Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri

harini office lengang, tapi aku masih setia di sini. masih meneruskan perjuangan..

kepada semua teman, kami sekeluarga ucapkan selamat menyambut aidilfitri, maaf zahir dan batin..

kenangan raya tahun 2010 kami.. :)

kalau ada salah silap tutur kata, harap dimaafkan..

semoga semuanya selamat pulang ke kampung dan selamat kembali ke kota...

rasanya ramadhan kali ni paling cepat berlalu..tak sedar lagi 4 hari je bulan ramadhan akan berakhir..adakah aku bekesempatan untuk betemu ramadhan akan datang? wallualam...semoga ada rezeki kami sekeluarga betemu ramadhan akan datang..

dan syukur alhamdulillah, aku masih lagi ada kudrat berpuasa penuh hingga ke hari ini. walau ada satu hari tu aku hampir tewas tapi alhamdulillah berjaya juga bertahan sampai waktu berbuka...syukur nikmat yang Allah beri, kehamilan kali ini betul² memberi peluang untuk aku berpuasa tanpa sebarang alahan. adalah juga dalam 3x lepas berbuka aku muntah balik. maybe perut masuk angin kot...

lastly, terimalah kad ucapan hari raya dari anakanda tercinta kami alya qaisara...

actually kad tu dedicate special dari dia utk mama dan papanya..

tapi just nak share dengan semua.. :)

Thursday, August 25, 2011

angin kus kus

aku bengang sedih geram pun ada skrg ni..last week dpt berita, 'ayah eksiden, jatuh motor!' aku baru nak suap nasi ke mulut masa bebuka dikejutkan dgn berita tu. taktau nk react mcm mana..sebabnya dah kerap kali ayah aku jatuh motor esp time nak dekat raya...

aku dah tak senang duduk. ikut ati nk ajak zairee blk kg masa tu jugak. tapi takpe, tunggu khabar dr kakak kt kampung. paling aku angin tu, boleh diorang semua nak rahsiakan dari anak² yang duk jauh dr kg ni (aku, kak lah, kak an, topek dan sham). alasan diorang, tak nak kami risau..yeke tak nak kami risau? atau tak nak kami bebel?

mak tiri aku kalau benda² camni pun tak nak call kitorang. samala tu, takut kena marah+bebel esp aku yang garang ni...ok, aku tau benda dah nak jadi. bukan kita boleh tau.nk marh pun takguna..tapi atleast informla..takkan nak tunggu ayah dah nazak baru nk bgtau!

last² kakak aku yg agak kepochi yg sms. aku call abg aku haram nak jwb! aku sms kakak ipar aku tny khabar ayah, haram nak balas! apa kes diorang ni???
kakak aku yg kepochi ni jugak yg anta sms..dia inform ayah aku bukan jatuh eksiden. silap info. rupanya dia jatuh mcm nak pitam sblm naik motor. masa tu dia nak ambik adik aku balik dr sekolah.. so end up mlm tu kena bwk gi spital, doc drip glukos. pastu blh blk rumah dah rehat..rupanya dia demam tapi degil nak gak keluar naik motor pegi sana sini.

ayah aku ni mmg tekenal ngan sikap degil dia. kadang tu kita larang jangan naik motor, pegi sana sini esp time bulan puasa ni dok je la kat rumah. tapi jgn harapla nk dengar. masa arwah mak aku ada dulu camna la tak hari² perang dgn mak..ayah aku jenis panas punggung duk rumah. dia duk rumah time makan dan tido je..lain² lebih suka naik motor pegi sana sini..yg merisaukan tu, dia tu mata pun tak brp nampak..telinga pulak tak dengar, ada alat bantu dengar taknak pakai. penah dia eksiden psl kena langgar. tak dengar org hon dia. so bygkanla cmne kami adik badik tak bising?

