Tuesday, April 26, 2011

cubaan potty training sara

lweekend yang lepas, 2nd try potty train sara.

petama kali tak pakai diapers dia marah siap tanya, 'mana ampers alya?'
aku jawab, 'arini sara tak yah pakai pampers. nak kencing/berak bagitau mama'.

dia pun siap demo kat aku dengan gaya berbisik (tangan letak kat mulut), suara pun diperlahankan..'mamaaa,alya nak encing'. pastu gelak².. lega aku, bagus, tanda dia dah paham..

2minit lepas tu, 'alya, jom p toilet, alya kena kencing'.
mencangkungla dia dalam toilet tapi tak jugak keluar²...dah tak keluar tu, sarungla seluar balik.

alih² tak dan sampai 2-3minit, anak sedara aku angkat comforter dengan remote astro ke dapur, 'kenapa pulak tu?'
anak sedara aku kata, 'dia dah kencing pun atas ni' (remote dan comforter)'.

sara buat muka tak bersalah..hadui, 'kan mama kata nak kencing bagitau'.

lepas tu pakai seluar + baju baru. aku pesan lagi, 'nak kencing cakap tau. jangan diam je macam tadi tu'.

aku pun mop la lantai yang kena kencing tadi. alih² dengar sara panggil, 'mama ni...' sambil tangan tunjuk ke lantai yang basah.

'ya allah, kat sini pulak dia kencing.'

buat kali ke-2 sara kena cangkung kat dalam toilet tapi tak jugak dia kencing. aku pun tukarla seluar + baju baru.

'sara nak nasi tak? mama suapkan'.

tak sampai 5minit, tengah² makan tu aku perasan lantai tempat sara duduk basah.. aku raba seluar dia, 'basah lagi? kenapa kencing tak cakap ni?'

penat..penat..cukup 3x dia kencing abis kena comforter semua..lepas lunch, mandikan sara, pakaikan pampers, kasi susu suruh dia tido..

misi kali ni gagal lagi. huhu..


ada tips tak camne cara yang betul nak potty train?

3 comments:

Nieza Ishak said...

Lin, cuba brief teacher bgtahu minta tolong trainkan dulu sbb anak2 nieza teacher yang train dulu. Bila kat rumah kita just continue.

budak2 ni kalo ada kawan2 derang pandai ekut. tahu time bila masuk toilet .. bila time nak pee.

time zulaikha aritue mmg senang sgt nak potty train dia sbb dia ekut kwn2 kat nursery.

intanmaria said...

huhuhuhu..kita tak train potty lagi si ecah..aduih la..baca story awak pun,mmg menguji iman and kesabaran jek kan..

Lin said...

tq nieza, sya dh tny kat teacher. tapi diorang cakap dah umur 3 tahun baru mula poty train.

intan,
tu la pasal..kena byk besabar nk ajar anak ni.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...