknanya dia tolakla offer tu. huk huk...melepas tau! kalau tak situasi aku akan sama la ngan kawan aku sorg ni (dia nikah dulu psl nak pegi trip ngan husband dia..blk trip baru sanding!) dan sekarang ni taktaula kan..komitmen pun dah mula bertambah. perkara yang penting perlu didahulukan..cumanya tu la, jangan kata nak bawak pegi korea, janji dia yang nak bawak aku gi makan korean food kat restoran korea pun tak tertunai lagi ni. apa cerita ni sayangku? sila jawab..he he he

paling utama, impian nak menjadi tetamu Allah bersama mylove. aku harap biarlah kami berdua dapat pergi bersama kerjakan ibadah haji. janganlah ada antara kami yang pergi seorang diri tanpa teman. sedihla..sedih..biarlah selamat pergi dan selamat balik..bila mak aku cerita ada yang pergi ke sana bersama suami isteri, tapi si isteri balik seorang diri..ya Allah sedihnya...cukuplah. ni je yang aku minta pun kalau impian lain tu tak tercapai. wang ringgit kebendaan semua tu aku tak pentingkan. pada aku, semua tu bersifat sementara saja. So, korang macam mana? Pernah terfikir apa yang aku fikir?

Nota :Seriously, aku rasa aku macam repeat entry je..see, tu menunjukkan aku dah tandus idea! Panjangkan entry ni? panjang camni pun aku amik masa 2 ari nak menulis tau tak? huhu

2 comments:

lia said...

masa aku sakit teruk baru ni, aku siap listkan kat husband aku, apa yg aku ada utk tingalan pada Amsyar wakakaaaa

Elyn said...

chaiyok2 lin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...