Friday, February 25, 2011

Streamyx Registration (Sticky notes)

Bosan dengan line internet yang asyik down je...(esp wireless broadband la kan..)
Bertukarlah sekarang....JOM STREAMYX!

Tak perlu bersusah payah ke TM POINT.
Tak perlu bazirkan MINYAK KERETA.
Tak perlu bazirkan MASA.
Tak perlu bazirkan TENAGA ANDA (penat tau nak beratur)
Kami akan membantu anda melakukan pendaftaran Streamyx.
Don't worry. No service charge!!!

Hantarkan maklumat permohonan anda kepada ladyheart2612@gmail.com:
1) 1 SALINAN IC (HADAPAN DAN BELAKANG) (SCAN UNTUK KUALITI YANG BAIK)
2) ALAMAT RUMAH YANG LENGKAP
3) NO. TELEFON RUMAH
*JIKA TIADA TELEFON RUMAH, BERIKAN NO. TELEFON RUMAH JIRAN (untuk memastikan kawasan rumah anda mempunyai kemudahan streamyx atau tidak)
4) PAKEJ STREAMYX YANG DIKEHENDAKI.
Sila ke link ini untuk melihat pakej streamyx yang ada.

SEMUA URUSAN DILAKUKAN SECARA ONLINE. ANDA TIDAK PERLU WALK-IN KE TM POINT ATAU BERJUMPA DENGAN KAMI. JIMAT DUIT + MASA + TENAGA ANDA.

Wednesday, February 23, 2011

nak cari rumah sewa di shah alam

nak tolong iklankan bagi pihak anak buah aku ni. dia sekarang ni posting cikgu di sek men pendidikan khas kat shah alam (tak pasti seksyen berapa, tapi dekat dgn stesen bas..seksyen 17 kot?). so kepada sesapa yang tau/ada rumah kosong untuk disewa di shah alam, tolong inform aku ya..kemasukan bulan mac 2011 ni. tq!

Friday, February 18, 2011

sebagai ganti

rasa terkilan dan bersalah harini, mama nak tebus semua tu.

insyaAllah,

budak kecik pun ada perasaan


masa ambik sara dari taska semalam, aku perasan ada kesan gigitan kat pipi sara. bila tanya, kenapa dengan pipi ni? dia jawab, 'enish aikal wat'. aku faham, perkataan 'buat'. 2 lagi tu taktau ape.

bila tanya teacher, diorang pun inform..'oh, ada budak nama danish haikal gigit pipi alya, diorang rebut toys'...hm..sabar je la.

pagi ni hantar sara ke taska, aku perhatikan semua budak pakai baju cantik..perempuan berbaju kurung lengkap dengan tudung.. yang lelaki nya berbaju melayu sampin bagai..sara? mujur arini dia sempat mandi kat rumah, cuma arini sara pakai tshirt dan seluar cap redang island..alahai...mana aku tak terkilan, boleh dikatakan sara ni aku selalu pakaikan baju kurung kalau ke taska. tak perlu tunggu event special, cuma bila ada event di taska macam hari ni aku rasa terkilan lah juga...

lepas tu nampak parents hulur plastik + bekas makanan kat teacher..eh, ada apa² yang aku taktau ke pasal hari ni????

bila aku tanya member, arini ada sambutan maulidur rasul kat taska. sabar je la...2x aku terkilan..aku tak terima surat ape pun dari taska. kawan aku inform, surat tu diedarkan ari rabu. kebetulan ari rabu kami cuti, balik johor. tapi, sepatutnya teacher alert lah sikit. dah tau alya tak datang hari rabu, maklumkanla pada aku semalam.. ini tak..senyap je..mana aku tak frust? at least kalau tau, bolehla aku prepare ape yang patut malam tadi..paling koman pun goreng nugget ke buat sandwich ke pun jadilah..


