Sunday, December 2, 2012

Al-fatihah

DariNYa kita datang..kepadaNya kita kembali...4 disember 2012, ahad tepat jam 3.40ptg, ayah kesayanganku telah kembali ke rahmatullah... andai ini yg terbaik buat ayah, aku redha....
Moga ayah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman....mudah2an amin...
Sedar tak sedar dah sebulan ayah pergi. Minggu pertama lepas ayah pergi, emosi ak1u agak terganggu. Aku rasa murung dan sedih amat. Bermacam2 perkara yg sku fikirkan...beribu sesalan dtg bertimpa2.
Tapi, hari demi hari aku cuba pujuk hati ni. Cuba menenangkan diri supaya redha  dan menerima ketentuan Ilahi. Setiap yg berlaku ada hikmahnya.
Kali terakhir jumpa ayah masa raya haji yg lepas... ayah seperti biasa. Lepas ayah menjalani operation pd bln 5 yg lepas, keadaan ayah dah tak mcm dulu...ayah lebih byk terbaring. Nk bangun pun perlu dipapah.  Dlm hal ni aku amat berterima kasih pd mak tiri aku yg tabah menjaga ayah. Kami sbg anak belum tentu dpt jaga ayah sebaik mak.
Sampai bila2 aku takkan lupa perbualan akhir aku dan ayah dan 3perkataan yg diungkapkannya bila aku ckp kt ayah yg aku dah nk balik putrajya sebaik tamat cuti raya haji aritu...ayah membalas dgn pertanyaan...'nak balik dah?' Dan pd masa tu aku rasa serba salah...mcm tak puas duduk di rumah.  Tmbhn lg bila aku lihat pandangan mata ayah yg sayu...sungguh aku tak sangka, itulah pandangan mata ayah yg terakhir...
Allahuakbar!!!! Sungguh ayah mmg taknak aku tgk keadaan ayah yg tenat. Sebaik saja aku betolak, mlmnya ayah demam...demam yg agak kritikal hingga ayah warded..sampai last ikhtiar doc pun advised bwa balik..masa tu, aku sedar hakikat dan realiti yg akn berlaku...atas pilihan kami,saluran pernafasan ayah dibuka masa di kampung.
Ayah selamat dikebumikan di tnh perkuburan yg sama dgn arwah mak pd 3 dis 2012, isnin jam 11pg...kini aku tiada lg ayah dan mak. Yg tinggal hanyalah kenangan yg tersemat kemas dlm jiwa. Insyaallah, aku cuba lakukan yg terbaik dan termampu buat ayah dan mak sungguhpun ayah dan mak tiada lagi disisi......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...