Monday, January 17, 2011

hobi yang menghilang

kegilaan membaca buku macam dah terhakis dalam diri aku ni.
kalau dulu, suka sangat membaca...
tapi aku ni suka baca 2 jenis buku je...
1 nya, novel lah.he he he..
dulu gila baca novel ahadiat akashah. sekarang ni, bila novel dia dah takde, baca pulak blog dia.

yang ke-2 aku suka sangat baca novel/buku tentang sejarah.
especially kalau sejarah tu ada kena mengena dengan negara kita. <--fulamak, patriotik kah aku? tapi itulah realiti tentang aku. time belajar sejarah kat sekolah dulu pun aku suka. semedang je dapat A subject sejarah. now since dah jarang baca buku, aku beralih ke 3 channel asterok. even 'terok²' pun, still thanks to them dengan kewujudan channel NGC, DC dan HistoryC macam² info yang aku dapat..apa kisah latest yang aku tengok ye baru² ni??? hm...tak silap aku malam tadi '2012:the collapse'... tapi minat membaca tu dipupuk kembali..he he he..weekend aritu aku pulun menelaah buku nih....

aku pernah baca kisah natrah ni masa aku sekolah menengah dulu, dalam bahasa inggeris..title buku tu tak silap aku "the nadra tragedy".

Notes : ni cetakan baru. buku yang aku baca tu dah pun kusam, warna hijau kelabu.

masa tu aku tak faham lagi. aku ingatkan tu novel biasa, aku baca je tak menghayati pun..sampai aku lupa cerita tu. tapi bila aku baca kisah natrah balik ke malaysia dalam paper (lama dah..tak igt tahun bila paper tu), baru aku ingat...aku macam pernah baca je kisah nih..rupanya novel yang aku baca tu based on true story..huhu..bila baca hasil kajian Datin Fatini tu, baru faham kisah sebenar disebalik tragedi natrah..rasa terkesan dalam hati. terutama mengenangkan keperitan yang dilalui oleh seorang budak perempuan berusia 14 tahun. memang berat apa yang ditanggungnya....tapi aku percaya, apa yang berlaku ada hikmahnya...

aku belum lagi habis baca buku ni.. now dah bab 18 - luka lama berdarah kembali..insyaallah hari ni habis lah tu (kalau semua urusan kerja rumah selesai dan takde gangguan daripada budak kecik kat rumah tu.hu hu)

kalau ada yang berminat kisah natrah ni, sila jenguk blog Datin Fatini kat sini >> here. nak beli buku natrah tu, boleh order kat sini .

3 comments:

Nieza Ishak said...

kalo nak beli 2nd ... nieza jual RM50 .. sbb dah habis baca nak legooo ....

condition masih tip top ...

mariaariffbaby.com said...

huhuhuhuhu..
kita pun suka baca buku2 macam ni..

but now ni..byk baca buku parenting lak..
:)

isabelle said...

fuh giler ahh..minat buku sejarah tuuu.. i baca buku sejarah je, terus ngantuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...