Thursday, June 30, 2011

The result

Syukur alhamdulillah..next, nk buat blood test ari ke 21..last sekali cik abg pulak..dh settle semua baru jumpa dr kam.

Wednesday, June 29, 2011

sekeping gambar menceritakan seribu perkataan

orang menyangka aku berbadan 2..haish..ntahler..aku tak marah dikata begitu. sungguhpun tekaan mereka tu salah sama sekali. cuma aku sedar sendiri, yang aku DAH GEMOK.
tapi tekaan mereka tu aku harap menjadi kenyataan..memang aku berharap sangat yang aku pregnant.

nak tau gambar mana yang dimaksudkan tu? tengokla gambar ni..gambar ni diambil masa aku attend dinner office zairee bulan lepas.

apa komen anda pula? ya, i know...kalau aku adalah orang lain pun akan suspect 'eh ko mengandung ke?????!!!'

ok..kalau cukup 40orang cakap aku pregnant, amin......mudah²an bulan ini berhasil.

cakap pasal tu, later aku upload HSG result..tak sempat nak tulis entry pasal tu.

Tuesday, June 28, 2011

demam nora elena dah surut..lepas ni, demam ADAM HAWA pula

ni komen yg aku drop @ blog kak maizura mohd ederis..script writer drama nora elena.

"saya terbaca novel adam dan hawa juga akan didramakan. saya suka skrip kak maizura dalam nora elena. hopefully utk novel adam dan hawa, kak mai adalah penulis skrip yang sesuai :D. pada saya, tanpa adegan panas+peluk² pun dah seronok menonton nora elena. romantis tak perlu digambarkan secara zahir. romantis boleh ditonjolkan melalui kata-kata. that's why i really love your script :D

masa baca novel adam dan hawa saha saya dah terbayangkan pelakon yang sesuai menjiwai watak berkenaan. character adam mukhriz untuk aaron aziz, manakala ain hawani pula oleh fazura.

just my 2 cents!"


and she did replied my comment,

"Novel Adam & Hawa sepatutnya mengisi slot Akasia ini yang sekarang 'meletup' dengan Nora Elena. Untuk makluman Anon dan lain-lain peminat Adam & Hawa, pada mulanya memang saya lah yang dilantik secara rasmi oleh TV3 untuk kerja adaptasi Adam & Hawa.

Malangnya setelah tamat membacanya, novel itu rupa-rupanya sudah dibeli hakcipta adaptasinya oleh syarikat produksi lain untuk siaran di Astro. Dan TV3 telah terlepas pandang dalam soal ini.

Jadi, TV3 yang agak 'menggelabah' ketika itu, disebabkan tarikh tayangan kian hampir, terus mencari pangganti novel Adam & Hawa untuk slot Akasia ini.

Justeru, mereka menemui novel KASIH YANG SUCI yang dikatakan mirip Adam & Hawa. Saya dipanggil kembali untuk kerja adaptasi ini.

Pada mulanya, saya tidak berminat kerana mempunyai banyak kerja lain untuk diselesaikan. Namun, demi menjaga nama dan reputasi dengan TV3, saya setuju sahaja dengan tugas yang diberi ini.

Tentang Adam & Hawa, saya yakin adaptasi novel itu juga akan berjaya kerana penulis skripnya merupakan seorang yang lebih berpengalaman dan lebih baik dari saya. Karya beliau lebih banyak dan lebih menonjol dari karya saya. Akan tetapi saya enggan mendedahkan siapa namanya. Tunggu sahaja di depan Astro nanti, ok.

