Tuesday, March 29, 2011

pencapaian awal tahun 2011.

last week ada parent meeting di nursery sara. ni sesi pertama untuk tahun ni. dapatla tengok hasil kerja tangan sara. seems ok..teacher sara ada 2 org..teacher zaleha dan teacher ita. cuma masa meeting haritu, teacher ita kecemasan di kampung. so jumpa sorang je teacher..antara komen teacher tentang sara..

komen yang positif..

1. minat nak belajar dah ada. bila teacher tunjuk huruf, dia akan bunyikan huruf tu with contoh..let say 'a - ayam'. nusery ni ajar guna kaedah fonics..so sara belajar mengenal huruf dengan membunyikan sebutan huruf tu..

2. dah pandai buka dan pakai baju sendiri - yang ni aku dah sedia maklum lama dah..

3. pandai buka pampers sendiri - ini pun dah lama tau.

4. ambil berat tentang kawan dia - teacher cakap bestfriend sara ada 2 org iaitu esya dan danish haikal. kawan lain pun ada cuma dia lebih ingat nama diorang ber2. waktu menyusu, dia akan request kat teacher..'mana susu alya, danish, esya?' oh ok...

5. paling senang makan ubat tanpa dipaksa, habis mkn ubat baru minum air. - ni aku pelik..kat rumah ya allah bukan main liat! tapi bagusla dia camtu..tak susahkan teacher.

6. selera makan bertambah - sblm ni makan teacher suapkan. tapi since awal tahun haritu semua orang makan sendiri. teacher cakap sara siap request nasi tambah lagi!

7. dah pandai bagitau teacher nak kencing. - kat rumah pn camtu, kalau dia cakap nak kencing tu, kalau sempat aku bukakla pampers. tak lama lagi dah elok sangat potty train sara ni, dia pun dah 2 thn 8bln..

komen yang negatif.


1. nakal, kuat mengusik/rebut barang dgn kawan. brg dia sendiri, dia kedekut.. - sangat membimbangkan aku. teacher kata dulu dia tak macam tu tapi since dia close dgn sorg budak laki ni, dia jadi nakal. oh tidak..bekali ganda risaunya aku. teacher ada tny nak pisahkan ke mereka ber2? isk..pada aku tak perlu lah camtu. takkan la nak sekat kebebasan diorang..cuma aku pesan kat teacher tlg tengokkan sara. mana yang tak betul tu, teacher tegur. kalau perlu tegas, teacher bertegaslah, kami takkan marah sebab kami tau niat teacher nak membentuk/mendidik anak kami.

2. banyak main - waktu teacher mengajar, dia kelam kabut nak main jugak..buat homework pun kelam kabut.

3. kalau kena marah, dia tenung teacher macam nak telan sampai teacher tu sendiri takut ngan sara- hm...peel ni bukan kat teacher je. kalau aku/husband marah pun dia akan buat peel yang sama tanda protes..aku naik risau, dia dah mula nak tunjuk 'keras kepala'..biasanya utk redakan ketagangan, aku akan tarik tangan dia dgn lembut..mula2 mmg dia akan berkeras..lama2 dia mengalah. bila dh cool down, aku akan slow talk tegur perlakuan dia yang tak baik tu.

4. kalau kencing dia bgtau, kalau berak dia diam lak! - aduii..peel ni bukan kat sekolah je dia buat. kat rumah pun sama. aritu dia nyorok balik langsir..peel berak dok diam2 ni menurun tabiat kakak aku masa dia kecik la ni. hahaha

itu je la yg aku ingat..apa pun aku harap sara akan jadi anak yang baik. paling penting dia dengar/patuh cakap teacher sepanjang sara dalam jagaan mereka. berkali-kali aku pesan kat sara. tiap kali antar dia gi sekolah, mesti aku pesan kat dia..'jaga diri baik2, dengar cakap teacher, belajar rajin2, main dgn kawan baik2, mama sayang sara' <--sebolehnya aku nak elak guna perkataan 'jangan/no'....

tang akademik tu terlalu awal nak judge. kepandaian/kemahiran budak berbeza..lagipun tak baik aku nak compare anak aku dgn anak orang lain. lagipun usia sara masih muda..aku tak nak push sangat. sbg ibu bapa, setiap org perlu berbangga dengan anak masing-masing. lagipun, merekala sandaran kita pada hari tua kelak.

nota : dapat juga aku bebel panjang lebar dalam blog arini sebabkan aku mc..terkena sakit mata pulak. berjangkit dgn sara la ni kot. huhu

1 comment:

Eyein-chentA said...

salam kak..
saya Ain.. dari Presint 11..
Kalau akak tak keberatan, boleh tak kalau akak sudi bagitau saya, kat Taska mana akak hantar anak akak.. Anak saya umur 6 bulan.. Buntu dah saya mencari Nurseri/Taska sekitar Putrajaya ni..

Sorry kak, if saya ganggu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...