Tuesday, January 25, 2011

CNY wishlist

kalau balik perak, aku suka susun menu. nanti mula la plan, arini nak makan apa. esok apa. tulat apa..tapi bila sampai turn balik johor, haaaa bukan menu yang aku susun, tapinya ke mana destinasi terjah! tak makan pun takpe. iyela tu! hahaha...nak lagi, mertua dah pindah balik ke taman u. so ape lagi...lagi senang nak ajak husband meronggeng kan?? ni antara tempat wajib melawat balik CNY nanti.
  • melawat UTM campus. --> wajib pegi. nak lawat blok sedundun. kalau dapat lah kan, nak gi sampai depan pintu bilik aku dulu. wahahaha. nak gi psz. nak naik balai cerap. nak lepak kat tasik. nak pegi stable kuda, ada lagi ke kedai makan nasi goreng ladna makcik tu??? nak gi N24. nak gi usyar bilik fav lecturer.
  • nak pegi anjung warisan, makan atas pokok sambil dengar angklung yang Toy AF4 main. aku paling suka, dia main lagu ase re je las ketchup. tapi aku rasa toy dah tak keje kat situ kot.
  • nak gi makan steak @ sweet 17. uniknya restoran ni, waiteress dressing ikut theme malam tu. ada sekali aku pegi, ari jumaat semua pakat pakai baju kebaya ketat dan bertudung. esok lusa datang, pakat pakai baju bodytight sexy tak hingat! tapi, laki aku kata kedai ni dah pindah. taktau kat mana..ada tak org johor boleh bagi info pasal ni???
  • nak pegi stulang, layan sunset kat sana sambil tgk lampu negara jiran.nak jejak kaki kesana tak kesampaian lagi. dah dekat dah tu. tapi org tu janji lepas abis round malaysia. hm..thn ni abis dahla round malaysia bang oi. so next year la eh? hehehe...
  • nak pegi CS, tempat dating tengok wayang dulu. setakat tgk wayang je la. nak shopping kat sini tak menarik. sekarang taktaula kan..
  • danga bay mesti kena pegi jugak ni, dah janji nak bawa sara naik tram. tapi mesti nanti dia akan merengek nak main game yang ada kat sana kan?
  • nak gi dataran jb, lepak² sambil makan steamboat ngan tauhu bakar macam dalam entry nih. dah setahun tak jejak kaki kat sana! pergh....mantap!
  • jumpa dengan kawan lama. sape tu? faham² sendirilah ye..hehehehe
  • turun Rengit. nak tengok tempat yang femes dengan barang terpakai tu..baru ni masuk tv1. cam best je..kalau ada barang best, bolehla angkut bawak balik kl. esp utk anak dara kesayangan tu lah..
  • last, nak gi rumah FA a.k.a fahrin ahmad!!! --> hahaha..boleh tak yang??? kata kenal bapak dia..takkan tak boleh bawak melawat dia kot.
harapnya, apa yang aku idam/plan ni menjadila..cuma tu la, sempat ke?? balik pun 4ari jek..tapi plan ngalahkan cuti seminggu! hahaha. kenala plan, kalau tak nanti cik abang i tu asal balik kampung dia je, buat taik mata dalam bilik mak dia..i gak yang kebosanan nanti. yang last wish tu tak dapat pun takpe CNY ni. tunggu raya la tunaikan...time raya sesuaila pegi. boleh collect duit raya untuk sara. :P

4 comments:

p!nkerton said...

i dah brapa kali pegi JB, tak terpegi2 lagi anjung warisan tu. asik2 lepak danga bay aje huhu. tak pun pi makan kat rumah member2 hehe..

mummy_adam said...

uish byk nyer wishlist, sempat ke?

isabelle said...

wishlist yg last yg xboleh blah tu.
agak2 cik abg approve x?

Lin said...

fatih,
hehehe...dulu situ port kitaorg selalu pegi.hehehe..1st time pegi pun husband la intro tempat tuh.

ena,
hehe..insyaallah kalau tak sempat lainkali blk umah mil mesti ajak pegi jugak!

isabelle,
hahahahaha..dia tak baca blog lagi kot.klu tak,sure smlm bebunyik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...