Friday, January 21, 2011

kalau berjanji, WAJIB dikotakan!

semalam, petama kali aku jogging 'disini'. ha ha ha ha
ok..baru sekali dah nak kecoh..suka hati aku la labu.

kekusyukan membaca buku natrah terganggu, bilamana dear mengajak ke taman. aku gak janji pagi tu ngan sara nak ke taman kalau sara behave dan tido siang.

so bila dia dah jaga petang tu, dgn berat hati (pasal sikit lagi nak khatam buku tu), so pegi la jugak. plan nak bercucuk tanam pun tak jadik.

dah alang-alang ke taman, so aku pun merajinkan diri menggeledah lemari kasut dan mengeluarkan kasut sport yang masih kelihatan baru! ha ha ha ha.

seingat akula..last pakai kasut tu pun hujung tahun 2007. see, dah 3 tahun terperuk kasut tu dalam gobok! nasib baik masa sarung semalam takde katak dalam tu! <--sapa penah experience camni, sila angkat mouse!

so semalam berjogging lah aku ke taman. yang kelakarnya, budak kecik tu la paling excited. bayangkanla dia boleh jogging dengan aku malah laju ke depan tinggalkan aku tehegeh-hegeh kejar dia..pulak tu tak reti penat lelah..laju je lari, walaupun trek jogging tu sedikit berbukit. berlari sampai ke puncak. bapaknya? hm...tulah dia. berbuih mulut mamanya..dia jalan santai tolak basikal roda 3 sara. sampai sana minah tu sombong betul. tak nak naik 'cikal' dia...end up papanya jadi supir menolak beskal tu sampai ke checkpoint terakhir.

di checkpoint terakhir, aktiviti tukar pulak. kali ni, sara lagi excited. sampaikan tak nak balik..jenuh pujuk..dah nak maghrib ni nak oi..jadi jadilaaaa....

terpaksa ikat lagi satu janji dengan dia sbg jalan untuk pujuk dia balik rumah..so esok plan nak ke swimming pool plak..aku pun dah lama ngidam nak swimming balik..tapi 1 persoalan bermain di fikiran, masih ingatkah aku skill yang dah hampir 4 tahun ditinggalkan??? last aku swimming pun, masa di langkawi dulu. hm....susah nak jawab ni!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...