Thursday, January 27, 2011

pilih bulu

aku rasa entry aku arini mesti akan terkena batang hidung sesiapa pun. jangan nak menolak kenyataan ini ok!

korang tanya diri masing-masing, korang ni ada sikap pilih bulu dalam sedara mara tak? maksud aku, korang ni lagi rapat/close sedara mara belah mak atau ayah korang?

macam aku sendiri, susah nak cakaplah. aku level dah ke bawah...ada 10beradik, lepas tu sedara mara arwah mak dan ayah duduk jauh. tapi seingat aku, masa aku kecik dulu ayah dan mak aku tak pernah la train kami ni pilih bulu. cuma bila arwah mak dah tak ada, dan adik beradik kandung mak duduk jauh so skrg ni kami jarangla dapat peluang ziarah diorg. yang kami kerap ziarah pun adik ayah aku di trolak. so...kalau nak dikatakan, macam kami lebih rapat dengan adik beradik belah ayahla kot...<--lagipun dulu sblm pakcik aku pindah, rumah pakcik dekat dgn rumah kami..so maybe itu faktor utama.

ok, yang aku nak cakap di sini. aku perhatikan, kebanyakannya lebih close dengan sedara mara belah mak. contoh terdekat, husband aku la..hehe..lagi pulak, after kawin bapak mertua aku memang totally migrate ke johor. balik kampung pun lebih kerap balik johor. maybe faktor, kampung bapak mertua aku(perak) jauh dari johor..so balik kampung pun jarang. so no wonderla, husband aku dan adik beradik dia lagi rapat dan mesra dengan mak pak sedara belah mil aku kan...... cuma aku kurang menyenangi situasi tu. sebab tu kalau adik beradik belah pak mentua aku di sini (level cousin) jemput kenduri ke ape ke walau rumah diorg jauh aku sedaya upaya akan cuba ajak husband aku pegi gak. sebagai salah satu cara nak merapatkan jurang yang jauh itu............................

berbalik kepada motif utama aku tulis entry ni lah kan..2-3hari yang lepas, aku terbaca status FB anak sedara aku sendiri yang mengutuk kononnya ada sepupu pun perangai macam sial. okla, aku memang gatal tangan nak shoot je emel kat dia (dia duk kat mesir..kalau dekat, lama dah aku call sound tepek!). tapi aku biarkan lagi..nak tengok ada tak yang jadi batu api kat situ. dan sekali, ada pulak mak sedara dia(belah mak dia a.k.a kakak ipar aku) mengacum dengan soalan...'sedara belah SELAMA ka?' <-- part ni aku dah mula panas ati!!!

pantang tok nenek aku kutuk sedara mara sedarah daging aku dan mengaibkan dia di public macam tu..(fb kan dibaca orang ramai!). lagi pula, dalam tu ramai cousin dan mak pak sedara dia dari SELAMA termasuk aku! kalau korangla..berapi tak? memangla terangan dia kutuk tu cousin, tapi aku rasa terkena tempiasnya... sudahla anak abang aku ni semuanya lebih close dengan adik beradik belah mak depa. terus terang aku cakapla...selama abg aku kawin ngan kakak ipar aku tu, boleh dibilang dengan jari berapa kali depa beraya di kampung kami. lepas tu time kenduri kendara anak-anak abang aku ni mai tunjuk muka time makan ja..

tapi yang aku panas tu, kalau depa susah ka...mai cari adik beradik belah SELAMA jugak! contoh kecik cukupla..anak sedara aku ni pi mesir pun sapa yang uruskan kalau tak abang aku yg merupakan pak sedara dia belah SELAMA jugak! mana pi mak pak sedara dia belah PENANG sana????!!! <---ok2..aku mula dah rasa darah mendidih ke max level ni..fuh..fuh..fuh..cool down bebeh.. aku dah pun shoot emel sound kat dia dalam bahasa yang berhemah. harapnya dia dapat terima, kalau tak boleh terima, tak gunala p belajaq jauh-jauh sampai ke mesir kalau tak dak budi bahasa...

so..moralnya kat sini, janganla tulis apa-apa yang tak elok di fb especially yang boleh menyentuh sensitiviti kaum keluarga..tak kirala depa tu pangkat apa dan keluarga belah mana. dan lagi 1, janganla bersikap pilih bulu dalam bergaul dengan keluarga! sok lusa kalau hang susah, sapa gak nak tolong?? keluarga gak tolong kan???? esok kalau anak aku wat perangai double standard camni, siapla depa!

*rosak mood aku pagi-pagi ni weh!*

3 comments:

isabelle said...

bila org terlupa kita ada dlm senarai fb diorg, tu yg kantoi tu.
i punya students prnh terlepas buat statement gak kat fb... xpsl2 kena ceramah dgn i.hehe

Mrs. Eeza Herman said...

hiushh..marah sungguh laa..hehehe..
tapi paham apa yg lin rasa..
situasi tu mmg biasa berlaku..
mcm iza pun, kitaorang rapat dgn family blah mak je..
family blah ayah, tgk sapa..just pilih yg sama bulu je (boleh masuk kepala la)
lagipun, da tak rapat sebab kg ayah SELAMA kan..jauh sgt..hihihi..
pastu tok2 kitaorg pun dah xde, kalo nak balik sana pun, just jenguk sedara mara jela..
sampaikan ayah pernah ckp baru2 nie, "asyik balik kg mak jer, kg ayah dah tak nak balik, buang jauh2.." dgn nada yg agak keras gk..
bukan tak mau balik, tp ntah la, suasana kat sana xleh nak masuk..
tapi kdg2 tu terasa rindu gk kat SELAMA..rindu nak minum air botol 60sen, nasi lemak 50sen, laksa kat pekan SELAMA tu dan rindu nak tgk kedai emas yg berdoyon2 org dtg time raya..hehe

Lin said...

isabelle,
tula..tu yg kdg tu anak buah tulis jiwang2 i selamba je sound tepek. lupe ke kita ni ada..mmgler mak pak dorg buta it. tapi maksedara dia ni celik it.kekeke..

eeza,
saya marah bersebab. psl dia marah tanpa pk dlm fb tu mak pak sedara dia ramai dari SELAMA jugak.saya pun dah lama tak tgk situasi kedai emas dikerumuni ramai org tu. kekeke..tapi tang foods murah tu yang sya suka tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...