Terima kasih daun keladi.."

okla, aritu aku terbaca maybe penulis skrip yang dimaksudkan rozie rashid atau sorg lagi tu (tak ingat namanya) wah² sejak bila aku addicted malay drama ni? hm..entahla..betterla kan dari sakan sgt tengok drama indon yang meleret ntah ape² tu..(except para pencari tuhan & ketika cinta bertasbih). tapi yang pastinya hero drama adam dan hawa mesti best..maklumla yang nak terbitkan drama tu tak lain tak bukan kakak ipar mak iti - datin zaiton jugak..dan dah tau sgtla fav actor yang kerap belakon drama terbitan syarikat dia tu - FAHRIN AHMAD, adi putera, akashah...and taktaula kan..tapi spt yg aku gambarkan...aku dah membayangkan pelakon yg akan bawa 2 watak tu - aaron aziz dan fazura. :D.

aku dah baca pun novel tu..dan tak mustahil demam ADAM HAWA pulak akan melanda tak lama lagi. :D

nota kaki : nampak gayanya tak jadila terminate siaran astro selagi drama ni tak keluar.hahaha

Wednesday, June 22, 2011

ujian kesuburan - 1

isnin yang lalu, 2nd day of my period. dah buat blood test pertama..next blood test pada hari ke 21.. and this coming saturday (hari ke-7) aku akan lalui another test..HSG. purposely aku nak lalui test ni just to make sure tiub tak de block. since Dr Kamsiah ada mention possibility untuk tiub tu tersumbat boleh berlaku selepas aku jalani laproscopy procedure (buang cyst masa pregnant dulu).

quite scary bila baca info pasal test ni..dan debaran makin terasa sebabnya doc yang akan handle the test tu nanti is LELAKI. oh tidak..tak dapat nak imagine macam mana keadaan aku masa tu nanti.. boleh ke aku relaks..buat derk..kalau tak relaks, surely akan sakit..adusss...

sekarang dalam proses menenangkan diri..okla, sambung lipat kain baju yang menimbun tu..daa~

later bila dah selesai jalani HSG, i will update the result.

WHY ASK?

aku suka tengok siri desperate housewives.. banyak la pengajaran dari drama tu especially bila aku sendiri dah bergelar isteri. episod last week "Moments in the Woods", buatkan aku berfikir panjang....

dulu aku sering tanya pada diri aku..perjalanan hidup aku banyak dipermudahkan. i mean, aku tak la bijak mana. tapi masa depan aku cerah. even pada awalnya aku lembab tak pandai, membaca pun tak reti. tapi zaman kebodohan aku tu tak lama..lepas tu, nasib aku sentiasa baik..i'm in lucky phase..starting dari darjah 6. even cikgu pun tak target aku salah sorang student 4A tapi tak sangka, i'm one of them!

sampaila..result pmr pun gempak 8A..lepas tu spm pulak, aku target agregat below 10 and yes aku berjaya lagi! sampaila graduate dari utm..lepas tu dugaan sekali lagi, setahun lebih aku menganggur...tak lama tu 2 job offer serentak datang..terpaksa tolak salah satu. tak lama tu aku kawin..dan tak sampai sebulan aku pregnant pulak..bunting pelamin lah katakan..so, dijadikan cerita tak banyak la rintangan dugaan yang aku hadapi sepanjang hidup ni..sampai lah satu masa, aku bertanya pada diri aku...aku ni bernasib baik. tak macam orang lain. yang hebat sungguh dugaan buat diorang..until aku bertanya, sampai bila? apakah dugaan paling hebat aku akan hadapi?

dan..aku rasa aku sedang alami dugaan tu sekarang. bila dikenang, mudah mengalirkan air mata. mungkin tak sehebat mana pada orang lain. tapi, ini pun dah buat aku goyah + putus asa..naik pening bila kerap sangat fikir..what's wrong with me????

teringat salah satu scene dimana susan mayer asyik menang main poker selepas berjaya dapat new kidney (susan adalah 1 watak dlm DH),

Susan: So, you're trying to tell me that it is random.
Roy: I'm trying to do anything I can to get you to stop crying, honey. You're on a lucky street. Who knows why? Just enjoy it.
Susan: But, what happens when my luck runs out? I know - Why ask?
Roy: Why ask?

WHY ASK? itu yang buat aku cuba berhenti dari fikir yang merepek.

Thursday, June 9, 2011

membujang

harini sara ikut atok balik kampung di parit perak. zeri pulak outstation (lagi) ke perlis. taktaula bila diorang balik. samada esok malam atau sabtu pagi. jadinya aku pun membujangla!

