Friday, May 27, 2011

sukar mengandung selepas menghidap endometriosis?

Jawapan yang Dr Raja beri benar² buat aku risau.....



---------- Forwarded message ----------
From: Dr Raja Juhaidah Abdullah <drju99@gmail.com>
Date: 2011/5/26
Subject: Re: sukar mengandung selepas menghidap endometriosis
To: ladyheart2612 <ladyheart2612@gmail.com>


puan boleh menjalani laparosocpy untuk memastikan endometriosis puan tidak merebak kesalur peranakan. ia boleh menjejaskan kesuburan puan. jumpalah doktor untuk pemeriksaan


2011/5/24 ladyheart2612 <ladyheart2612@gmail.com>

Asalamualaikum Dr.

Saya berumur 28 tahun dan telah mempunyai seorang cahayamata berusia 3 tahun. untuk pengetahuan dr, semasa saya sedang mengandung anak pertama dahulu doctor telah mengesahkan saya menghidapi endometriosis yang tumbuh di luar tiub fallopio kiri saya. dan cyst tersebut telah dibuang semasa kandungan saya berusia 11minggu. doc mengesahkan tiada side effect di mana tidak mengganggu kesuburan saya.

saya mengamalkan perancang secara semula jadi selama 2 tahun. saya menyusu badan anak saya selama 1 tahun 8 bulan. haid saya datang semula ketika anak berusia 5bulan lagi. jadi, saya menjangkakan saya tidak bermasalah. setelah merancang selama 2 tahun, pada tahun ini bermula dari awal januari saya dan suami telah berusaha untuk hamil anak kedua. namun setelah 5bulan berlalu, masih gagal.

saya ingin bertanya kepada doc, adakah mungkin tedapat kemungkinan daripada operation yang telah saya jalani dahulu menganggu kesuburan saya? perlukah saya berjumpa doc semula untuk follow up masalah ini? harap doc dapat menjawab kemusykilan saya ini.

tq & regards,
Lin




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...