2 perkara buat aku teriklan..
1 - anak aku kene gigit kat pipi, diorang tak maklumkan dulu sebelum aku bertanya.
2 - no surat, no pesan mulut, no reminder pasal sambutan maulidur rasul arini. masuk kali ni dah 2x sara miss sambutan maulidur rasul. tahun lepas pun camtu jugak.

aku dah maklumkan pasal perkara ni pada pengurus taska. hopefully, perkara camni tak berlaku la kat other parents @ students. maybe diorang rasa perkara ni kecik je..but psychology pada budak² tu? aku perasan muka sara tadi..dia tengok je semua kawan dia pakai berbeza dari dia...sure dia hairan kenapa hari ni kawan² dia pakai baju cantik, dia pulak pakai baju biasa je...kalau budak kecik dah mula faham perasaan tu, apa lagi kita yang dewasa ni kan?

lagi pulak, sekarang ni sara dah pandai cerewet. kalau nak pakai baju tu nak pakai baju cantik je manjang...sabar je la..kena shopping baju baru la camni tiap² bulan..botak la kepala mama camni..hehehe

Monday, February 14, 2011

boya!

korang pernah tengok boya live?

tak main la boya kat zoo.

ni boya depan mata. dekat giler..sekali dia lompat, ngap!!! ada yang 'dari Allah aku datang kepada Allah aku kembali'...

balik johor aritu, salah satu dari tempat terjah yang tak dirancang adalah taman buaya di teluk sengat, kota tinggi..antara taman buaya terbesar di malaysia (tak silap aku la)

tokey ladang boya ni bela boya dari zaman tok nenek dia, tahun 1979! aku pun tak idup lagi. kalau orang len bela lembu, kambing, ayam, itik..tapi dia ni sukakan cabaran..so dia bela la boya. :P

malas nak story..layankan aja video dan gambar² ni..


ni bukan cicak @ biawak ok!


ni la anak boya! gigi tajam wooo cam gergaji!



besaq woo boya ni. gambar ni nampak clear pasal aku zoom.

1 soklan teka teki, 'boya ada lidah tak????' kalau korang jawab takde, dah tu camne lak ada pokok lidah boya?? hahaha..jawab jangan tak jawab...fikir² kanlah..


pakcik dan makcik boya sedang berisitirehat. lepas ni boleh guna ayat 'tdoq menerap macam boya!' alternatif lain selain daripada 'belingkaq macam ulaq sawa!'

muka cuak sara!

perhatikan paras kandang ni dgn pinggang pil aku.tak tinggi mana tau! aku sendiri terkejut bila tengah syok record video, sedar² je ada boya kat tepi tempat aku berdiri ni!




lagi clip boya!


sara siap sebut 'yee..tepok tangan' lepas boya tu beraksi. apa ingat kita pi tengok sarkas ka sara???

nun di bawah kayu, ada nampak busut?
itu ler sarang telur boya! jangan carik pasai nak curi teluq dia. satgi mak boya naik ke darat ngamuk!

Hari panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Air jernih lubuknya tenang
Jangan disangka tiada buaya


eceh berpantun pulak! betul..pakcik tu kata ada 300+ boya dlm kolam ni. tu bukan tunggul kayu hanyut..tu boya tegah kuak lentang!

nak tau kepantasan boya membaham mangsa?? layan klip ni.

ada nampak bila mulut boya tu tutup? tak sempat pun kan? camtu la sekelip mata dia ngap!



ni anak remaja boya! tengah berdating kot. he he he

pakcik yang jaga kolam ni kata, boya ni dah umoq 150 tahun!

dalam gambaq ni tak nampak. kat luar nampak jelas, semua gigi dah takdak.
so kalau nak makan kena rebus ayam tu sampai hancur <-- ni aku auta ja. tah betui idak. tak berani la nak test hulur tangan, satgi dia ngap putus kalu sapa nak jawab! korang nak tau beza boya betina ngan jantan tak????
ni boya betina!

saiz badan pendek gemuk sikit.
muncung mulut pendek dan lebaq
ekoq pun pendek sikit.

yang ganas ni boya jantan!

