Monday, January 31, 2011

holiday yang mengecewakan

okla, pagi sabtu tu excitedla bersiap nak ke laut. kul 10.30 bertolak dari rumah. konon nak ikut jalan belakang, tapi sampai je kat sepang jalan ke PD dah mula jam! aku pun menapakla keluar dari kereta nak tau apa yang berlaku kat depan..sebab dekat sejam la kami stuck tak bergerak..jalan pulak 1 lane je.

bayangkanlah betapa teruknya jam, sampai sara boleh join papa drive keta!

usya², rupa²nya semua jalan kene block utk bagi laluan kat le 'tour. hampeh!!!

lenkali, pi main beskal jauh²! kan dah spoil mood kitorang anak beranak!

so, kami pun u-turn ikut jalan lain. nak masuk tol PD pun jam gak! plus dengan hujan nye..semua jadi spoil lah..akhirnya, sampai gakla kami kat PD dalam kul 2. papehal, terjah kedai makan dulu. memasing perut berkeroncong...

lepas tu, hajat di hati petang nak gi jalan kat pantai teluk kemang. tapi, hancur lebur....hujan tak berenti...sara ngan anak² sedara aku semua dah mula meragam. frust tak dapat mandi 'aut'.. bila dah memasing taktau nak wat ape, mula la dorg main je dalam apartment tuh..sampai berlaku la 1 insiden di mana sara kejar anak sedara aku, dia tesadung karpet. dan mata dia terlanggar sofa. apa lagi, meraung tak ingat! nasib baik la takde apa berlaku. cuma kat kelopak mata tu terluka sikit..bengkak la sebelah mata tu. makin sepetla mata yang dah sedia sepet tu..

souvenir holiday di PD! nampak lagi merah bengkak tu..

penyudahnya kami pun lepak je la kat kedai makan di tepi pantai teluk kemang tu makan laksa. nasib baikla laksa sedap. makan pulak berebut²..memang aktiviti percutian yang utama aritu pun makan je la...apa lagi nak buat kan time hujan gini??

laksa yang sedap..pengubat hati yang lara.

malamnya kami dinner ikan bakar. nama kedai aku tak ingat..tapi sama lot dengan pasar raya mesra. aku tengok kat bangunan tu semuanya 'MESRA' la..ada klinik mesra, hotel mesra, pasaraya mesra, laman cafe mesra..hehehe..restoran tu pun mesti ada terselit perkataan 'MESRA'..layanan? hm, macam KURANG MESRA je...pasalnya, sudu foods pun tak kasik. husband aku yang bangun cari sudu. plus arga mahal lak tu..compare dari kami kat tanjung lumpur last year..kehkehkeh..rasa ikan bakar nya? aku kasik 2 dari 5bintang je.

ikan bakar yang rasanya so-so je..

semua sepakat mengatakan ikan bakar sambal petai tanjung lumpur lagi sedap! 5 star beb! terbaik woook!!!<--ujg thn lepas kami bercuti di kuantan, tapi masih malas mengarang entry. pasal apa kami cakap sedap? sebabnya, husband aku yang memang tak makan petai pun boleh makan pasal sambalnya yang sedap! abg ipar aku yang kuat komplen bab makanan pun cakap sedap! lagi pulak, sambal pun banyak. ikan pun fresh..so kalau korang pegi kuantan, sila lah cari restoran 'ANA IKAN BAKAR PETAI'. ok, aku tak dapat bayaran pun promote kedai tuh. refer entry encik carl samsudin nih kalau nak tau lebih lanjut tentang kedai nih..yang pasti, arga pun murah jek dari kat PD tuh. paling mantap, jus gelas besar punye!

melepak je la..borak² sambil tunggu hujan benti..harapan tinggal harapan je la.

ok, berbalik cerita holiday di PD yang mengecewakan nih..esoknya pepagi ingatkan dapatla terjun laut. sara terjaga pun pasal aku bisik kat telinga dia..'jom mandi aut'. ha amik ko..memasing meroyan pasal tak dapat terjun laut..ujan rintik² halus bertukar jadi lebat..kul 2 checkout dari apartment terus balik ke rumah aku. tergambar kekecewaan di muka setiap orang..nak buat camne, dah takde rezeki kami..nasib baik PD tu dekat..bebila lagi boleh pegi kan. lepas ni kena plan betul²..takley main terjah lagi k.

5 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

kt tanjung lumpur, rata2 kedai makan dia sedap :) ikan bakar memang terbaik..

tempat aku berchenta dulu2 tu :p

aku blom penah jejak pd..hahaha :((

CuppyCakeMommy said...

samalah kita..hujan satu hari..rasa sangap gila dok rumah

isabelle said...

haihh...gmbr laksa jugak yg menggoda.

Elyn said...

aduh pi holiday tp memerap. kite org tua pun sangap, apa lai budak kecik!!!

Lin said...

eliss,
waa tak sangka, tu tempat ko dating ke.hehehe..tu lah, pasni ktorg akan turun lagi bila nak gi gambar resort city.

siti,
itula..ktorg yg gi cuti ni lagila sangap..

isabelle,
serius sedap.lelagi makan time ujan berebut2..kekeke..opss, eh org dalam pantang mana leh makan! :P

elyn,
tu ler..anak sedara i jap2 tny, bila nak benti ujan ni..sara lak, mama nak andi aut..jomla andi aut..sian diorg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...