Thursday, March 10, 2011

mak budak pun gelisah,ape lagi la si anak..

malam tadi, dalam pukul 9.30 macam tu sedang aku dan sara baring depan tv hall..tiba-tiba kat luar rumah dengar bunyi keta masuk dlm porch. tapi alarm kunci keta sorang tu takde bunyi. kalau senyap tu aku taulah, bukan orang yang kami tunggu dari hari khamis lepas tu..lagipun, orang tu masih lagi kat site.

bila dengar je orang tu bukak kunci pintu, si sara ni pun kalut juga nak bangun, walhal mata dah mengantuk tu...pastu cakap..'e-eh, papa alik'. aku pujukla dia, 'bukanla..cik pek tu. papa keje lagi'.

bila masuk je orang tu dalam rumah, terus si kecik tu hampa..rupanya bukan insan yang dirindunya..nasib baik tak merengek. pastu aku pun ajakla dia masuk tido awal. yela, kalau sara pun frust lagi² la mama dia kan..huhu. sengih lebar sampai ke telinga dah tukar jadi muka ketat!


ibarat menunggu bulan jatuh ke riba!

pastu, bila mata pun dah melayu aku pun tidola...tapi tula, tido tak berapa nak lena. seingat aku, last aku tido² ayam ni masa sara masih baby dulu je..tapi malam tadi, senang je aku terjaga..adala dalam 4-5x. bila jaga je, tengok hp..huhu..tup² dalam kul 5.20pagi, terbaca sms dari orang tu send pukul 4.03pagi, 'baru bertolak dari penang'. hm..memang tak sempat jumpa la..

sampai tertido sara menunggu kepulangan papa

so, insyaAllah petang ni la dapat jumpa dia. cepatler pukul 5. huhu..

yang paling penting, dah siap pesan kat dia, hari ni jangan balik lambat! kalau boleh kul 5 tu minta dia cabut dari opis even aku tau adalah mustahil untuk dia balik seawal tu..paling awal pun lagi 5-10minit nak maghrib. huhu

nasibla badan..dah dapat laki yang komited sangat ngan keja dia, terima je la seadanya..moga dengan keikhlasan hati dia buat keja tu makin murah rezeki kami anak beranak.

*so, malam tadi tu takde makne ye malam samis ke ape ok. kihkihkih*

3 comments:

Confession of a Coffeeholic Momma said...

huhuhu.... mmg budak gini kan? Miya selalu kul 5-6 tu dia akan mula resah & dengar aje pintu gate apartment ni, dia kata papa blk. yg betul2 mencabar tu time papa dia pegi outstation bulan lepas, blk weekend aje. tiap2 mlm kata papa blk. ada times terjaga tghmlm jerit nak papa. so tak pasal2 kena skype dgn papa dia tgh mlm tu. kita pun nangis gak sebab terharu.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

anak aku pun sama , kalo aku tipu dia ckp abah dia balik, mesti dia meraung..hahaha

selalu membebel abah dia lambat balik :p

suami aku pun selagi tak isyak,tak balik :( komited sungguh kerjanya..

*mlm ni mlm jumaat ;p

bonda dadif aka akish said...

alallal..sian dak tecik menunggu kan....

tp lg sian kat ibunye..

=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...