Friday, February 18, 2011

budak kecik pun ada perasaan


masa ambik sara dari taska semalam, aku perasan ada kesan gigitan kat pipi sara. bila tanya, kenapa dengan pipi ni? dia jawab, 'enish aikal wat'. aku faham, perkataan 'buat'. 2 lagi tu taktau ape.

bila tanya teacher, diorang pun inform..'oh, ada budak nama danish haikal gigit pipi alya, diorang rebut toys'...hm..sabar je la.

pagi ni hantar sara ke taska, aku perhatikan semua budak pakai baju cantik..perempuan berbaju kurung lengkap dengan tudung.. yang lelaki nya berbaju melayu sampin bagai..sara? mujur arini dia sempat mandi kat rumah, cuma arini sara pakai tshirt dan seluar cap redang island..alahai...mana aku tak terkilan, boleh dikatakan sara ni aku selalu pakaikan baju kurung kalau ke taska. tak perlu tunggu event special, cuma bila ada event di taska macam hari ni aku rasa terkilan lah juga...

lepas tu nampak parents hulur plastik + bekas makanan kat teacher..eh, ada apa² yang aku taktau ke pasal hari ni????

bila aku tanya member, arini ada sambutan maulidur rasul kat taska. sabar je la...2x aku terkilan..aku tak terima surat ape pun dari taska. kawan aku inform, surat tu diedarkan ari rabu. kebetulan ari rabu kami cuti, balik johor. tapi, sepatutnya teacher alert lah sikit. dah tau alya tak datang hari rabu, maklumkanla pada aku semalam.. ini tak..senyap je..mana aku tak frust? at least kalau tau, bolehla aku prepare ape yang patut malam tadi..paling koman pun goreng nugget ke buat sandwich ke pun jadilah..


2 perkara buat aku teriklan..
1 - anak aku kene gigit kat pipi, diorang tak maklumkan dulu sebelum aku bertanya.
2 - no surat, no pesan mulut, no reminder pasal sambutan maulidur rasul arini. masuk kali ni dah 2x sara miss sambutan maulidur rasul. tahun lepas pun camtu jugak.

aku dah maklumkan pasal perkara ni pada pengurus taska. hopefully, perkara camni tak berlaku la kat other parents @ students. maybe diorang rasa perkara ni kecik je..but psychology pada budak² tu? aku perasan muka sara tadi..dia tengok je semua kawan dia pakai berbeza dari dia...sure dia hairan kenapa hari ni kawan² dia pakai baju cantik, dia pulak pakai baju biasa je...kalau budak kecik dah mula faham perasaan tu, apa lagi kita yang dewasa ni kan?

lagi pulak, sekarang ni sara dah pandai cerewet. kalau nak pakai baju tu nak pakai baju cantik je manjang...sabar je la..kena shopping baju baru la camni tiap² bulan..botak la kepala mama camni..hehehe

9 comments:

lia said...

yup... paling penting jaga perasaan budak2... wpon nampak diorg mcm x paham tp perasaan diorg yg sgt2 penting utk d jaga.... sbb benda2 ni akan d bawa sampai ke besar...

e.l.i.s.s.m.i.e said...

alahai..kesian sara..tahun lepas boleh sambut lagi yer :)

isabelle said...

kdg2 kita pun tau anak kita pun lasak, tapi kalo ada anak org buat anak kita, bgtau la.
at least x la marah sgt mcm kita discover sendiri.grrr

Confession of a Coffeeholic Momma said...

serabut pikiran parents kalau kena face benda gini selalu. dah le kita ni byk benda lg nak di pikir lg.

hmm... bab anak terasa ni, kita kena jaga gak sebab time gini dia mula build self-esteem. kesian dia.

eRaY said...

huhu sure sara sedey. patut ade reminder, so sume anak-anak tak ketinggalan.

ezan said...

marea pun baru je kena gigit kat nursery. Tp cikgu dia takut sampai xsempatt jwb slm dah bgtau ezan. Heheee..

Pasal tersisih tu.. Kalo ezan pun ezan terasa. Apatah lg budak2 kan. X aware la cikgu sara tu. Kesian sara. . :(

mariaariffbaby.com said...

hope si pengasuh tuh lebih alert about this kan..and improve it

if kita pun sedih kan..macam tersisih lak..

Mama AqiL said...

hi lin...

kite mama aqil irsyad...ingat tak.
aqil irsyad this year baru masuk sini.

Lin said...

mama aqil,
oh..igt je awak. la awak pun masukkan anak kat situ ke.sorila ya,mungkin sya tak perasan..klu selisih tu tegur²la. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...