Tuesday, February 8, 2011

le tour de UTM

masa balik johor aritu, salah satu wish aku kan nak jejakkan kaki kat bumi utm, kat mana situlah tempat aku belajar menjadi SURVIVOR. petama kali jejakkan diri jauh ke selatan. dah la takde sedara mara terdekat. memang totally tempat tu asingla pada aku.

arwah mak penah kata kat abg aku masa dia belajar kat johor dulu. esok pi sana, bawak balik menantu johor kat mak. betambah la koleksi menantu mak dari negeri kat malaysia ni. tapi tu la, hajat mak tak sampai....mak pegi dulu tanpa sempat tengok anak bongsu dia ni yang bawak balik menantu johor. dan abg aku tu masih lagi single sampai sekarang ni..<-- ada yang nak masuk minang? sempat lagi iklan tu..hehe.

okla, let's start the tour! lepas je masuk gate utama yang dah diextend ke depan, kitorang lalu tepi tasik utm (tempat aku posing outdoor photoshoot masa wedding belah johor)..gambar lupa nak snap sebab aku tengok tak byk perubahan..cuma, ada kemudahan untuk orang ramai exercise..ni yang aku dengki ni. time aku dulu, takde pun!
cuma yang aku nyampah masa lalu kat gate tadi, mak guard tu kerek gile.. aku angkat tangan dia teragak² nak balas balik dengan muka penuh curiga. aku senyum pun dia tak balas..apala mak guard ni. sombong lak dia...

pastu lalu FAB (Fakulti alam bina), ada bangunan blok baru..tak pasti bangunan apa. masih dalam development.


jalan terus, sebelah kiri, nampak bangunan ni dekat kolej TTDI. ni pun aku tak pasti bangunan apa.


lepas tu, jalan depan lagi..there! di mana tempat aku menimba ilmu! kat mana aku bekubang siang malam kat lab simulasi nak siapkan final tesis!
dari kejauhan..sayup² mata memandang...


fakulti kesayanganku..FSKSM


main entrance..department aku KOMPUTER INDUSTRI kat sebelah kanan tu..


bawah je dari fakulti ni, jumpa N24. kat sini la tempat kuliah dari sem 1 tahun 1. kat sini gak la pernah terserempak dengan husband aku. main mata lagi. haha.yela, jarang dapat peluang jumpa time kuliah, memandangkan kami course lain²...kat N24 ni ada 3 fakulti yang selalu tumpang kuliah kat sini..budak chemistry, sc comp (aku) dan mechanical (husband).


opposite dengan N24 pula, bangunan lama FSKSM. masa 1st sem tahun 1 sempatla belajar kat sini. tak best, sempit, takde aircond.aku ingat lagi, rasa lemas + panas duduk berhimpit dalam 1 kelas kecik nak belajar math asas. seksa! sekarang dah jadi pusat komputer (dari aku tahun 3 kot dh tukar jadi pusat komputer utm).


lepas lawat fakulti aku, husband u-turn nak gi fakulti dia pulak. so amik jalan lain..lalu fakulti civil.

jumpala bus stop ni..

selalu gakla aku tunggu bas kat sini nak balik kolej..ada sekali tu, sempat lagi posing amik gambar kat sini sambil berharap dapatla kot terserempak dengan abg angkat aku!

pastu jalan depan lagi, jumpa fppsm kot (tak ingat nama fakulti ni). kat sini ramai budak TESL.kadang tunggu bas dengan diorang lah..

kalau kelas abis kul 6, boleh jam teruk kat sini!

jalan depan lagi...jumpala tempat bersejarah ni! aku pernah kongsi cerita perkara yang memalukan diri aku dalam blog ni. boleh rujuk entry ni. ni la bus stop bersejarah tu!
aku duduk kat hujung tepi tong sampah tu la dengan kepala tunduk ke bawah pasal nak cover air mata meleleh...hihihi

depan sikit dari bus stop ni, jumpala fakulti husband aku..nasib baikla time aku nangis kat bus stop tu aku dan dia belum kenal lagi..hehehe

deretan blok bangunan fakulti mekanikal. seingat aku dulu, bangunan mekanikal la paling uzur..warna pun dull - kelabu asap. tapi sekarang dah cantik...cat pun baru lagi.


hujung je simpang dari jalan ni, terus jumpa bangunan ni!

dulu bangunan ni tak wujud lagi. dulu kat sini parking lot depan SUB (Student Unite Building - tempat semua persatuan student UTM). kalau waktu convocation, parents park keta kat sini. tapi sekarang dh ada bangunan..tak sure blok ni sapa punya. sama ada FKE atau FKM la..pasal 2 fakulti ni berdekatan.

sebelah bangunan baru tu, letaknya padang bola UTM.

aku ingat lagi, ada kes budak kena panah petir masa main bola time hujan renyai² kat sini..sayup kejauahan kat belakang sana tu la kolej kediaman aku..

then lalu stable kuda..ledai nasi goreng ladna makcik tu taktau ada lagi ke tak. yang aku pelik, camne hidung kami dulu kebal, boleh tahan bau taik kuda tu..tak geli pun nak jamah foods kat kedai makcik tu. huhu

stable kuda pun akan berwajah baru...yang kekal, jalan la..masih route yang sama. aku penah nampak adik beradik 'ambak' tu main kuda kat sini. diorang kan femes ngan equestrian sport. dulu akak senior roomate aku ajak join kelab equestrian. tapi ada kawan kata, nanti boleh rosakkan rahim. tak ley pregnant la..macam² lagi..so, cancel terus niat tu.