yg aku tensen tu..anak abg aku ada sekolah sama ngan adik aku. nape kakak ipar aku tak tlg ambik/antakan? ntahla aku takley terima alasan kalau kata dia sibuk/ada keja lain. setau aku dia tak keja..fulltime housewife. nak kata menjahit ke memasak ke tak jugak. memasak pun utk kuarga dia. so apa dia buat kt umah kan? so kalau bg alasan dia sibuk takleh tlg ambik/antakan ke sekolah yg sama..pulak tu umah dkt je ngan umah ayah aku tapi nape tak ley nk consider? dh tau ayah aku tu dh tua/tak sihat tolongla..tu bukan org lain..bapak mertua ko jugak!

ko ckp senangla, bukan ko yg dok ngan ayah. korg semua dok jauh --> ok aku rasa nk lempang je kalau kuar ayat gitu dr mulut diorang. abis tu nk aku buat apa? nak aku benti keja dok kt kampung? aku bini orang, so kena la ikut cakap laki aku...ntahla, aku sendiri tak paham. kt kg tu nama je adik beradik dok dkt ngan ayah..tapi nape bila dah tau keadaan ayah yg tak brp sihat knp tak tlg? aku tgk kami adik badik yg dok kt sini boleh lebih kurang, tolak ansur so knp dorg kt sana tu tak boleh camtu? dahla tiap kali balik aku dgr cite abg ni gaduh ngan abg tu la..yg ni tak becakap ngan yg tu la..eee childish ok! memasing dh tua. tolongla matang sket! kita yg jauh ni berharapla sgt bila ada adik badik yg pindah dok dkt ngan ayah ada org tlg tengokkan dia..tapi ntahla..cite ni tak penah abis...tgkla balik raya karang..adala cite/gosip.memasing nak kata dia betul..lantak korangla.. aku malas nk komen. esok² susah, sapa korg cari kalau tak adik beradik sendiri!

ni baru jap tadi anak buah aku komen kt fb mak dia..'"org lain pn da keja len gk maksu. lau x memg dh tlg ambik,hntrkn dh..." 'sbnrnya aku tak refer komen tu kt mak dia. aku mksdkan kakak ipaq aku yg sorg lg. mak dia ni cikgu. so aku sendiri paham kesibukan cikgu ni kan..hm...cuma tu la, cakap lah apa yg ko nk ckp. esok nk tgk lak cmne ko jaga mak pak ko..1 je pesan aku, mcm mana kita treat mak pak kita, cmtula esok dorg treat kita..so beringatla selalu ok.
Regards,
Lin

Tuesday, August 23, 2011

acik kempunan

semalam ikut zairee bebuka di the spread @ the gardens hotel..ni 2nd time dtg sini..last year pegi bestla..byklah choices..dgn harapan menggunung nak makan oyster.
tapi hampa!!!! seketul pun tak jumpa! yg ada shushi biasa je...sedihnya...maybe diorang ni cut cost kot..walhal aku rasa arga buffet mcm naik je this year...pastu selection foods pun tak variety macam last year...

hampanya aku tak dpt makan oyster macam last year. so nk tny, ada tak oyster ni dijual di mana-mana supermarket? kalau ada, aku nak terjah. tak kira!

Regards,
Lin

Monday, August 22, 2011

long list

ok..kalau orang lain sibuk dgn shopping list, tapi bebeza dengan aku. list aku semuanya nak memenuhi nafsu anak tekak dan perut semata..
plan nk ke fareeda, shopping tudung pun tah kemana...nak cari jeans raya pun tak jadi (perut dah mula rasa tak selesa), so opt to maternity jeans tapi 2minggu sudah usyar di butik 9months pavillion, takde saiz..so, xpe. tak penting. yg tu postponed after raya pun takpe..nk beli handbag pun cam tak bernafsu sgt..pendek kata, mood raya this year suam² kuku...tapi dr awal puasa aku dah mula mengidam macam² makanan...

