Monday, February 27, 2012

alhamdulillah

syukur padaMu Ya Allah,

outstation papa ke China sepatutnya 4Mac-15Mac dipostponed ke April nanti,

now baby, mama dah ready. kalau baby nak keluar bila-bila masa pun takpe...

ada hikmah disebalikNya.

doakan aku selamat melahirkan baby ni ye dan juga kami ber-2 sihat walafiat..

maybe this is the last entry before deliver..lagipun mmg aku malas sgt nk berblog skrg ni.

till then, jumpa selepas pantang :))

minta maaf andai terkasar bahasa dalam penulisan dan ada menyinggung hati mana2 pihak. halalkan apa yg patut ya :)

Thursday, February 2, 2012

@32weeks

alhamdulillah, hingga ke saat ni masih lagi ada kudrat nak menulis di sini.

last time checkup, aku pegi 2 tempat.

17-Jan-2012
Checkup di KKM. So far nurse kata ujian BSP aku normal. cuma kalau tengok dari test yg aku buat mcm level gula dalam darah tu rendah lah pulak.. <6. So nak tak nak kena repeat BSP pada 8-Feb ni. Pasrah je la. Cuma aku kurang puas hati dengan doc yg check/scan baby. Doc tu macam tak reti je nak guna mesin scan tu. lepas tu nak ukur saiz kepala baby pun berapa kali aku tengok dia tekial² nak handle mesin tu. kejap² dia panggil doc sorang lagi yang tengah check patient lain. Yg menggembirakan even aku tak yakin dgn kata² dia, uri dah naik dan baby sihat.

20-Jan-2012
Harini aku cuti. kebetulan ambik cuti tujuan asal nak blk perak. Tapi since pregnancy dah pun mencecah 30weeks, so dah tiba la masa utk aku refer ke pakar. lagipun dari awal pregnant dah plan nk deliver kat annur. So, pagi² lagi dah register. Nak jumpa balik Dr Kham. She still remember me..siap wish 'tahniah' lagi. yela, bulan 6 tahun lepas aku jumpa dia pasal nak conceive kan. so, dia terus scan. spontan dia bgtau jantina baby. Then, dia inform yang kedudukan uri di bawah, lagi 4cm nak menutup saluran. tambah merisaukan, kedudukan baby songsang. Kepala dia masih kat atas dan kaki di bawah. Dr Kham mention kedudukan baby tu mcm tu sebab uri dia di bwh. So next checkup 17-Feb ni (masa tu dah 34weeks), dia nak scan semula dan pastikan kedudukan baby normal. Sekarang ni berdoa je lah supaya baby berpusing ke kedudukan yang betul hingga ke saat bersalin.

Baby checklist
Alhamdulillah, dah almost complete. Tinggal lagi nak hantar servis breastpump dan beli brg aku. Lepas ni kena basuh baju baby, bantal, tilam dan playpen. Bilik, katil dan drawer utk simpan barang baby kena kemas. Insyaallah lepas cuti maulidur rasul ni aku dah tak ke mana² sampai la Mac. So, still ada masa nak kemas/packing apa yg patut. Selagi aku masih larat dan ada kudrat.

Lately aku keletihan. Isi rumah makin ramai. adik ipar dgn anak sedara dah menumpang kat rumah kitorang. tu yg buat aku agak serabut. Semuanya lelaki. aku je la pempuan dewasa kat rumah tu. Balik keja kadang tu rushing aku kat dapur kena masak dinner. Selagi aku larat, aku buat. Cuma yg menyerabutkan kepala, bilik yg aku nak guna utk berpantang tu anak sedara aku duk kat situ. Hai cepatla dia dpt rumah sewa. bukan aku nak halau dia. tapi yela sebelum sampai masa aku besalin ni, biarla dia pun pindah. Dapatla aku kemas bilik tu.

Lagi situ, adik ipar pulak nak stay sampai dia kawin bulan 5 ni. lagi haru biru. skrg pun aku dah tak bebas. pakai seluar 3quarter pun cik abg tegur. abis tu, aku dahla kepanasan then kena lak masak kat dapur. tak selesala.. nanti cmne pulak aku nak breastfeed baby. kadang² tensen pun ada. nak kena jaga aurat. setakat dgn anak sedara dan abg aku yang mmg sah² muhrim aku tu takpela lagi. kadang aku pun heran. patutnya dia boleh fikirla. kalau setakat nak stay utk sebulan sementara dia cari rumah sewa lain tu ok la lagi. aku malas la nak cakap banyak. karang tak pasal² kami suami isteri pulak yg begaduh...hm...

apa yg aku blh buat, selagi ada kudrat aku, aku tahan je lah..selagi aku larat masak/kemas rumah semua tu, aku buat. esok dah sarat, pandai² la korang cari makan sendiri. masing² da besar..aku masak skrg ni pun memikirkan cik abg aku pun balik makan malam kat rumah. klu aku tak larat, awal² aku sms inform tak masak. dia pun faham. so harap² yg lain tu pun faham.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...