Thursday, June 2, 2011

Updates checkup @HPAN

Dari semalam tak senang duduk dibuatnya bila mengenangkan appointment hari ni dengan Dr Khamsiah. Lagi berdebar bila sampai turn aku, nurse announce Dr Kam kena attend csect operation, ada patient nak deliver..So penantian sejak 8pagi berlarutan ke jam 11.30 pagi.

Nak hilangkan bosan, berdebar tu sempat lagi chatting di gtalk. nasib kat hpan ada free wifi..sempatla borak dengan anna dan kak nina.
Tak lama, nama aku dipanggil. Melangkah penuh debaran ke bilik doktor.

Soalan pertama, 'Puan azlin datang jumpa doktor ni sebab apa ya?'
Satu-satu aku buka cerita..A to Z...pregnancy history dulu. siap bawak buku merah tunjuk kat doktor. Oh, sebelum jumpa doktor prosedur pertama yang kena buat..check bp..normal 113/75. check berat, oh tidak!!!!! menganga kat atas scale tu bila tengok nombor 49!..suppose berat ideal 46kg. dan seingat aku lepas pantang, checkup postnatal berat 46kg..so 3kg extra tu memng dari perut ku yang bunc....kalau ada baby, suppose dah besalin dah ni..kihkihkih

ok..bebalik pada cerita jumpa Dr Kam tadi. Banyak la soalannya..

berapa kerap bersama dlm seminggu? soalan cepu emas..susah nak cakapler doktor..laki saya selalu sgt keluar. timing pun tak tentu.
bila waktu saya subur pun saya tak brp nak pasti. huhu
Doktor tny lagi, brp lama dia outstation?
Period cycle normal tak?
Tempoh period brp hari?
Husband ada penyakit tak?
Merokok/minum tak?
bla bla bla...

Lepas tu doc scan...alhamdulillah, rahim dan ovari sihat.
Paling penting takde kesan cyst tu tumbuh balik. 2x alhamdulillah...selepas 2 tahun 10bln hilanglah rasa risau/bimbang yang selama ni dok buat sarang kat kepala otak aku ni.

Tiub? yang ni kalau scan memang tak nampak. kena buat HSG test baru tau either ada block ke tidak.
Mulanya Dr Kam kata tak perlu buat ujian tiub tu, sebab aku dah penah pregnant pun..so terbukti tak tersumbat.
Cuma aku tanya balik doktor, ada tak possibility tersumbat since cyst tu betul² tumbuh di tiub?
Jawapan doktor, 'Ya. memang ada possibility tu. tapi kalau nak kepastian, kita boleh buat. Cuma, semua siri ujian untuk kesuburan kena bayar sendiri. Panel tak cover. Range dalam 300+'. Aku angguk je la tanda setuju... Takpelah, duit tu boleh diusahakan...

So next step, tunggu 13hb ni untuk buat ujian darah. nak cek hormon, telur keluar ke tidak semua tu lah..
Kena buat x-ray pada next period cycle..-aku harap sgt la no more period dah after this month. hopefully!

lepas tu zeri pulak kena p test.hehehe....tapinya aku dok risau aku ni la. tang dia tu, aku rasa takde masalah..

Lepas tu, 30hb follow-up checkup balik dengan doktor...aku harap biarla tarikh 30hb tu membawa berita gembira lah kan..

kalau saya tak period mcm mana? kalau tak period, tak perlu lah datang. :)

ok. itu je la cerita serba sedikit pertemuan aku dan Dr Kam. bekalan sebelum balik, doktor bagi asid folic. itu je..

anyway, terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan tu ya..yang pasti aku rasa lega sikit. tak banyak, sikit pun jadilah...
bukan ape..last week betul² minggu teruk aku. cepat nak melenting. moody sepanjang masa. serba tak kena. emosional terlebih. cakap sikit nak meleleh air mata.
paling kesian sara dgn zeri la. diorang jadi mangsa ketidakpuasan hati aku. lepas ni aku kena redha dan tawakal je.. terima apa yang telah tersurat dalam hidup aku. Tabahkan hati ni!

2 comments:

mamaEsya said...

lin, jgn stress sgt, k...insyaAllah, sara akan dapat adik lagi.....sabar, ye...

me and you said...

hopefully ada berita gembira bulan ni. heheh..

ni blog baru kita, blog lama tak wujud dah tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...