Tuesday, April 26, 2011

cubaan potty training sara

lweekend yang lepas, 2nd try potty train sara.

petama kali tak pakai diapers dia marah siap tanya, 'mana ampers alya?'
aku jawab, 'arini sara tak yah pakai pampers. nak kencing/berak bagitau mama'.

dia pun siap demo kat aku dengan gaya berbisik (tangan letak kat mulut), suara pun diperlahankan..'mamaaa,alya nak encing'. pastu gelak².. lega aku, bagus, tanda dia dah paham..

2minit lepas tu, 'alya, jom p toilet, alya kena kencing'.
mencangkungla dia dalam toilet tapi tak jugak keluar²...dah tak keluar tu, sarungla seluar balik.

alih² tak dan sampai 2-3minit, anak sedara aku angkat comforter dengan remote astro ke dapur, 'kenapa pulak tu?'
anak sedara aku kata, 'dia dah kencing pun atas ni' (remote dan comforter)'.

sara buat muka tak bersalah..hadui, 'kan mama kata nak kencing bagitau'.

lepas tu pakai seluar + baju baru. aku pesan lagi, 'nak kencing cakap tau. jangan diam je macam tadi tu'.

aku pun mop la lantai yang kena kencing tadi. alih² dengar sara panggil, 'mama ni...' sambil tangan tunjuk ke lantai yang basah.

'ya allah, kat sini pulak dia kencing.'

buat kali ke-2 sara kena cangkung kat dalam toilet tapi tak jugak dia kencing. aku pun tukarla seluar + baju baru.

'sara nak nasi tak? mama suapkan'.

tak sampai 5minit, tengah² makan tu aku perasan lantai tempat sara duduk basah.. aku raba seluar dia, 'basah lagi? kenapa kencing tak cakap ni?'

penat..penat..cukup 3x dia kencing abis kena comforter semua..lepas lunch, mandikan sara, pakaikan pampers, kasi susu suruh dia tido..

misi kali ni gagal lagi. huhu..


ada tips tak camne cara yang betul nak potty train?

Friday, April 22, 2011

hari baik aku.

sunyi sepi je blog ni. tuan dia makin malas..bukak blog pun dah jarang. ni pun tulis blog dr emel.
nak update cerita bercuti ke kuching pun malas. sapa yang ada akaun fb aku tu, pi jenguk kat fb aku dahla. tak kose nk update blog bagai.

alhamdulilah, urusan hari ni dipermudahkan walaupun aku bwk keta mcm ribut. cuma yg menduga kesabaran tu parkingla seksa sikit. kena menapak jauh sikit..
urusan di bank rakyat pun jadi mudah sebab orang bank yang baik hati sudi juga bagi permission utk aku beli saham bank as yg dikecohkan org 1-2minggu lepas..
semoga tuhan je dapat balas jasa baik encik yang baik hati tadi tu..

okla nak bebel itu aje. petang ni/esok nak pegi klinik.. naik risau, tadi buang air kecik ada darah..pastu rasa sakit. janganla sakit bukan²...baru je sakit mata, jgnla mc lagi. tak larat la nak betapa kat rumah lama²...nanti keja kat pejabat pun tegendala.

plan hujung minggu ni? taktau lagi nak buat apa..husband outstation ke jb pulak. last week sehari sblm flight ke kuching, sempat lagi outstation ke penang. hm..penatnye..camne acik nak planning anak ni kalau laki asyik outstation je....next month awal² dia dah mention akan ke miri dan kuching. seksa jiwa raga aku mendengarnya. kalau aku ni tak keja, boleh je nak follow dia p sana sini. cuba korang kasik tips sikit esp pada isteri² yang kerap laki takde kat umah ni..

Saturday, April 9, 2011

Pantang!


Asal nampak mama on lappy dia pun kalut.. Dah pandai request nak tgk upin ipin..huhu. Alamatnya mama mmg kena update blog guna hp je la..tu yg pendek2 je entry lately ni.. Nak buat camne, mama dh tak bebas lg. Sara dah take over lappy mama..hm,layankan aje.

Thursday, April 7, 2011

Mata ini


Lagi cerita mata yang masih sakit. Termasuk hari ni dah 11hari mata ni sakit.. 8hari juga tak masuk pejabat. Semalam pegi gak pakar ophto. Doc siti is a nice person. Dia bising jugak, kenapa dah byk ari sakit diorang tak refer kes aku ke dia. Abistu nak buat mcm mana..aku pegi hospital tu dah 3x tapi sekali pun diorang tak suggest ke pakar. Pegi klinik gov pun sama, lagi bagus doc tu jwb tggu lepas 3minggu baru refer ke pakar. Masak la nak tggu sampai 3minggu pulak. Yang runsingnya sebab dah lama tinggalkan pejabat. Stress makin berganda rasanya. Last2 aku pegi klinik biasa minta doc tu keluarkan reference letter. Doc tu tak byk songeh pulak even dia pun suggest pegi pakar sebab dah byk hari sakit.

So bebalik kisah rawatan dgn doc siti smlm, dia maklumkan mata aku tak berselaput which is good.. Cuma, kat anak mata hitam aku tu ada luka berbintik2 halus. Lepas ni kena ctrl tgn ni jgn tekan lap mata dgn kuat..kalau tak luka yg ada tu makin worst.. Hm..end up doc bg mc lg 2ari...

Saturday, April 2, 2011

Its getting worst!


Bangun tido pagi tadi mata yg sakit tu makin teruk.

Semalam dah gi hosp,doc tukar ubat lain..pas makan ubat baru tu jadi bengkak mcm ni.

Gi hosp balik, doc bg ubat surut bengkak je.. Nk gi pakar, isnin baru ada. Sabar je...

Friday, April 1, 2011

Sepet


Apa yang sepetnya?
Tengokla mata kanan aku tu. Dah tak larat nk bukak.
Ikut hati nak pejam 24jam..
Mata oh mata..bila nak sembuh ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...