Monday, February 14, 2011

boya!

korang pernah tengok boya live?

tak main la boya kat zoo.

ni boya depan mata. dekat giler..sekali dia lompat, ngap!!! ada yang 'dari Allah aku datang kepada Allah aku kembali'...

balik johor aritu, salah satu dari tempat terjah yang tak dirancang adalah taman buaya di teluk sengat, kota tinggi..antara taman buaya terbesar di malaysia (tak silap aku la)

tokey ladang boya ni bela boya dari zaman tok nenek dia, tahun 1979! aku pun tak idup lagi. kalau orang len bela lembu, kambing, ayam, itik..tapi dia ni sukakan cabaran..so dia bela la boya. :P

malas nak story..layankan aja video dan gambar² ni..


ni bukan cicak @ biawak ok!


ni la anak boya! gigi tajam wooo cam gergaji!



besaq woo boya ni. gambar ni nampak clear pasal aku zoom.

1 soklan teka teki, 'boya ada lidah tak????' kalau korang jawab takde, dah tu camne lak ada pokok lidah boya?? hahaha..jawab jangan tak jawab...fikir² kanlah..


pakcik dan makcik boya sedang berisitirehat. lepas ni boleh guna ayat 'tdoq menerap macam boya!' alternatif lain selain daripada 'belingkaq macam ulaq sawa!'

muka cuak sara!

perhatikan paras kandang ni dgn pinggang pil aku.tak tinggi mana tau! aku sendiri terkejut bila tengah syok record video, sedar² je ada boya kat tepi tempat aku berdiri ni!


video

lagi clip boya!

video
sara siap sebut 'yee..tepok tangan' lepas boya tu beraksi. apa ingat kita pi tengok sarkas ka sara???

nun di bawah kayu, ada nampak busut?
itu ler sarang telur boya! jangan carik pasai nak curi teluq dia. satgi mak boya naik ke darat ngamuk!

Hari panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Air jernih lubuknya tenang
Jangan disangka tiada buaya


eceh berpantun pulak! betul..pakcik tu kata ada 300+ boya dlm kolam ni. tu bukan tunggul kayu hanyut..tu boya tegah kuak lentang!

nak tau kepantasan boya membaham mangsa?? layan klip ni.
video
ada nampak bila mulut boya tu tutup? tak sempat pun kan? camtu la sekelip mata dia ngap!



ni anak remaja boya! tengah berdating kot. he he he

pakcik yang jaga kolam ni kata, boya ni dah umoq 150 tahun!

dalam gambaq ni tak nampak. kat luar nampak jelas, semua gigi dah takdak.
so kalau nak makan kena rebus ayam tu sampai hancur <-- ni aku auta ja. tah betui idak. tak berani la nak test hulur tangan, satgi dia ngap putus kalu sapa nak jawab! korang nak tau beza boya betina ngan jantan tak????
ni boya betina!

saiz badan pendek gemuk sikit.
muncung mulut pendek dan lebaq
ekoq pun pendek sikit.

yang ganas ni boya jantan!

gambaq tak clear sangat, boya tu tengah menggelepar bila pakcik tu usik ngan kayu.
boya jantan, badannya panjang
muncung mulut panjang dan rucing
ekoq pun panjang


boya ni da cerdik..kalau kita jerit 'DIAM', dok diamla dia dalam tu. kalau jerit 'NAIK', melompat² boya tu..tak caya??? cer korang tengok klip ni..tengokla boya tu bila aku jerit 'NAIK'..sara pun sibuk sebut 'NAIK' tapi boya tak pahamla orang cakap pelat ni! kih kih kih..

video

lepas tu pil aku sebut 'UP' boya tak naik, aku sampukla..'ayah, ni boya melayu. dia tak paham bahasa inggeris' :P

saja selit gambo sara dengan atok tersayang.

apala yang direpekkan oleh 2 bercucu ni (pasai tu atok ngan cucu, takbolehla guna 2beranak. :P)

gambaq penutup jalan-jalan cari boya kami.

peace tak menjadi buat boyfriend semua!

sila lah datang ke teluk sengat, kota tinggi kalau nak tengok boya live!

4 comments:

isabelle said...

ish..tetiba rasa meremang segala bulu tgk byk2 boya ni

CuppyCakeMommy said...

bestnya sbb boya tak keje tidor je macam kat zoo kan..

btw babe..i ada buat promotion puzzle sets for sara..jom terjah

mariaariffbaby.com said...

uit..banyak nya..
gebu2 lak tuh boya ni semua

Lin said...

isabelle,
hehe i pun geli sebenarynya tau..byk sgt boya!

siti,
memang best. semua boya jaga time ni.hehe.ok..nanti i cek.

maria,
bukan takat gebu, cerdas lagi. tu yg cepat je bertindakbls.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...