Wednesday, March 30, 2011

aku keciwa lagi

memang aku tak nak fikir pasal ni.
aku tau, kalau kita fikir sangat memang tak menjadi
tapi nak buat macam mana, tak boleh langsung nak kikis dari ingatan ni.

di mana silapnya?

Tuesday, March 29, 2011

Pecah rekod!


Muka dia nampak makin chubby tak? Mana tak..selera dah betambah kan. Petang tadi dah kasi makan nasi.. Tup tup kul 10.30mlm tadi dia request makan nasi lagi.. Pas makan nasi, dapat susu terus zzz... 

Lately dia dh tak bangun malam request susu dah.. Tido kami pun dah lama tak de gangguan.

pencapaian awal tahun 2011.

last week ada parent meeting di nursery sara. ni sesi pertama untuk tahun ni. dapatla tengok hasil kerja tangan sara. seems ok..teacher sara ada 2 org..teacher zaleha dan teacher ita. cuma masa meeting haritu, teacher ita kecemasan di kampung. so jumpa sorang je teacher..antara komen teacher tentang sara..

komen yang positif..

1. minat nak belajar dah ada. bila teacher tunjuk huruf, dia akan bunyikan huruf tu with contoh..let say 'a - ayam'. nusery ni ajar guna kaedah fonics..so sara belajar mengenal huruf dengan membunyikan sebutan huruf tu..

2. dah pandai buka dan pakai baju sendiri - yang ni aku dah sedia maklum lama dah..

3. pandai buka pampers sendiri - ini pun dah lama tau.

4. ambil berat tentang kawan dia - teacher cakap bestfriend sara ada 2 org iaitu esya dan danish haikal. kawan lain pun ada cuma dia lebih ingat nama diorang ber2. waktu menyusu, dia akan request kat teacher..'mana susu alya, danish, esya?' oh ok...

5. paling senang makan ubat tanpa dipaksa, habis mkn ubat baru minum air. - ni aku pelik..kat rumah ya allah bukan main liat! tapi bagusla dia camtu..tak susahkan teacher.

6. selera makan bertambah - sblm ni makan teacher suapkan. tapi since awal tahun haritu semua orang makan sendiri. teacher cakap sara siap request nasi tambah lagi!

7. dah pandai bagitau teacher nak kencing. - kat rumah pn camtu, kalau dia cakap nak kencing tu, kalau sempat aku bukakla pampers. tak lama lagi dah elok sangat potty train sara ni, dia pun dah 2 thn 8bln..

komen yang negatif.


1. nakal, kuat mengusik/rebut barang dgn kawan. brg dia sendiri, dia kedekut.. - sangat membimbangkan aku. teacher kata dulu dia tak macam tu tapi since dia close dgn sorg budak laki ni, dia jadi nakal. oh tidak..bekali ganda risaunya aku. teacher ada tny nak pisahkan ke mereka ber2? isk..pada aku tak perlu lah camtu. takkan la nak sekat kebebasan diorang..cuma aku pesan kat teacher tlg tengokkan sara. mana yang tak betul tu, teacher tegur. kalau perlu tegas, teacher bertegaslah, kami takkan marah sebab kami tau niat teacher nak membentuk/mendidik anak kami.

2. banyak main - waktu teacher mengajar, dia kelam kabut nak main jugak..buat homework pun kelam kabut.

3. kalau kena marah, dia tenung teacher macam nak telan sampai teacher tu sendiri takut ngan sara- hm...peel ni bukan kat teacher je. kalau aku/husband marah pun dia akan buat peel yang sama tanda protes..aku naik risau, dia dah mula nak tunjuk 'keras kepala'..biasanya utk redakan ketagangan, aku akan tarik tangan dia dgn lembut..mula2 mmg dia akan berkeras..lama2 dia mengalah. bila dh cool down, aku akan slow talk tegur perlakuan dia yang tak baik tu.

