Wednesday, June 22, 2011

WHY ASK?

aku suka tengok siri desperate housewives.. banyak la pengajaran dari drama tu especially bila aku sendiri dah bergelar isteri. episod last week "Moments in the Woods", buatkan aku berfikir panjang....

dulu aku sering tanya pada diri aku..perjalanan hidup aku banyak dipermudahkan. i mean, aku tak la bijak mana. tapi masa depan aku cerah. even pada awalnya aku lembab tak pandai, membaca pun tak reti. tapi zaman kebodohan aku tu tak lama..lepas tu, nasib aku sentiasa baik..i'm in lucky phase..starting dari darjah 6. even cikgu pun tak target aku salah sorang student 4A tapi tak sangka, i'm one of them!

sampaila..result pmr pun gempak 8A..lepas tu spm pulak, aku target agregat below 10 and yes aku berjaya lagi! sampaila graduate dari utm..lepas tu dugaan sekali lagi, setahun lebih aku menganggur...tak lama tu 2 job offer serentak datang..terpaksa tolak salah satu. tak lama tu aku kawin..dan tak sampai sebulan aku pregnant pulak..bunting pelamin lah katakan..so, dijadikan cerita tak banyak la rintangan dugaan yang aku hadapi sepanjang hidup ni..sampai lah satu masa, aku bertanya pada diri aku...aku ni bernasib baik. tak macam orang lain. yang hebat sungguh dugaan buat diorang..until aku bertanya, sampai bila? apakah dugaan paling hebat aku akan hadapi?

dan..aku rasa aku sedang alami dugaan tu sekarang. bila dikenang, mudah mengalirkan air mata. mungkin tak sehebat mana pada orang lain. tapi, ini pun dah buat aku goyah + putus asa..naik pening bila kerap sangat fikir..what's wrong with me????

teringat salah satu scene dimana susan mayer asyik menang main poker selepas berjaya dapat new kidney (susan adalah 1 watak dlm DH),

Susan: So, you're trying to tell me that it is random.
Roy: I'm trying to do anything I can to get you to stop crying, honey. You're on a lucky street. Who knows why? Just enjoy it.
Susan: But, what happens when my luck runs out? I know - Why ask?
Roy: Why ask?

WHY ASK? itu yang buat aku cuba berhenti dari fikir yang merepek.

2 comments:

mamaEsya said...

lin, jgn pk byk sgt...buat solat hajat, mohon semua dimudahkan...at least, lin da ada sara, kan? ramai lagi org yg mmg da lama kawen, tp still xdapat anak...kwn ana, kakak die, da lama giler kawen...last2 amik anak angkat, 2 org skali....xpe, insyaAllah, xde masalah tu...cume mgkn belum msnya...Allah amaha tau...k, lin.....jgn stress sgt...

Diyana said...

hm aku pun ske tgk DH.dan episod yg ko citer ni,aku tgk juga..dan mmg aku pun bermuhasabh 7le jg lepas btul la tgk episod yg satu tu.kan, kenapa perlu bertanya? kadang tu bila kita mula mempersoalkan, dan ia akan betul2 datang menguji..cuma perlu lalui kehidupan dgn redha ..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...