Sunday, December 16, 2012

@7Month & 8Month & 9Month

Lama mama tak update ttg damia. Jgn kecik ati ye sayang.
Mama sibuk skrg ni.....
Mama sayang budak sorang ni. Anak mama ni manja gak rupenye. Tapi kdg nmpk tu adik lg byk kena ngalah dr kakak sara.
Okla bebalik pd development damia.
Damia ni tak mcm kakak...ya, every baby is unique.  So development pun tak sama. Damia skrg suka memanjat nk bangun bediri...pd usia 7bulan damia dh blh mengesot. 8bulan damia dah boleh duduk sikit2. 9bulan damia dh boleh memanjat, duduk sepenuhnya dan plg latest this week mama notice damia dh blh merangkak... ;)
Mulut damia tak mcm kakak.  You are quiet person. Ni ape yg mama nmpk from my observation. Damia blh main dgn leka seorg diri tanpa kedengaran sebarang suara.  But, be carefull !!!!!! Once she cried,'mcm nk tercabut anak tekak'. Hehehe. Blh dikatakan damia ni resamble sikap papa kot..pendiam, mudah tersenyum but diam gunung berapi org kate. ;)
Dr segi berat pulak. Even though  berat damia semasa lahir 3.15kg compare dgn kakak sara 2.9kg tapi damia ni mcm petite size. Compare peningkatan berat tu mmg bykla damia jauh ketinggalan dr kakak. Masa damia umur 7mth, berat damia 5.8kg je. Then last checkup masa damia berusia 9mth aritu berat damua 6.8kg. Tgk atas chart yg nurse tu draw memang berat damia naik border line..ini mmg agak merisaukan mama juga. But as long as you're healthy mama takla panic sgt kan.
Okla cukupla dulu..ni pun 2ari mama draft entry ni.hehe...next time mama tulis lg kisah damia ye.


Sunday, December 9, 2012

My sweet little bums

Ada masa geram dgn 2 budak kecik ni...tapi, inilah harta plg berharga dunia akhirat.  Mama love u both sooooo much!!!!!!!

Sunday, December 2, 2012

Al-fatihah

DariNYa kita datang..kepadaNya kita kembali...4 disember 2012, ahad tepat jam 3.40ptg, ayah kesayanganku telah kembali ke rahmatullah... andai ini yg terbaik buat ayah, aku redha....
Moga ayah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman....mudah2an amin...
Sedar tak sedar dah sebulan ayah pergi. Minggu pertama lepas ayah pergi, emosi ak1u agak terganggu. Aku rasa murung dan sedih amat. Bermacam2 perkara yg sku fikirkan...beribu sesalan dtg bertimpa2.
Tapi, hari demi hari aku cuba pujuk hati ni. Cuba menenangkan diri supaya redha  dan menerima ketentuan Ilahi. Setiap yg berlaku ada hikmahnya.
Kali terakhir jumpa ayah masa raya haji yg lepas... ayah seperti biasa. Lepas ayah menjalani operation pd bln 5 yg lepas, keadaan ayah dah tak mcm dulu...ayah lebih byk terbaring. Nk bangun pun perlu dipapah.  Dlm hal ni aku amat berterima kasih pd mak tiri aku yg tabah menjaga ayah. Kami sbg anak belum tentu dpt jaga ayah sebaik mak.
Sampai bila2 aku takkan lupa perbualan akhir aku dan ayah dan 3perkataan yg diungkapkannya bila aku ckp kt ayah yg aku dah nk balik putrajya sebaik tamat cuti raya haji aritu...ayah membalas dgn pertanyaan...'nak balik dah?' Dan pd masa tu aku rasa serba salah...mcm tak puas duduk di rumah.  Tmbhn lg bila aku lihat pandangan mata ayah yg sayu...sungguh aku tak sangka, itulah pandangan mata ayah yg terakhir...
Allahuakbar!!!! Sungguh ayah mmg taknak aku tgk keadaan ayah yg tenat. Sebaik saja aku betolak, mlmnya ayah demam...demam yg agak kritikal hingga ayah warded..sampai last ikhtiar doc pun advised bwa balik..masa tu, aku sedar hakikat dan realiti yg akn berlaku...atas pilihan kami,saluran pernafasan ayah dibuka masa di kampung.
Ayah selamat dikebumikan di tnh perkuburan yg sama dgn arwah mak pd 3 dis 2012, isnin jam 11pg...kini aku tiada lg ayah dan mak. Yg tinggal hanyalah kenangan yg tersemat kemas dlm jiwa. Insyaallah, aku cuba lakukan yg terbaik dan termampu buat ayah dan mak sungguhpun ayah dan mak tiada lagi disisi......