4. kalau kencing dia bgtau, kalau berak dia diam lak! - aduii..peel ni bukan kat sekolah je dia buat. kat rumah pun sama. aritu dia nyorok balik langsir..peel berak dok diam2 ni menurun tabiat kakak aku masa dia kecik la ni. hahaha

itu je la yg aku ingat..apa pun aku harap sara akan jadi anak yang baik. paling penting dia dengar/patuh cakap teacher sepanjang sara dalam jagaan mereka. berkali-kali aku pesan kat sara. tiap kali antar dia gi sekolah, mesti aku pesan kat dia..'jaga diri baik2, dengar cakap teacher, belajar rajin2, main dgn kawan baik2, mama sayang sara' <--sebolehnya aku nak elak guna perkataan 'jangan/no'....

tang akademik tu terlalu awal nak judge. kepandaian/kemahiran budak berbeza..lagipun tak baik aku nak compare anak aku dgn anak orang lain. lagipun usia sara masih muda..aku tak nak push sangat. sbg ibu bapa, setiap org perlu berbangga dengan anak masing-masing. lagipun, merekala sandaran kita pada hari tua kelak.

nota : dapat juga aku bebel panjang lebar dalam blog arini sebabkan aku mc..terkena sakit mata pulak. berjangkit dgn sara la ni kot. huhu

Hye


Rindu saye tak?

Thursday, March 24, 2011

Setaq!

Best! Kecur liur tak?

Ni memang buah fav aku..terutama jambu tuh. Masa pregnant dulu punyala teringin nak makan tapi tak dapat.. Dah besalin,time pantang besepah lak..

So,blk kg aritu ape lagi.. Belasah tak hingat!

Pastu, rasekan ngilunya gigi time gosok gigi!

Wednesday, March 23, 2011

merah mata putih sara

penat,
letih,
malas,
semua ada..complete set.
balik kampung yang lepas, banyak makan je.
rasanya kalau timbang berat skrg ni, mau naik. walhal dok kat kampung 3 hari je pun. tapi keja ape lagi nak buat kat sana selain dari makan, tidor?
asal balik perak, mesti atur menu apa nak makan..kalah orang mengandung. paling best, dapat makan buah setaq!

cuma yang tak best, 2nd day di kampung. 2-2 belah mata sara merah. pegila klinik, doc bagi ubat titik, ubat batuk dan ubat gatal. kalau gatal, sara tak pulak gosok² mata tu. mata dia pun tak de tahi. so bukan sakit mata. bila tak puas hati, balik je rumah aritu terus ke annur. doc habibah tu terus suspect 'sara asthma'..so..aritu, sara kena sedut gas lak. melalak tak ingat. nasib ada papa tolong pegangkan..

cuma aku risau. until now merah biji mata masih tak surut....ada tak sesiapa yang pernah alami perkara yang sama macam ni?

kalau tak ok juga, arini nak pegi klinik balik..

Wednesday, March 16, 2011

kesedihan itu indah..

1-2 hari yang lepas, aku rasa sedih + frust.
but today, i can see the 'hikmah'.

jauh di lubuk hati ni terdetik satu ketenangan jiwa.


i love this quote and like to share with readers..

"Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Bekerjalah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil"


Sesungguhnya, Allah itu Maha Mendengar. Dia amat Pemurah lagi Amat Mengasihani dan Menyanyagi hamba-Nya. Tabahkanlah hatimu lin. terima semua ini sebagai dugaan yang akan mematangkan dirimu.

Tuesday, March 15, 2011

homestay baiduri

Nak tolong promote homestay ni on be half kawan i..
http://baidurihomestay.blogspot.com/

kalau ada yang berminat bolehla contact Izzah 012-9341282

Friday, March 11, 2011

aku yang shy² cat. :P

bila dah lama tak jumpa (seminggu je pun),
terasa macam malu² alah la pulak..

tersipu²..
serba tak kena...

ibarat jatuh cinta pandangan pertama la pulak.kihkihkih

*betul gak orang kata, sesekali berjauhan ada baiknya. boleh mengeratkan hubungan suami isteri. so, lepas ni kalau dia outstation lama kenala paksa rela redha kan aje...*

Thursday, March 10, 2011

mak budak pun gelisah,ape lagi la si anak..

malam tadi, dalam pukul 9.30 macam tu sedang aku dan sara baring depan tv hall..tiba-tiba kat luar rumah dengar bunyi keta masuk dlm porch. tapi alarm kunci keta sorang tu takde bunyi. kalau senyap tu aku taulah, bukan orang yang kami tunggu dari hari khamis lepas tu..lagipun, orang tu masih lagi kat site.

bila dengar je orang tu bukak kunci pintu, si sara ni pun kalut juga nak bangun, walhal mata dah mengantuk tu...pastu cakap..'e-eh, papa alik'. aku pujukla dia, 'bukanla..cik pek tu. papa keje lagi'.

bila masuk je orang tu dalam rumah, terus si kecik tu hampa..rupanya bukan insan yang dirindunya..nasib baik tak merengek. pastu aku pun ajakla dia masuk tido awal. yela, kalau sara pun frust lagi² la mama dia kan..huhu. sengih lebar sampai ke telinga dah tukar jadi muka ketat!