pas lalu stable kuda, kami ke lab aeronautik husband aku lak. nun di atas bukit..celah² bangunan fakulti elektrik..

macam hangar kapal terbang je rupa lab ni kan? tapi, mana kapal terbang nye???

o..ni dia..terus sara jerit, 'mama nak aik apal tibang!' amik ko..sabar ye, insyaallah bulan 4 ni kita naik kapal terbang ye nak!

tak lengkap ler kan kalau gi utm tak jenguk hostel aku kan??? so next destinasi, mana lagi kalau tak ke SEDUNDUN...femes blok ni. aku sebut nama blok ni kat bos aku pun dia tau! bayangkanla..hahaha

sedundun a.k.a s19 a.k.a blok kucing <--pasal time kami duduk, besepah anak kucing dengan taik dia! suka sgt berak depan pintu kitorang. to be safe, selipar kene masuk dalam bilik! bilik aku yang aku mark circle tu la! tingkap tu sentiasa dibuka 24jam..ditutup waktu hujan je! sebab tu bilik aku tu sejuk dan berangin je...nak usyar husband aku datang pun senang. l

lepastu, aku ngan roomate suka buat projek usyar orang dating depan blok kami ni..nak lagi time black out. ramaila tumpang usyar dari bilik kitorang. siap kitorang suluh lagi muka kaki dating tu ngan torchlight! kadang tu kitorang bosan sangat, siap buat drama lagi. aku jadi boy + yati jadi girl. pastu kami buatla dialog. kalau nampak couple tu nak gaduh, lagi rancak kami berdialog..aduii..sengal nya aku dulu eh.. hehehe ni pulak signboard utama nak masuk kolej aku..KTC a.k.a kolej 6 a.k.a KEMPAS.

tak masuk dalam la pasal dah lewat..nak turun jb lak pas ni.

nak keluar utm tu, kami ikut jalan lain..terus ke main road. kitorang lalu pintu keluar utm yang dah pun berwajah baru...

masa zaman aku study dulu, gate asal yang ditanda anak panah merah tu je. sekarang ni gate baru dah cun..

babai UTM. Sayonara..sampai ketemu lagi di lain masa.. TTYL..

panjangkan entry ni..entry pelepas rindu dendam ler katekan. hehehe

11 comments:

dora said...

waaahhh.. sempat lagi tu ronda tempat belajar & tempat bercinta.. hehehehe.. best kan mengimbas kenangan lama... :)

lia said...

Aku jeles ha3

Sbb aku p hari tu, xde kesempatan nak masuk utm, penuh sgt aktiviti... Gayanya fakulti aku (fab) nak ada bldg baru tp jgn buruk mcm bldg b4 ni udah ha3

e.l.i.s.s.m.i.e said...

alahai..mengimbau tempat belajar..syoknya..aku pulak keja dan belajar dishah alam..kenangan mengusik jiwa jugak..hehehe

aanie said...

wah, teringatnya kat utm...thanx lin tunjuk gmbr2 ni...terubat jugak rindu..hehe...makin cantik la utm skrg ni...

lepas hbs study dlu xpenah lagi jejak kaki ke johor...rindu sgt nak g utm...

mamaDhea said...

tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat menuntut ilmu ye tak.. ;)

saya jugak sgt2 familiar dgn N28 tuh.. hihi.. insyaallah thn ni grad lah.. penat.. :P

azzamoro said...

i miss utm so much la. rindu zaman dulu2. nanti balik batu pahat nak round la pi utm.

mamaAliff @ salmi said...

terubat rindu aku kt utm lin bila tgk gmbr2 hg snap nih..dah lama dok plan dgn hubby aku nk ajap p, tp blm bksempatan lg huhu...lg terubat rindu bila tgk bangunan fsksm...huhu...makaseh lah yer...:) tp target bebila nk p rounddddd jgk!!!

Elyn said...

kat sini la 1st time hubby i bg bunga!!! hihi nostalgia....

Lin said...

dora,
hehe..dekat sgt umah mil ngan campus..tu yg ajak hsband singgah. sekali sekala.. :)

lia,
woaaa, jeles ke? hehehe...taktau pun ko pun utm jugak ye.hehehe..aah, fab ada bangunan baru.betul² kat depan parking lot (tempat pasar ramadhan utm).

eliss,
waaa ko lagila eh..keje kat campus dulu. lagila tetiap ari usya tempat dating.keh keh keh

aanie,
nanti turunla johor..cuti² malaysia, sekali boleh le tour de utm jugak :)

mamadhea,
wah..ramai jugak utm rupanya..awak pun bdk sc comp la eh..ni tgh buat master ke??

azza,
hahahaha..kita lagila sekelas dari 1st year (geng nama N), nanti ajak cik abg jalan² utm k..

umie,
hahaha..jgn taktau, ko ngan ex-bf ko yang berspek mata itam(tak silap aku budak FKE) tu la salah sorg couple yang aku ngan yati dok rajin skodeng tu weh..selalu sgt dating depan sedundun..wakakaka

elyn,
waaa kat mana tu elyn? kat mana u penah dapat bunga tu?cer bagitau spesific location..utm tu kan luas. he he

Hazniza Zin said...

huaaa......rindu seh kat UTM,sedundun, n24, fsksm ...owh ..ish .. bila la aku nk smpi sana neh???

Haura Malina said...

fuhhh, jumpa gak gamba bangunan fakulti utm. kat website utm sniri tak jmpe2. =.= sye copy ye, nak gune utk montaj. thankss !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...