Thursday, June 2, 2011

Updates checkup @HPAN

Dari semalam tak senang duduk dibuatnya bila mengenangkan appointment hari ni dengan Dr Khamsiah. Lagi berdebar bila sampai turn aku, nurse announce Dr Kam kena attend csect operation, ada patient nak deliver..So penantian sejak 8pagi berlarutan ke jam 11.30 pagi.

Nak hilangkan bosan, berdebar tu sempat lagi chatting di gtalk. nasib kat hpan ada free wifi..sempatla borak dengan anna dan kak nina.
Tak lama, nama aku dipanggil. Melangkah penuh debaran ke bilik doktor.

Soalan pertama, 'Puan azlin datang jumpa doktor ni sebab apa ya?'
Satu-satu aku buka cerita..A to Z...pregnancy history dulu. siap bawak buku merah tunjuk kat doktor. Oh, sebelum jumpa doktor prosedur pertama yang kena buat..check bp..normal 113/75. check berat, oh tidak!!!!! menganga kat atas scale tu bila tengok nombor 49!..suppose berat ideal 46kg. dan seingat aku lepas pantang, checkup postnatal berat 46kg..so 3kg extra tu memng dari perut ku yang bunc....kalau ada baby, suppose dah besalin dah ni..kihkihkih

ok..bebalik pada cerita jumpa Dr Kam tadi. Banyak la soalannya..

berapa kerap bersama dlm seminggu? soalan cepu emas..susah nak cakapler doktor..laki saya selalu sgt keluar. timing pun tak tentu.
bila waktu saya subur pun saya tak brp nak pasti. huhu
Doktor tny lagi, brp lama dia outstation?
Period cycle normal tak?
Tempoh period brp hari?
Husband ada penyakit tak?
Merokok/minum tak?
bla bla bla...

Lepas tu doc scan...alhamdulillah, rahim dan ovari sihat.
Paling penting takde kesan cyst tu tumbuh balik. 2x alhamdulillah...selepas 2 tahun 10bln hilanglah rasa risau/bimbang yang selama ni dok buat sarang kat kepala otak aku ni.

Tiub? yang ni kalau scan memang tak nampak. kena buat HSG test baru tau either ada block ke tidak.
Mulanya Dr Kam kata tak perlu buat ujian tiub tu, sebab aku dah penah pregnant pun..so terbukti tak tersumbat.
Cuma aku tanya balik doktor, ada tak possibility tersumbat since cyst tu betul² tumbuh di tiub?
Jawapan doktor, 'Ya. memang ada possibility tu. tapi kalau nak kepastian, kita boleh buat. Cuma, semua siri ujian untuk kesuburan kena bayar sendiri. Panel tak cover. Range dalam 300+'. Aku angguk je la tanda setuju... Takpelah, duit tu boleh diusahakan...

So next step, tunggu 13hb ni untuk buat ujian darah. nak cek hormon, telur keluar ke tidak semua tu lah..
Kena buat x-ray pada next period cycle..-aku harap sgt la no more period dah after this month. hopefully!

lepas tu zeri pulak kena p test.hehehe....tapinya aku dok risau aku ni la. tang dia tu, aku rasa takde masalah..

Lepas tu, 30hb follow-up checkup balik dengan doktor...aku harap biarla tarikh 30hb tu membawa berita gembira lah kan..

kalau saya tak period mcm mana? kalau tak period, tak perlu lah datang. :)

ok. itu je la cerita serba sedikit pertemuan aku dan Dr Kam. bekalan sebelum balik, doktor bagi asid folic. itu je..

anyway, terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan tu ya..yang pasti aku rasa lega sikit. tak banyak, sikit pun jadilah...
bukan ape..last week betul² minggu teruk aku. cepat nak melenting. moody sepanjang masa. serba tak kena. emosional terlebih. cakap sikit nak meleleh air mata.
paling kesian sara dgn zeri la. diorang jadi mangsa ketidakpuasan hati aku. lepas ni aku kena redha dan tawakal je.. terima apa yang telah tersurat dalam hidup aku. Tabahkan hati ni!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...