ibarat menunggu bulan jatuh ke riba!

pastu, bila mata pun dah melayu aku pun tidola...tapi tula, tido tak berapa nak lena. seingat aku, last aku tido² ayam ni masa sara masih baby dulu je..tapi malam tadi, senang je aku terjaga..adala dalam 4-5x. bila jaga je, tengok hp..huhu..tup² dalam kul 5.20pagi, terbaca sms dari orang tu send pukul 4.03pagi, 'baru bertolak dari penang'. hm..memang tak sempat jumpa la..

sampai tertido sara menunggu kepulangan papa

so, insyaAllah petang ni la dapat jumpa dia. cepatler pukul 5. huhu..

yang paling penting, dah siap pesan kat dia, hari ni jangan balik lambat! kalau boleh kul 5 tu minta dia cabut dari opis even aku tau adalah mustahil untuk dia balik seawal tu..paling awal pun lagi 5-10minit nak maghrib. huhu

nasibla badan..dah dapat laki yang komited sangat ngan keja dia, terima je la seadanya..moga dengan keikhlasan hati dia buat keja tu makin murah rezeki kami anak beranak.

*so, malam tadi tu takde makne ye malam samis ke ape ok. kihkihkih*

Wednesday, March 9, 2011

Rabu tanpa kata

Today, i feel soooooooooooooooo happy!


orang tu nak balik rumah daa arini...yeah!yeah!

Monday, March 7, 2011

berderau darah aku

ok..ni sambungan entry tadi..baru je sebut suspicious tak tentu pasal aku ni kan?

korang kata aku ni kuat cemburu? hehe...isteri mana tak cemburu wei..kalau takde perasaan tu, tak sayang la namanya tuh...

pas balik lunch tadi, tengok ada miscall kat hp aku ni.

aku pun return call la balik.

si dia tengah lunch.

aku tanyala makan apa?

tau dia jawab apa???

NASI KENDURI!

tebeliak bijik mata aku! sapa pulak yang kenduri kat sana ni?

dia kata, 'entah..kat sini diorang panggil nasi kenduri. vendor belanja..'

aku plak spontan cakap..'oh..ingatkan ada yang kenduri kat sana.'

'nanti balik, ada gak yang kena kenduri kang!'<--ni aku jawab dalam hati je la..huhu ok..so, nk tnyla isabelle, u orang penang kan? apa dia nasik kenduri tu?? habaq mai sat!

cepatla balik! jangan bikin aku tak keruan!

syoh3x!!!

banyak sangat dah habuk..sawang kat rumah ni..lelabah pun banyak. kekeke

almaklumler tuan rumah busy berkursus minggu lepas..

pulak tu takde mood la..my love outstation lagi. tension! ad hoc je peginya..

dah 4ari tak tengok muka dia..pagi semalam last 3g call. nampak muka bulat je..senang hati nampak???

yang paling buat aku terkesima tu, outstation kali ni ada budak pempuan ikut..tekujat mak bila turun tangga rumah tengok ada pempuan tengah solat kat bilik bawah....<--dia tumpang solat asar, cuma aku tak boleh terima hakikatnya apa kes ko solat tak tutup pintu dik oi???

dan hatiku mula lah tak keruan!!!!!! dia tak bagitau pun ada sorg budak pempuan follow dia ngan sorg lagi lelaki ni turun site...nasib baik ber-3..kalau ber-2 je, harus aku amik emergency leave ikut sama!

muahahaha...

bagus gak cemburu, itu tandanya kasih dan sayang yang masih kuat!

cepatler balik...bos dia pun berpadala sikit, arahan mengejut pulak tu dateline pun tak nampak bayang. kalau selagi tu tak solve, alamatnya nak kena berkampung halaman ke kat sana?? pulak tu, laki aku tu species bila dah buat keja tu tekun sampai kadang lupa nak call/sms tny khabar kami. dah kena peringat barula dia sedar ke pangkal jalan..hm..

sara pulak time papa takde ni mula la kerenah macam-macam. sikit² bila kena marah ngan mama, mula la nangis nak papa..amboi..dia pun nak tunjuk protes sama? abis sangat, mama ni gakla kena pujuk balik..nak merajuk sampai ke mana pun kan. bukannya papa awak tu boleh terpacul depan mata sekelip mata camtu je. dahla tak mo cakap lagi. nanti mak emo lak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...