gambaq tak clear sangat, boya tu tengah menggelepar bila pakcik tu usik ngan kayu.
boya jantan, badannya panjang
muncung mulut panjang dan rucing
ekoq pun panjang


boya ni da cerdik..kalau kita jerit 'DIAM', dok diamla dia dalam tu. kalau jerit 'NAIK', melompat² boya tu..tak caya??? cer korang tengok klip ni..tengokla boya tu bila aku jerit 'NAIK'..sara pun sibuk sebut 'NAIK' tapi boya tak pahamla orang cakap pelat ni! kih kih kih..



lepas tu pil aku sebut 'UP' boya tak naik, aku sampukla..'ayah, ni boya melayu. dia tak paham bahasa inggeris' :P

saja selit gambo sara dengan atok tersayang.

apala yang direpekkan oleh 2 bercucu ni (pasai tu atok ngan cucu, takbolehla guna 2beranak. :P)

gambaq penutup jalan-jalan cari boya kami.

peace tak menjadi buat boyfriend semua!

sila lah datang ke teluk sengat, kota tinggi kalau nak tengok boya live!

Thursday, February 10, 2011

pasaipa ek???

teringat kenangan masa kat sedundun, utm dulu.

barry : eh, ko ade coklat tak?
sarah : ada. hang nak ka? sat no..
barry : boleh gak.
sarah : nah.
sambil hulur gula-gula.
barry : wei, ni gula-gula la..aku nak coklat.
sarah : laaa..hang nak cekelat yang tu ka. yang tu aku tak dak la...

aku gelak ja...hahahahahaha

barry : aku tension je dengan sarah tu.
aku : kenape?
barry : ade ke aku mintak coklat dia kasiknye gula-gula.
aku bantai gelak.
aku : hahaha...orang utagha memang ler camtu cik barry. diorang kata gula-gula dan coklat tu cekelat (coklat).
barry : ada sekali tu aku cakap nak makan roti la. sekali dia offer biskut kat aku.
aku bantai gelak lagi.
aku : hahaha..memangla, orang utagha sebut biskut tu pun roti. roti tu tetap roti. keh keh keh..

susah kan kalau berbeza loghat cam gini?

aku : aku tak faham soalan ni. bila kita nak pegi bilik lecturer ni?
ira : kita gi selalu
aku : apa yang selalunye? ko selalu ape? ape ko cakap ni..aku tanya lain, lain ko jawab.
ira : orang ganu kalu cakap 'selalu' tu maknenye 'sekarang'.
aku : lerr.................................patutler pong! konon nak tiru cakap diorang gak.


tahun 2003, aku ngan ija pernah ikut adik junior balik rumah dia kat ganu. lepas tu akak dia borang ngan kitorang.

kaklong : ija orang kl ye?
ija : aah.
kak long : lin orang johor kan?
aku : hahahaha..kenape kaklong kate saye orang johor ek?
kak long : bunyi cakap tu cam orang johor.
aku : takler kak long.. saye orang 'kejor yeop kejor!'

meeting dengan vendor semalam..borak ler luar topik keje.

aku : awak orang ganu eh.
vendor : camne tau?
aku : tadi kan awak ada sebut, ape name puang?
vendor : hehe..betul la tu. saya ganu.
officemate : akak orang kelantan tapi besar kat ganu, cakap pun dah campur.
aku : cube akak teka saye orang mana?
officemate : orang johor.
aku : aik..masuk kali ni ramai dah orang kata saya orang johor ni. pelik ni!

tah ler..aku rasa jumpe sape pun semua orang kata aku ni orang johor. tang mana nye johor pun taktaula..kawin ngan orang johor betul la..

kalau ikutkan memang aku asal perak, tapi perak utara dah bersempadan dengan kedah..masjid tempat aku akad nikah dulu pun kat selama kedah, bukan selama perak.he he he. so percakapan loghat aku kat rumah lebih ke utagha..

tapi, masa umur aku 9 tahun, aku stay dengan abang aku di perak tengah (tanjung tualang) for 2 years. kat sana aku alami kezutan..pertama kali keluar dari kampung la katakan. kat sana, loghat percakapan tak sama dengan kampung aku. dan, bila aku duduk sana baru aku tau rupanya arwah mak aku pun asal orang perak tengah (kampar), cakap 'deme, kome' dsbnya...