KETUPAT PALAS - dah. jauh mencari, jumpa juga akhirnya di param jalan TAR.
RENDANG DAGING - belum. kena tahan sampai pagi raya la jwbnya baru merasa
RENDANG KERANG - dah tapi tak puas lagi. ni pun kena repeat order time raya nanti.
SUP TULANG - dah. semalam balun berketul²..
BEEF STEAK with blackpepper sauce- ok dah.ari sabtu lepas makan di friskies, keramat au2. balun sampai kembung perut
LAKSA JOHOR - dah tapi tak sedap..nak cari yang best macam penah makan kat rumah maksu husband 3tahun sudah.
LAKSA KEDAH - dah tapi tak jumpa yang betul² sedap..
SUP KAKI AYAM - belum. kena order time raya nanti. nak beli kaki ayam banyak² pastu balun puas²..
SAMBAL IKAN BILIS CAIR style arwah mak - dah. kakak buat tapi tu la sambal sket. tak puas makan. tunggu blk kg nila request menu sarapan pagi :)
MASAK LEMAK SIPUT SEDUT - dah.anak buah beli kt param tapi tak sedap! aritu nk masak tak jumpa lak siputnya...tunggu blk kg la kot cari kt sana.

apa lagi? hm..tunggu kt kampung nantila..macam² aku request.hehe

yang aku perasan, pregnant kali ni aku tak suka makan seafood (walhal ketam + udang) la yang paling aku suka..tapi yg aku suka sgt mkn skrg ni DAGING LEMBU.sampai zairee pun pelik. padahal kalau ikutkan burger pun aku akan request burger ayam RAMLY (otai ke ape ke tolak tepi. tak kena dgn standard tekak aku!) hm...agak merisaukan..janganla berat naik mencanak. paling penting, jgn sampai kena high blood pressure dahler..nasib baik aku tak makan DAGING KAMBING. ayam? buat tekak aku kembang lagi adala..kaki ayam tu terkecuali k.hehe

Regards,
Lin

Wednesday, August 17, 2011

She's 3!

harini dalam sejarah, 17Ogos2008 jam 8.17pagi mama sedang bertarung nyawa nak melahirkan mu sayang..Alya Qaisara. Selamat menyambut ulang tahun yang ke-3.
first time dapat birthday card, excited sampai nak tido pun nak angkut jugak.hehe

Mama dan papa doakan alya qaisara diberikan kesihatan yang baik, menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat..amin.
Tunggu mama blk keje ye. petang nanti kita celebrate makan kek epe peday to u ok :)

Regards,
Lin

Wednesday, August 10, 2011

salam ramadhan

alhamdulillah, hingga ke hari ini aku masih mampu larat berpuasa penuh.
cuma bila masuk je 12pm mula la...automatik mata layu..perut pedih..semua jadi lembik lemau..
petang semalam aku memuntahkan isi perut buat petama kali..tapi yang keluar air masam..huhu

rasanya belum telambat aku nak ucapkan kepada teman², selamat menjalani ibadah puasa...

harapan aku, agar aku dapat berpuasa penuh tahun ni..
selagi terdaya, aku akan puasa..
cuma yang merisaukan, morning sickness tu dah mula terasa...
makan pun tak lalu...
kalau sebulan yang lepas macm² makanan aku bantai...tapi this month, tetiba mati selera.
tengok nasi nak muntah. nasi separuh senduk belum tentu abis..bau nasi tengah menggelegak sangat meloyakan tekak aku!
lauk best² macam udang, ketam + any foods la yang aku suka automatik jadi meloyakan..nothing yang sedap pada tekak aku..
apa nk buat? mcm ni la peelnya...yang buat aku teliur skrg ni pun just tom yam kung SR dan sambal ikan bilis style arwah mak masak. nasib baik kakak aku masakkan last week..dapat jugak lepas gian.

okla..nak layanmata jap. jap lagi kul 2 dah kena sambung keja balik.

nak tido sambil mimpi apa juadah berbuka petang ni?
Regards,
Lin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...