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

lamanya tak menulis di sini..sibuk sikit..
malam ni nak balik johor dah..

byk perkara nk share..esp kisah family yg jatuh sakit silih berganti...
semuanya dugaan Allah..

moga Allah limpahkan rezeki dan ganjaran kepada kami sekeluarga..
*papa je takde dlm gambar ni..

kepada semua teman, diucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri.
maafkan semua salah silap saya sepanjang penulisan ini..

hati-hati dijalan raya..ingat yang tersayang :D


Regards,
Lin

Thursday, July 12, 2012

Update on Damia's milestone @2months, @3months & 4months


bukan mama tak sayang kamu, tapi disebabkan kekangan masa m'buatkan mama jarang update perkembangan kamu. sorry my lovely baby AND @ alya nur damia @ damia. 
mama banyak share your progress @ FB mama,

btw, to cut it short, here's some update tentang damia.

Damia @ 1month++
tangan tu dh ada gaya ala² body builder je :D


@ 2months,
her weight - 4.3kg. naik 0.2kg je dari berat masa umur 1bulan dulu.
maybe damia ni tak kuat menyusu macam kakak sara dulu.
Tapi yang pastinya, badan damia nampak ketul² :D
Damia dah pandai senyum.











and also dah kenal mama. boleh plak dalam dia dok diam tu bila dgr je suara mama terus nangis. apo laie, nak susu ler. ke dia blh bau badan mama? maybe la kot kan.


@ 3months,
muka dah ada gaya big girl je damia ni tau! macam boy pun ada..ni kes mama kenan nak baby boy lagi la ni kot. 











her weight - 4.7kg, again naik sikit juga only 0.4kg.
dah mula ada peel² tertentu. sblm mama naik keja aritu risau juga, pasal dia nak berdukung jugak.
tapi 1st day test anta damia ke nursery, syukur sangat dia tak meragam.
Masa ni juga damia pertama kali demam. buat hati mama gundah gulana. Ubat demam ada tapi 
tak nak bagi since rasa you're too small dah nak kena makan ubat. 
Bila pegi cek doc, terus doc shoot ubat bontot since suhu badan damia cecah 38degrees.
Alhamdulillah, esoknya damia dah sihat.
Rupanya damia demam pasal nak gain new skills --- meniarap :D
and also, skrg ni lagi buat mama tak keruan since dah pandai ketawa mengekek². mulut pun dah bebel² bahasa dia
Best mama tengok for the 1st time damia struggle nak meniarap. Here's the clips you struggling, enjoy my dear :D


@ 4months,
her previous checkup on 9th july that is last monday.
her weight - 5.3kg. syukur naik banyak juga dalam 0.6kg.
her height - 59cm. quite tinggi jugala actually. nurse pun cakap jarang baby bertambah ketinggian at early age mcm damia ni. tapi perkembangan damia normal dan plg penting she still BF on demand :)
so from that i know that damia ni memang baka tinggi ngikut belah papa la ni. sure follow mak lang dia la ni. she's the tallest among her siblings.
papa pun tak tinggi macam tu.hehehe
ok at this stage, damia dah boleh meniarap dan roll back dengan jaya. ikutkan even she's premature baby tapi 
dkt nursery tu her development quite fast from other babies (ni kata cikgu dia lah).
dia pun dah mula angkat kepala tinggi². dah ada hint² nak menyondol angkat badan merangkak la pulak kan.
skrg pun kalau letak dia baring satu tempat tu tau² dah beralih, so kalau tido atas katil tu memang kena hadang bantal lah keliling dia. bahasa jerman dia pun dah bertambah, mulutnya berkicau macam burung. nyaring plak tu. :D

here is her latest photo @ 4months

hopefully damia membesar menjadi anak yang sihat, cerdas, bijak seperti namamu (damia - kebijakan), berjaya dunia akhirat dan elok budi bahasa.
dan menjadi kebanggaan mama dan papa :)


Tuesday, June 5, 2012

i'm back!!!!

holllaaaaa!!!!

blog menyepi sekian lama. today dah on balik..hari ni jugak aku dah back to work.huhuhuhu...