pastu naik sekolah menengah, aku belajar kat ipoh pulak. kat sana pun loghat percakapan macam tu gak..'deme...kome..'. mana tak tukar ke loghat peghak tengah wei, ada akak senior ni marah aku pasal loghat utagha aku pekat sangat! sampailah, aku dapat SBP kat sg petani. haa kat sini, kiranya aku dah macam balik ke rumpun asal la..cakap loghat utagha balik..hang la..pi la..pagaq la..tetiba aku teringat kisah roomate aku ni, reen.

masa tu reen ni jadi 'bawai' (kat sekolah tu, bawai tu bukan ikan bawal tapi pengawas sekolah!). ari ahad ada spot check dorm bersih ke tak. so reen ni pun tegurla dorm kitorang.

reen : ni, kenapa tak susun selipaq ni!

kami semua pakat tahan perut wei! lawak gila, orang perak tengah (dia asal ipoh) nak try cakap utagha tapi tak menjadi. ye la, mana tak pecah perut...mana ada word 'selipaq' kat sana..orang utagha sebut selipar, selipar la..ni mesti dia igt semua huruf 'r' pi tukaq jadi 'q'.

same case dengan husband aku la..orang johor nak try jadi orang utagha.

dia : tengokla raja lawak ni..kelakaq betui
aku gelak guling²....
aku : abang, mana ada orang utagha sebut kelakaq, orang sebut lawak la!
dia : oh yeke..bukan tukar jadi q ka?

kihkihkih...

aku rasa aku ni campak ke mana pun boleh transform lidah ikut loghat negeri tu kot. pasal tu aku rasa loghat percakapan aku flexible. jumpa orang utagha, lidah spontan cakap sana. kalau balik kampung pun camtu. kalau kat rumah aku sebut 'air', kat kampung spontan tukaq, 'arini nak minum ayaq apa??'

dengan sara, aku sebut 'air'..sebab bila aku sebut 'ayaq' dia blur....huhuhu..yela, dia kan asal sini. cakap pun loghat sini la..tapi tu la, aku tak jumpa lagi apa yang uniknya loghat kat sini. sebab, kebanyakan penduduk kat bandar ni pun dari kampung jugak macam aku!

satu je loghat yang aku tak berkenan nak belajar, --> KELANTAN! sorila ye orang² kelantan.hehe

Wednesday, February 9, 2011

tolong aku..

tunggu punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu...last² red flag berkibar jugak pagi semalam..

aku keciwa..

aku hampa..

now, aku dapat selami hati dan perasaan mereka yang menunggu bertahun²...

jawapan penyedap hati, belum ada rezeki...

aku risau..

ok, kawan aku pun cakap maybe belum ada rezeki..

lagipun baru je 2 bulan kami mencuba..

cuma aku risau..sebab aku pernah jalani operation cyst. memang doc bagi jaminan tidak ganggu kesuburan..tapi, apa yang aku baca info dari sini, buat aku risau...salah satu side effect operation tu, merosakkan saluran fallopio and the worse case akibatkan tidak subur..

dan, kerisauan tu tak dapat dibuang jauh..

mesti aku teringat²..

ex-officemate yang seangkatan dengan aku pernah jalani cyst operation last 3 years until now tak pregnant² (lagila pulak, dia kawin 1 tahun dulu dari aku..)..dan latest info aku dengar dia dah amik anak angkat..

perlukah aku jumpa doc? please..i need some advise..esp for those yang pernah alami perkara yang sama dengan aku.

