Tuesday, May 31, 2011

still alive

pening kepala buat kerja..so, nak take a break jap! can't wait to see gynae this coming thursday. dah book appointment di HPANH. hopefully everything just fine! please pray for me, my dear friend...


Friday, May 27, 2011

sukar mengandung selepas menghidap endometriosis?

Jawapan yang Dr Raja beri benar² buat aku risau.....



---------- Forwarded message ----------
From: Dr Raja Juhaidah Abdullah <drju99@gmail.com>
Date: 2011/5/26
Subject: Re: sukar mengandung selepas menghidap endometriosis
To: ladyheart2612 <ladyheart2612@gmail.com>


puan boleh menjalani laparosocpy untuk memastikan endometriosis puan tidak merebak kesalur peranakan. ia boleh menjejaskan kesuburan puan. jumpalah doktor untuk pemeriksaan


2011/5/24 ladyheart2612 <ladyheart2612@gmail.com>

Asalamualaikum Dr.

Saya berumur 28 tahun dan telah mempunyai seorang cahayamata berusia 3 tahun. untuk pengetahuan dr, semasa saya sedang mengandung anak pertama dahulu doctor telah mengesahkan saya menghidapi endometriosis yang tumbuh di luar tiub fallopio kiri saya. dan cyst tersebut telah dibuang semasa kandungan saya berusia 11minggu. doc mengesahkan tiada side effect di mana tidak mengganggu kesuburan saya.

saya mengamalkan perancang secara semula jadi selama 2 tahun. saya menyusu badan anak saya selama 1 tahun 8 bulan. haid saya datang semula ketika anak berusia 5bulan lagi. jadi, saya menjangkakan saya tidak bermasalah. setelah merancang selama 2 tahun, pada tahun ini bermula dari awal januari saya dan suami telah berusaha untuk hamil anak kedua. namun setelah 5bulan berlalu, masih gagal.

saya ingin bertanya kepada doc, adakah mungkin tedapat kemungkinan daripada operation yang telah saya jalani dahulu menganggu kesuburan saya? perlukah saya berjumpa doc semula untuk follow up masalah ini? harap doc dapat menjawab kemusykilan saya ini.

tq & regards,
Lin




Thursday, May 12, 2011

addicted!

sian blog ni..tuannya malas nak menulis. idea banyak tapi mood nak menulis mmg takde..

cik abang outstation lagi..utk kali ke berapa ya? ntahla..aku pun tak pasti..tapi senang cerita, tiap² minggu mesti tak complete 7days @ home. this week 5 hari di kuching...

buat petama kali mlm tadi aku dan sara dinner ber2 je di sharin low. sampai waiter tu tanya 2-3x soalan yang sama kat aku..'2 orang ni je kak?'. yela dik. nasib baik sara well behave. sara ni ok je. kalau papa dia takde, memang well behave..so maknanya, sara ni kalau ber2 je ngan mama dengar je kata..tapi kalau papa ada, mula la mengada²..buat peel macam²..manja, anak papa la katakan.

oh ya..lagi menambah kemalasan nak menulis blog ni sebab tuannya asyik masyuk melayan drama melayu..kahkahkah..



Dia bukan maryam..of course la sebab my fav hero - fahrin ahmad. kehkehkeh..lagi pulak kebetulan birthday cik abang 2mei..fahrin pulak 9 mei. 2-2 berbintang taurus. :P


suka tengok gelagat belagak macam bagus beto kushairy.. :P


sapa lagi..aaron aziz, minat dia ni dari drama cinta bollywood (drama singapore). time tu pun dia belum lagi masuk malaysia. kebetulan kat utm johor dulu rajin layan drama dari negara seberang.

lawak pulak rasanya..why now i'm addicted to malay drama eh? sampai ada sekali tu, cik abang sound..'jadi²la..tengok tv tu' hehehe...abis tu, nak buat ape lagi. dah cik abang takde kat umah. layan tv je la jawabnya..

Tuesday, May 10, 2011

shamat ari ibu, mama!


aya shayang mama!

Thursday, May 5, 2011

Selamat ari tua!


Hover tau sara ni..birthday papa, muncung dia yg lebih panjang.. Tak sabar nak "epi pe pe peyu" (happy birthday to you)... Anyway, buat cinta hati kami, diucapkan selamat hari lahir yg ke 29! Semoga makin murah rezeki papa, dipanjangkan umur..amin! Cayang papa. :)


Nota: gambar tak rotate pasal aku send+tulis post ni terus dr hp,tgk2 gamba tak auto-rotate..nasibla labu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...