Wednesday, January 26, 2011

bertih jagung

oh..lama rasanya tak cerita tentang sara kat sini. arini nak cerita sikitla perihal budak berusia 2 tahun 5 bulan tuh..

ni sapa?
--> sambil aku pegang bahu dia.

aya.

alya apa?

aya laisyala --> susahnye nak sebut 'Q' dan 'R'.

nama mama?

yolajin --> jauh benar larinya, bunyi dah adala sikit²...boleh korang teka apa nama aku?

nama papa?

ee esham --> tang belakang dah betul sikit..yang depan tuh bunyi 'e' je lebih. takpela, janji ada bunyi tu dah betulla sikit.

antara soalan fav dia, sekarang ni..

ane papa? (mana papa?)
oo..papa tak aik agi ah.. (papa tak balik lagilah). papa teje (papa keje) --> sendiri tanya, sendiri jawab..hik. papa gi oyish (sampai besembur air liur nak sebut office!)

ane epon? (mana handphone?)
nak pon nenek. --> asal minta hp je nak call nenek.

aritu kasila dia toy spongebob. tau dia cakap ape?
mama, abang bod. ane abang bod? --> tetiba pulak dia teringat abg sepupu dia yang kitorang gelar dia 'abob'.

ane isham? (mana cik sham?)
ooo...isham akit -->cik sham sakit, tau pulak tu cik sham dia nak gi follow checkup kat hospital. sara sara...

masa nak ke sekolah pagi tadi, aku tanya dia..'kita nak pegi mana ni?'
dia jawab, 'gi oyah aya' (nak pegi sekolah alya)

lepas tu dia membebel lah lagi dan lagi dan lagi dan lagi...selagi aku buat derk, tak pernah jemu dan putus asa dia tanya itu ini..ayat fav yang selalu meluncur keluar dari mulut comel tu..'ape tu???' selagi tak jawab, dia akan repeat the question again and again and again sampaila dia puas ati..bila dia puas ati dan faham, dia akan angguk dan cakap, 'hmmm..'.

kalau nak ke sekolah, memang laluan kami akan jumpa petronas. bangunan dah siap, tapi tak beroperasi lagi, maybe lagi 2-3bulan kot...so everytime lalu situ. sara akan tunjuk petronas dan cakap, 'mama, nak air'. macam² la aku bagi alasan..'belum bukak lagi la sara'..dia akan minta juga air. pastu aku cakap, 'tak bukak lagi, air dah abis macam mana nak beli..'. dia pun angguk tanda setuju dan faham lepas tu cakap, 'hmm..air abis da'. ok, tu tanda dia berpuas ati dengan jawapan aku..selamat aku!

semalam belikan air twister orange kat dia. utk mudahkan dia minum, aku pun masukkan dlm cup dia. sekali teguk, 'mama, asham!' siap buat muka pejam mata kerut dahi sampai terangkat bahu. dia amik botol air masak dan kasi kat aku. 'mama, ashuk air'. ok, pandainya anak mama. dia tau nak kurangkan masham tu dia suruh aku masukkan air masak dlm cup tadi. hehehe

macam-macam hal..cukup la tu. kalau nak cerita perihal sara..banyak benda nak tulis lagi. tapi ni pun dah memadai..pendek kata, nak tunggu mulut comel tu diam hanya bila dia tido je. kalau dah bukak je mata, memang berkicau je..kalau tak bertanyakan kita soalan, fav dia skrg ni suka sangat menyanyi..esp lagu gajah! siap beraksi pegang idung, telinga..tetiba je last part tu dia jerit buum! dengan aksi ultraman fire resakse.

Gajah hidung panjang
Badan besar Hitam
Kaki bagai tiang
Dua telinga lebar
Telinga kuat kipas
Jalan terbongkok bongkok
Gajah tidak malas..
Kuat tolak pokok... dummmmmmmmmmmmmmm!
*ni la lagu yang sara nyanyi tu*

oh..baru teringat, last week tetiba dia balik dari je dari taska pastu tunjuk kat tv..'mama, atomen'.. ah, sudah! dia dah kenal ultraman pulak!

3 comments:

mamaEsya said...

lin, patutla esya slalu nyanyi, telnga macam kipas, 2 kaki lebar...ana pon ikut jela, coz xtau lagu ape...huhu...derang blaja kat taska, kan? hehe

isabelle said...

hahaha..comelnya.
tu dah smpi fasa kenal atomen tu, abis la...
silap aribulan mintak set atomen dgn resaksa mcm adam.

Lin said...

ana,
ye..tula lagu yg teacher diorg ajar..ni teacher husna yang dh pindah tu la ajar.

isabelle,
tulah..camnela gegirl boleh plak terminat atomen ni..jenuhla i.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...