Wednesday, March 23, 2011

merah mata putih sara

penat,
letih,
malas,
semua ada..complete set.
balik kampung yang lepas, banyak makan je.
rasanya kalau timbang berat skrg ni, mau naik. walhal dok kat kampung 3 hari je pun. tapi keja ape lagi nak buat kat sana selain dari makan, tidor?
asal balik perak, mesti atur menu apa nak makan..kalah orang mengandung. paling best, dapat makan buah setaq!

cuma yang tak best, 2nd day di kampung. 2-2 belah mata sara merah. pegila klinik, doc bagi ubat titik, ubat batuk dan ubat gatal. kalau gatal, sara tak pulak gosok² mata tu. mata dia pun tak de tahi. so bukan sakit mata. bila tak puas hati, balik je rumah aritu terus ke annur. doc habibah tu terus suspect 'sara asthma'..so..aritu, sara kena sedut gas lak. melalak tak ingat. nasib ada papa tolong pegangkan..

cuma aku risau. until now merah biji mata masih tak surut....ada tak sesiapa yang pernah alami perkara yang sama macam ni?

kalau tak ok juga, arini nak pegi klinik balik..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...