Thursday, February 10, 2011

pasaipa ek???

teringat kenangan masa kat sedundun, utm dulu.

barry : eh, ko ade coklat tak?
sarah : ada. hang nak ka? sat no..
barry : boleh gak.
sarah : nah.
sambil hulur gula-gula.
barry : wei, ni gula-gula la..aku nak coklat.
sarah : laaa..hang nak cekelat yang tu ka. yang tu aku tak dak la...

aku gelak ja...hahahahahaha

barry : aku tension je dengan sarah tu.
aku : kenape?
barry : ade ke aku mintak coklat dia kasiknye gula-gula.
aku bantai gelak.
aku : hahaha...orang utagha memang ler camtu cik barry. diorang kata gula-gula dan coklat tu cekelat (coklat).
barry : ada sekali tu aku cakap nak makan roti la. sekali dia offer biskut kat aku.
aku bantai gelak lagi.
aku : hahaha..memangla, orang utagha sebut biskut tu pun roti. roti tu tetap roti. keh keh keh..

susah kan kalau berbeza loghat cam gini?

aku : aku tak faham soalan ni. bila kita nak pegi bilik lecturer ni?
ira : kita gi selalu
aku : apa yang selalunye? ko selalu ape? ape ko cakap ni..aku tanya lain, lain ko jawab.
ira : orang ganu kalu cakap 'selalu' tu maknenye 'sekarang'.
aku : lerr.................................patutler pong! konon nak tiru cakap diorang gak.


tahun 2003, aku ngan ija pernah ikut adik junior balik rumah dia kat ganu. lepas tu akak dia borang ngan kitorang.

kaklong : ija orang kl ye?
ija : aah.
kak long : lin orang johor kan?
aku : hahahaha..kenape kaklong kate saye orang johor ek?
kak long : bunyi cakap tu cam orang johor.
aku : takler kak long.. saye orang 'kejor yeop kejor!'

meeting dengan vendor semalam..borak ler luar topik keje.

aku : awak orang ganu eh.
vendor : camne tau?
aku : tadi kan awak ada sebut, ape name puang?
vendor : hehe..betul la tu. saya ganu.
officemate : akak orang kelantan tapi besar kat ganu, cakap pun dah campur.
aku : cube akak teka saye orang mana?
officemate : orang johor.
aku : aik..masuk kali ni ramai dah orang kata saya orang johor ni. pelik ni!

tah ler..aku rasa jumpe sape pun semua orang kata aku ni orang johor. tang mana nye johor pun taktaula..kawin ngan orang johor betul la..

kalau ikutkan memang aku asal perak, tapi perak utara dah bersempadan dengan kedah..masjid tempat aku akad nikah dulu pun kat selama kedah, bukan selama perak.he he he. so percakapan loghat aku kat rumah lebih ke utagha..

tapi, masa umur aku 9 tahun, aku stay dengan abang aku di perak tengah (tanjung tualang) for 2 years. kat sana aku alami kezutan..pertama kali keluar dari kampung la katakan. kat sana, loghat percakapan tak sama dengan kampung aku. dan, bila aku duduk sana baru aku tau rupanya arwah mak aku pun asal orang perak tengah (kampar), cakap 'deme, kome' dsbnya...

pastu naik sekolah menengah, aku belajar kat ipoh pulak. kat sana pun loghat percakapan macam tu gak..'deme...kome..'. mana tak tukar ke loghat peghak tengah wei, ada akak senior ni marah aku pasal loghat utagha aku pekat sangat! sampailah, aku dapat SBP kat sg petani. haa kat sini, kiranya aku dah macam balik ke rumpun asal la..cakap loghat utagha balik..hang la..pi la..pagaq la..tetiba aku teringat kisah roomate aku ni, reen.

masa tu reen ni jadi 'bawai' (kat sekolah tu, bawai tu bukan ikan bawal tapi pengawas sekolah!). ari ahad ada spot check dorm bersih ke tak. so reen ni pun tegurla dorm kitorang.

reen : ni, kenapa tak susun selipaq ni!

kami semua pakat tahan perut wei! lawak gila, orang perak tengah (dia asal ipoh) nak try cakap utagha tapi tak menjadi. ye la, mana tak pecah perut...mana ada word 'selipaq' kat sana..orang utagha sebut selipar, selipar la..ni mesti dia igt semua huruf 'r' pi tukaq jadi 'q'.

same case dengan husband aku la..orang johor nak try jadi orang utagha.

dia : tengokla raja lawak ni..kelakaq betui
aku gelak guling²....
aku : abang, mana ada orang utagha sebut kelakaq, orang sebut lawak la!
dia : oh yeke..bukan tukar jadi q ka?

kihkihkih...

aku rasa aku ni campak ke mana pun boleh transform lidah ikut loghat negeri tu kot. pasal tu aku rasa loghat percakapan aku flexible. jumpa orang utagha, lidah spontan cakap sana. kalau balik kampung pun camtu. kalau kat rumah aku sebut 'air', kat kampung spontan tukaq, 'arini nak minum ayaq apa??'

dengan sara, aku sebut 'air'..sebab bila aku sebut 'ayaq' dia blur....huhuhu..yela, dia kan asal sini. cakap pun loghat sini la..tapi tu la, aku tak jumpa lagi apa yang uniknya loghat kat sini. sebab, kebanyakan penduduk kat bandar ni pun dari kampung jugak macam aku!

satu je loghat yang aku tak berkenan nak belajar, --> KELANTAN! sorila ye orang² kelantan.hehe

4 comments:

isabelle said...

selipaq tu mmg melampau. sbb kita panggey 'slipper'.heheh

tapi yg 'kelakaq' tu, mmg jelas la bukan org utara.

my hubby selalu dia tanya dulu..sbb takut kena bantai gelak dgn i

nurul @ barry said...

hahaha... aku masih ingat cerita tue. mmg kelakar la...

Lin said...

isabelle,
tu ler..lenkali nak cakap tu tny org dulu.xdela termalu sendirik.kekeke

barry,
sampai skang aku igt barry..esp kalau aku jumpa orang kedah pekat loghat. hehe

Diyana said...

lagi 1 word yg slalo org luar 'kedah'kan tapi nampak sangat tak kene..

pasar,org tukar jd pasaq.hehe

org utagha kan sebab market...bkn pasaq.haha

*anak2 aku muka je sabahan,tp mcm yang sulung si damia tu..pekat naa slang kedah.


makkkk,nak ayaqq..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...