Tuesday, June 28, 2011

demam nora elena dah surut..lepas ni, demam ADAM HAWA pula

ni komen yg aku drop @ blog kak maizura mohd ederis..script writer drama nora elena.

"saya terbaca novel adam dan hawa juga akan didramakan. saya suka skrip kak maizura dalam nora elena. hopefully utk novel adam dan hawa, kak mai adalah penulis skrip yang sesuai :D. pada saya, tanpa adegan panas+peluk² pun dah seronok menonton nora elena. romantis tak perlu digambarkan secara zahir. romantis boleh ditonjolkan melalui kata-kata. that's why i really love your script :D

masa baca novel adam dan hawa saha saya dah terbayangkan pelakon yang sesuai menjiwai watak berkenaan. character adam mukhriz untuk aaron aziz, manakala ain hawani pula oleh fazura.

just my 2 cents!"


and she did replied my comment,

"Novel Adam & Hawa sepatutnya mengisi slot Akasia ini yang sekarang 'meletup' dengan Nora Elena. Untuk makluman Anon dan lain-lain peminat Adam & Hawa, pada mulanya memang saya lah yang dilantik secara rasmi oleh TV3 untuk kerja adaptasi Adam & Hawa.

Malangnya setelah tamat membacanya, novel itu rupa-rupanya sudah dibeli hakcipta adaptasinya oleh syarikat produksi lain untuk siaran di Astro. Dan TV3 telah terlepas pandang dalam soal ini.

Jadi, TV3 yang agak 'menggelabah' ketika itu, disebabkan tarikh tayangan kian hampir, terus mencari pangganti novel Adam & Hawa untuk slot Akasia ini.

Justeru, mereka menemui novel KASIH YANG SUCI yang dikatakan mirip Adam & Hawa. Saya dipanggil kembali untuk kerja adaptasi ini.

Pada mulanya, saya tidak berminat kerana mempunyai banyak kerja lain untuk diselesaikan. Namun, demi menjaga nama dan reputasi dengan TV3, saya setuju sahaja dengan tugas yang diberi ini.

Tentang Adam & Hawa, saya yakin adaptasi novel itu juga akan berjaya kerana penulis skripnya merupakan seorang yang lebih berpengalaman dan lebih baik dari saya. Karya beliau lebih banyak dan lebih menonjol dari karya saya. Akan tetapi saya enggan mendedahkan siapa namanya. Tunggu sahaja di depan Astro nanti, ok.

Terima kasih daun keladi.."

okla, aritu aku terbaca maybe penulis skrip yang dimaksudkan rozie rashid atau sorg lagi tu (tak ingat namanya) wah² sejak bila aku addicted malay drama ni? hm..entahla..betterla kan dari sakan sgt tengok drama indon yang meleret ntah ape² tu..(except para pencari tuhan & ketika cinta bertasbih). tapi yang pastinya hero drama adam dan hawa mesti best..maklumla yang nak terbitkan drama tu tak lain tak bukan kakak ipar mak iti - datin zaiton jugak..dan dah tau sgtla fav actor yang kerap belakon drama terbitan syarikat dia tu - FAHRIN AHMAD, adi putera, akashah...and taktaula kan..tapi spt yg aku gambarkan...aku dah membayangkan pelakon yg akan bawa 2 watak tu - aaron aziz dan fazura. :D.

aku dah baca pun novel tu..dan tak mustahil demam ADAM HAWA pulak akan melanda tak lama lagi. :D

nota kaki : nampak gayanya tak jadila terminate siaran astro selagi drama ni tak keluar.hahaha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...