Tuesday, February 8, 2011

le tour de UTM

masa balik johor aritu, salah satu wish aku kan nak jejakkan kaki kat bumi utm, kat mana situlah tempat aku belajar menjadi SURVIVOR. petama kali jejakkan diri jauh ke selatan. dah la takde sedara mara terdekat. memang totally tempat tu asingla pada aku.

arwah mak penah kata kat abg aku masa dia belajar kat johor dulu. esok pi sana, bawak balik menantu johor kat mak. betambah la koleksi menantu mak dari negeri kat malaysia ni. tapi tu la, hajat mak tak sampai....mak pegi dulu tanpa sempat tengok anak bongsu dia ni yang bawak balik menantu johor. dan abg aku tu masih lagi single sampai sekarang ni..<-- ada yang nak masuk minang? sempat lagi iklan tu..hehe.

okla, let's start the tour! lepas je masuk gate utama yang dah diextend ke depan, kitorang lalu tepi tasik utm (tempat aku posing outdoor photoshoot masa wedding belah johor)..gambar lupa nak snap sebab aku tengok tak byk perubahan..cuma, ada kemudahan untuk orang ramai exercise..ni yang aku dengki ni. time aku dulu, takde pun!
cuma yang aku nyampah masa lalu kat gate tadi, mak guard tu kerek gile.. aku angkat tangan dia teragak² nak balas balik dengan muka penuh curiga. aku senyum pun dia tak balas..apala mak guard ni. sombong lak dia...

pastu lalu FAB (Fakulti alam bina), ada bangunan blok baru..tak pasti bangunan apa. masih dalam development.


jalan terus, sebelah kiri, nampak bangunan ni dekat kolej TTDI. ni pun aku tak pasti bangunan apa.


lepas tu, jalan depan lagi..there! di mana tempat aku menimba ilmu! kat mana aku bekubang siang malam kat lab simulasi nak siapkan final tesis!
dari kejauhan..sayup² mata memandang...


fakulti kesayanganku..FSKSM


main entrance..department aku KOMPUTER INDUSTRI kat sebelah kanan tu..


bawah je dari fakulti ni, jumpa N24. kat sini la tempat kuliah dari sem 1 tahun 1. kat sini gak la pernah terserempak dengan husband aku. main mata lagi. haha.yela, jarang dapat peluang jumpa time kuliah, memandangkan kami course lain²...kat N24 ni ada 3 fakulti yang selalu tumpang kuliah kat sini..budak chemistry, sc comp (aku) dan mechanical (husband).


opposite dengan N24 pula, bangunan lama FSKSM. masa 1st sem tahun 1 sempatla belajar kat sini. tak best, sempit, takde aircond.aku ingat lagi, rasa lemas + panas duduk berhimpit dalam 1 kelas kecik nak belajar math asas. seksa! sekarang dah jadi pusat komputer (dari aku tahun 3 kot dh tukar jadi pusat komputer utm).


lepas lawat fakulti aku, husband u-turn nak gi fakulti dia pulak. so amik jalan lain..lalu fakulti civil.

jumpala bus stop ni..

selalu gakla aku tunggu bas kat sini nak balik kolej..ada sekali tu, sempat lagi posing amik gambar kat sini sambil berharap dapatla kot terserempak dengan abg angkat aku!

pastu jalan depan lagi, jumpa fppsm kot (tak ingat nama fakulti ni). kat sini ramai budak TESL.kadang tunggu bas dengan diorang lah..

kalau kelas abis kul 6, boleh jam teruk kat sini!

jalan depan lagi...jumpala tempat bersejarah ni! aku pernah kongsi cerita perkara yang memalukan diri aku dalam blog ni. boleh rujuk entry ni. ni la bus stop bersejarah tu!
aku duduk kat hujung tepi tong sampah tu la dengan kepala tunduk ke bawah pasal nak cover air mata meleleh...hihihi

depan sikit dari bus stop ni, jumpala fakulti husband aku..nasib baikla time aku nangis kat bus stop tu aku dan dia belum kenal lagi..hehehe

deretan blok bangunan fakulti mekanikal. seingat aku dulu, bangunan mekanikal la paling uzur..warna pun dull - kelabu asap. tapi sekarang dah cantik...cat pun baru lagi.


hujung je simpang dari jalan ni, terus jumpa bangunan ni!