giler 3 bulan tak jejak ke opis..bukak je mailbox, bepusu2 emel masuk..
atas meja besepah..siap ada surat kena hadir conference..(spoil the moodla bos ni)

pass keja pun aku jumpa last week..haha nasib baik jumpa dlm diaper bag damia. tak ingat langsung menda alah tu. office shoes bersihkan pagi tadi, tak polish pun..lap dgn tissue je..sarung2 aik ngapa cam longgar ni? takkan lepas bersalin dgn kaki pun mengecut. so nak tanak pakai la kasut masa pregnant dulu. nantila cek balik ngapa loose sgt kasut tu.hehehe

sampai opis 7.48pagi. huhu sipi2 gakla kan..so lps ni mmg kena keluar rumah on time macam tadi jugak. luckily now is schoolbreak so byk la parking yg kosong. klu tak, time cmni dah hampir penuh.

masuk je pintu opis muka pertama yg aku jumpa officeboy. bagi salam, dia pun jawab dengan senyum manis.hehe...masa nak thumbprint..ha nasib baik ingat lagi id and password. kalau tak, mau ada yang merah attendance arini..hehehehe

sampai dpn pintu ngapa bilik lain gelap lagi? aku je ke keja arini? hehehe...tak lama roomate pun datang. bersalam peluk cium macam tak jumpa setahun. hahaha..tak sempat gosip panjang, roomate kena pi kursus. aku plak ke kafe la isi perut dulu..

and now me sitting at my desk..selak2 note lama yg dah lapuk. tak lama teammate pun dh masuk keja. tny dia apa latest update? she seems busy, so xpela..tunggula dulu. kepala aku pun nak gak kena panaskan enjin dulu. luckily my 2 top bosses not around.. sorg tu cuti until tomorrow..big mama pulak attend mesyuarat. so hold dulula..a little bit lega..yg tak best/malas tu this thursday kena attend majlis. nama terlisted since ramai yg not available minggu ni. huhu...again malas gila. nasib la event tu dkt je dgn umah. eh, tak boleh malas2..semangat!!! semangat!!!! semangat!!!!

okla..nanti2la sharing damia birth story. ikutkan masa cuti aritu boleh je aku tulis tapi mana nak sempat on lappy. online internet pun semua through mr satio je.

Tuesday, April 3, 2012

Damia @ 1 month

Alhamdulillah, today Damia already 1 month. Arini checkup untuk vaccine Hepatitis B dosage II.
She's getting smarter day by day, dah pandai mencari orang disekeliling..
Kalau rasa diri tu kesorangan, mula keluarkan suara2 comey memanggil kita untuk diangkat..

She's getting chubbier day by day, minum susu tak brp banyak tapi badan kus semangat la juga..
Arini checkup, berat dah cecah 4.1kg from her weight birth - 3.15kg. naik dalam 0.95kg la jugak within 31days..

Okla, mama still no mood to share her birth story..coz it's a long story to write here..ehehe...later tunggu mama ada mood..

poor baby damia coz she's still not recover yet from jaundice...so her paed, Dr Arbaiyah diagnoise her desease as prolong jaundice since her liver not fully term..or else known as breastmilk jaundice. but she's advise me to continue bf damia...and also mama still cannot consume any herbs/pills/jamu etc....so for now mama just taking Vit C only..xpela for my baby, i would do anything...

btw, i've gain my previous weight which is 46kilos before i get pregnant to damia..hehe...syukur sgt.hehehe...it means that i lost 10kg lah.. :) nk kurus cpt? my advise, just breastfeed your baby..

lastly, here is damia latest photo...
oh..here another one..ada iras qaisara tak?

Tuesday, March 27, 2012

meet A.N.D

salam perkenalan dari my 2nd princess...Alya Nur Damia @ A.N.D macam2 la mama dia ni...

Suppose semalam, 26 Mac 2012 was my EDD...and as per today, baby damia dah pun berusia 25hari. She's getting healthier and chubbier day by day....Arini still kena repeat checkup jaundice di An-Nur..Banyak perkara nak share especially kisah kelahiran damia dan keluar masuk hospital gara-gara jaundice..huhu..sampai mama nangis, nasib tak kena meroyan..tapi tunggulah ye mood ada baru share di sini...

Here, i share photo of baby Damia..

Damia @ Day-24.

salam to all :)

Saturday, March 3, 2012

Syukur ats kurniaanNya ;))

Syukur...saya selamat melahirkan puteri kedua pada 2 mac 2012, 7am (24 days earlier than my edd). Unexpected, such an interesting birth story to share...klu yg ada my fb dh tau ceritala....i'll write the post later....tq all for the doa' ;))

--
Regards,
Lin

Monday, February 27, 2012

alhamdulillah

syukur padaMu Ya Allah,

outstation papa ke China sepatutnya 4Mac-15Mac dipostponed ke April nanti,

now baby, mama dah ready. kalau baby nak keluar bila-bila masa pun takpe...

ada hikmah disebalikNya.

doakan aku selamat melahirkan baby ni ye dan juga kami ber-2 sihat walafiat..

maybe this is the last entry before deliver..lagipun mmg aku malas sgt nk berblog skrg ni.

till then, jumpa selepas pantang :))

minta maaf andai terkasar bahasa dalam penulisan dan ada menyinggung hati mana2 pihak. halalkan apa yg patut ya :)

Thursday, February 2, 2012

@32weeks

alhamdulillah, hingga ke saat ni masih lagi ada kudrat nak menulis di sini.

last time checkup, aku pegi 2 tempat.

