Tuesday, January 4, 2011

Cukuplah sampai di sini..

jauh dilubuk hati ni, nak stop menulis di blog ni. rasanya cukuplah aku share personal life aku di sini. hati pun dah tawar. merajuk sama kot? entahlah..


banyak benda aku nak share di sini. banyak entry yang tertangguh. bila aku cek draft tahun 2010, ada entry bulan April 2010 pun tak habis ditulis dan tak pernah di publish di sini. sebabnya, aku dah ketandusan idea barangkali. balik² cerita yang sama..

asalnya memang menulis blog ni untuk ceritakan perkembangan sara (sebagai kenangan) tapi bila sara makin besar, sampai aku sendiri tak ter'catch-up' perkembangan sara buatkan aku rasa...hm..tak pelah, biar aku simpan semua cerita tu dalam hati..kalau aku dikurniakan ingatan yang kuat insyaAllah sampai aku tua ganyut pun aku masih ingat yang sara suka sangat menyanyi lagu pok amai-amai sekarang ni..pegang handphone je asyik minta call nenek..kuat merajuk..suka ajuk aku marah dia ('Ya Allah sara ni kan..' - dia repeat 'Ya Allah mama ni')..dah boleh mengira ('catu, tide'..langkau no.2), dah kenal semua ahli keluarga (atok, nenek, uwan, opah, cipek, cicam, anah, maknah, abang, cakiah, ateh, cidan, kanah..dll), dan macam² lagi lah keletah dia..banyak sangatlah, sampai aku rasa mau lenguh jari jemari nak menaip dalam blog ni.

latest photo..masa bawa my sara, nephew and adik tengok 'Guliver's Travels'..sara asyik ajak aku keluar..'mama, jom!' tanda dia dah bosan!see how cheeky she is! sikit² dengan peace dia tuh!

aku masih lagi berblogwalking..cuma jarang tinggalkan jejak. malas barangkali. bukan sombong k. cuma kalau korang trace dlm nuffnang tu aku hide profile, so korang takkan boleh tau la aku skodeng blog korang...saje nak jadi 'stalker' pulak kot. he he he

azam tahun baru?
nak jadi pekerja yang rajin kot.. :)
nak 'meramaikan umat'.


ok..here is latest clips sara marah bila ada 1 kereta overtake keta aku.
jangan tiru aksi rakaman ni k..aku gatal record while i'm driving!

notes : oh..last weekend jumpa blogger eina (merangkap excoursemate di utm) kat giant equine. he he. sori eina tak dapat borak lama, kelam kabut kejar sara. dia pantang jumpa playarea camtu. dengan berbaju kurung pun dia boleh layan slide 7-8kali.

5 comments:

CuppyCakeMommy said...

jangan stop berblog taw..lambat update pun takpe..

Marsha said...

nape nk stop pulak????

isabelle said...

hahaha..anak... anak...

la..wei, jgn le setop!!!

Elyn said...

no no no... dh kene ceramah kan??

~adeQ~ said...

huhuhu...comelnya marah! macam iya iya jek....hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...