dulu bangunan ni tak wujud lagi. dulu kat sini parking lot depan SUB (Student Unite Building - tempat semua persatuan student UTM). kalau waktu convocation, parents park keta kat sini. tapi sekarang dh ada bangunan..tak sure blok ni sapa punya. sama ada FKE atau FKM la..pasal 2 fakulti ni berdekatan.

sebelah bangunan baru tu, letaknya padang bola UTM.

aku ingat lagi, ada kes budak kena panah petir masa main bola time hujan renyai² kat sini..sayup kejauahan kat belakang sana tu la kolej kediaman aku..

then lalu stable kuda..ledai nasi goreng ladna makcik tu taktau ada lagi ke tak. yang aku pelik, camne hidung kami dulu kebal, boleh tahan bau taik kuda tu..tak geli pun nak jamah foods kat kedai makcik tu. huhu

stable kuda pun akan berwajah baru...yang kekal, jalan la..masih route yang sama. aku penah nampak adik beradik 'ambak' tu main kuda kat sini. diorang kan femes ngan equestrian sport. dulu akak senior roomate aku ajak join kelab equestrian. tapi ada kawan kata, nanti boleh rosakkan rahim. tak ley pregnant la..macam² lagi..so, cancel terus niat tu.

pas lalu stable kuda, kami ke lab aeronautik husband aku lak. nun di atas bukit..celah² bangunan fakulti elektrik..

macam hangar kapal terbang je rupa lab ni kan? tapi, mana kapal terbang nye???

o..ni dia..terus sara jerit, 'mama nak aik apal tibang!' amik ko..sabar ye, insyaallah bulan 4 ni kita naik kapal terbang ye nak!

tak lengkap ler kan kalau gi utm tak jenguk hostel aku kan??? so next destinasi, mana lagi kalau tak ke SEDUNDUN...femes blok ni. aku sebut nama blok ni kat bos aku pun dia tau! bayangkanla..hahaha

sedundun a.k.a s19 a.k.a blok kucing <--pasal time kami duduk, besepah anak kucing dengan taik dia! suka sgt berak depan pintu kitorang. to be safe, selipar kene masuk dalam bilik! bilik aku yang aku mark circle tu la! tingkap tu sentiasa dibuka 24jam..ditutup waktu hujan je! sebab tu bilik aku tu sejuk dan berangin je...nak usyar husband aku datang pun senang. l

lepastu, aku ngan roomate suka buat projek usyar orang dating depan blok kami ni..nak lagi time black out. ramaila tumpang usyar dari bilik kitorang. siap kitorang suluh lagi muka kaki dating tu ngan torchlight! kadang tu kitorang bosan sangat, siap buat drama lagi. aku jadi boy + yati jadi girl. pastu kami buatla dialog. kalau nampak couple tu nak gaduh, lagi rancak kami berdialog..aduii..sengal nya aku dulu eh.. hehehe ni pulak signboard utama nak masuk kolej aku..KTC a.k.a kolej 6 a.k.a KEMPAS.

tak masuk dalam la pasal dah lewat..nak turun jb lak pas ni.

nak keluar utm tu, kami ikut jalan lain..terus ke main road. kitorang lalu pintu keluar utm yang dah pun berwajah baru...

masa zaman aku study dulu, gate asal yang ditanda anak panah merah tu je. sekarang ni gate baru dah cun..

babai UTM. Sayonara..sampai ketemu lagi di lain masa.. TTYL..

panjangkan entry ni..entry pelepas rindu dendam ler katekan. hehehe

Monday, February 7, 2011

welcome back

sekarang ni, husband dan keluarga abang aku ada kat kompleks bunga raya, KLIA . menanti kepulangan anak buah aku dari mesir, refer previous entry.

tadi aku dah cek nama dalam laman web MKN, tapi nama dia tak termasuk dalam penerbangan pertama MAS dan AIRASIA..maybe next flight kot. janji dia dah keluar dari bumi mesir tu dah kira selamat lah sikit..

aku try message dia di Fb pun tak reply..hm..lost contact lagi. taktau apa cerita dia dari jeddah..

thanks to our government kerana mengambil tindakan ni...walau agak lambat, but better late than sorry, right?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...