17-Jan-2012
Checkup di KKM. So far nurse kata ujian BSP aku normal. cuma kalau tengok dari test yg aku buat mcm level gula dalam darah tu rendah lah pulak.. <6. So nak tak nak kena repeat BSP pada 8-Feb ni. Pasrah je la. Cuma aku kurang puas hati dengan doc yg check/scan baby. Doc tu macam tak reti je nak guna mesin scan tu. lepas tu nak ukur saiz kepala baby pun berapa kali aku tengok dia tekial² nak handle mesin tu. kejap² dia panggil doc sorang lagi yang tengah check patient lain. Yg menggembirakan even aku tak yakin dgn kata² dia, uri dah naik dan baby sihat.

20-Jan-2012
Harini aku cuti. kebetulan ambik cuti tujuan asal nak blk perak. Tapi since pregnancy dah pun mencecah 30weeks, so dah tiba la masa utk aku refer ke pakar. lagipun dari awal pregnant dah plan nk deliver kat annur. So, pagi² lagi dah register. Nak jumpa balik Dr Kham. She still remember me..siap wish 'tahniah' lagi. yela, bulan 6 tahun lepas aku jumpa dia pasal nak conceive kan. so, dia terus scan. spontan dia bgtau jantina baby. Then, dia inform yang kedudukan uri di bawah, lagi 4cm nak menutup saluran. tambah merisaukan, kedudukan baby songsang. Kepala dia masih kat atas dan kaki di bawah. Dr Kham mention kedudukan baby tu mcm tu sebab uri dia di bwh. So next checkup 17-Feb ni (masa tu dah 34weeks), dia nak scan semula dan pastikan kedudukan baby normal. Sekarang ni berdoa je lah supaya baby berpusing ke kedudukan yang betul hingga ke saat bersalin.

Baby checklist
Alhamdulillah, dah almost complete. Tinggal lagi nak hantar servis breastpump dan beli brg aku. Lepas ni kena basuh baju baby, bantal, tilam dan playpen. Bilik, katil dan drawer utk simpan barang baby kena kemas. Insyaallah lepas cuti maulidur rasul ni aku dah tak ke mana² sampai la Mac. So, still ada masa nak kemas/packing apa yg patut. Selagi aku masih larat dan ada kudrat.

Lately aku keletihan. Isi rumah makin ramai. adik ipar dgn anak sedara dah menumpang kat rumah kitorang. tu yg buat aku agak serabut. Semuanya lelaki. aku je la pempuan dewasa kat rumah tu. Balik keja kadang tu rushing aku kat dapur kena masak dinner. Selagi aku larat, aku buat. Cuma yg menyerabutkan kepala, bilik yg aku nak guna utk berpantang tu anak sedara aku duk kat situ. Hai cepatla dia dpt rumah sewa. bukan aku nak halau dia. tapi yela sebelum sampai masa aku besalin ni, biarla dia pun pindah. Dapatla aku kemas bilik tu.

Lagi situ, adik ipar pulak nak stay sampai dia kawin bulan 5 ni. lagi haru biru. skrg pun aku dah tak bebas. pakai seluar 3quarter pun cik abg tegur. abis tu, aku dahla kepanasan then kena lak masak kat dapur. tak selesala.. nanti cmne pulak aku nak breastfeed baby. kadang² tensen pun ada. nak kena jaga aurat. setakat dgn anak sedara dan abg aku yang mmg sah² muhrim aku tu takpela lagi. kadang aku pun heran. patutnya dia boleh fikirla. kalau setakat nak stay utk sebulan sementara dia cari rumah sewa lain tu ok la lagi. aku malas la nak cakap banyak. karang tak pasal² kami suami isteri pulak yg begaduh...hm...

apa yg aku blh buat, selagi ada kudrat aku, aku tahan je lah..selagi aku larat masak/kemas rumah semua tu, aku buat. esok dah sarat, pandai² la korang cari makan sendiri. masing² da besar..aku masak skrg ni pun memikirkan cik abg aku pun balik makan malam kat rumah. klu aku tak larat, awal² aku sms inform tak masak. dia pun faham. so harap² yg lain tu pun faham.

Thursday, January 12, 2012

dugaan lagi..

dalam 1-2minggu ni kerapla zairee balik lewat.
aku pun dah lali. memang keja dia tak menentu.

mlm tadi dia blk awal, awal pun dalam 11.30 la jugak. sekarang ni aku ada habit baru. before tido, mesti baca buku dulu. tengah baca tu, dia pun buka cerita. kiorang pun dah lama tak borak..yela dia balik pun dah lewat. jumpa time pagi je. time keja apa² hal, call/sms je..

zairee : taktau nak cakap ni berita baik ke buruk.

aku dah mula pelik..apa yg dia nk cakap ni.

zairee : abg kena pegi CHINA.
aku : bila?
zairee : MAC ni.
aku : haa??? biar betul...tunggu masa nak besalin je masa tu.
zairee : itulah..ntahla..
aku : tak boleh anta org lain ke? tak boleh postponed ke?
zairee : abg sorg je jaga equipment tu.


aku terdiam je la..nak cakap apa lagi..tawakal je la...mudah²an dapat postponed. atleast masa aku besalin tu dia ada. makin runsing pulak memikir keadaan aku nanti tanpa dia. kalau ikut plan aritu, zairee plan nak ambik leave 1minggu++ la utk jaga aku masa pantang. bila dah jadi mcmni, kena fikir plan B lah..

banyaknya dugaan pregnant kali ni...kena pujuk baby keluar masa papa dia adala..macam sara dulu terkena time cuti, alhamdulillah...


Regards,
Lin

Wednesday, January 4, 2012

dugaan

alhamdulillah pregnant kalini aku tak mabuk teruk macam dulu.

tapi bila ok yang tu, ada pulak masalah lain yang timbul..

petama sekali Hb aku low..pada aku bila nurse tulis kat buku merah tu dengan pen merah, --> bad sign!

daripada 11.6 drop 10.9. then drop to 10.6.
checkup semalam naik tapi naik 0.2 jeeee - 10.8. huhuhu

then, last week on 29th aku buat mgtt. normal prosedur yg aku kena buat since in my family history, ayah aku ada diabetic. so to be sure aku ni free from diabetic, so kena buat mgtt atleast once. the result -- oh tidak....7.9!!!
doc claim suppose must below then 7.

again, on 16th aku kena buat BSP test (Blood Sugar Profile) sendiri! pagi tu aku kena pegi klinik, nurse akan ajar dan pinjamkan test kit tu. so aku kena monitor sugar level dalam 1 day..test tu kena buat setiap 2jam selepas breakfast, lunch and dinner...harap² aku tak lupa sudahla...
then 17th aku kena pegi semula ke klinik utk checkup as usual..

since dah masuk 3rd trimester ni, kena pegi checkup every 2weeks..bila da masuk 2weeks rasa da tak lama je..huhu

macam² dugaan lah kali ni..dgn tak berapa selera nk makannya..tapi tu lah, camne pulak gula boleh tinggi..aku rasa pregnant kalini aku kurang berselera nk makan sgt mcm dulu.. walhal kalau tgk kwn yg pregnant bukan main lagi mengidam nk makan itu ini..

bila doc explain risk kalau ada diabetic ni aku pun naik risaulah..paling risau memikirkan si kecik dalam perut ni..hopefully masa aku buat test tu nanti okla..from now on aku kena ctrl pengambilan gula..and most important, kena byk minum air kosong.

Regards,
Lin

Tuesday, January 3, 2012

28weeks

sedar tak sedar..dah masuk 3rd trimester pun...
banyak nya benda aku tak settle lagi...

starting next week kena semak balik checklist baby...
seingat aku dulu, masuk je bulan ke-2 before meletup bag hospital dh start packing..

lagi pulak this year banyaknya event..

raya cina @31weeks akan blk perak..

bulan 2 @ 33weeks blk johor pulak kenduri cousin papa..

bulan 3? tak sure la kot ada apa² event lagi at last minute..

yg pasti @37weeks and above tak berani nak travel jauh² dah...

ujung bulan ni nak anta spectra servis.. tu plg utama..kang igt benda lain, yg satu ni tetinggal..naya je..plg best, kali ni dpt BP avent manual..stok kakak nak tutup kedai..still new la. tak sampai sthn pun dia pakai. :)

okla end here, jap lagi nk off to klinik utk checkup :) hopefully HB naikla..

Regards,
Lin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...